Rose mengeluh lega. Dia melabuhkan punggung di kantin hospital. Hampir 4 jam bertukus lumus membuat pemedahan akhirnya dapat juga dirinya rehat. Makan tengah hari pun dah lewat di sebabkan kesibukannya yang begitu banyak. Penat-penat pun dia gembira dapat selamatkan lagi satu nyawa untuk hari ini.
Dalam tak sedar sudah setahun dia berkerja sebagai pakar doktor di hospital ini. Cepat masa berlalu. Akhirnya impiannya tercapai jua. Impian mahu menjadi doktor pakar bedah. Semua cita-cita akan tercapai kalau kita berusaha.
Nasi goreng yang di ordernya tadi di pandang kosong. Walaupun perutnya amat lapar tapi dirinya tiada selera langsung entah kenapa. Dia gagahi juga untuk makan di sebabkan ada hal lagi yang perlu di uruskan selepas ini.
"hi.. " Rose berpaling. Tangan yang mahu menyuap nasi tadi terhenti sebelum bibir mengukir senyuman tatkala melihat wani yang duduk di hadapannya. Satu-satunya kawan baik yang dia ada.
"kau baru makan ke?" tanya Wani. Rose mengangguk kecil.
"aku ada bedah orang hari ni.. " beritahunya. Kali ini Wani pula mengangguk.
"kau tak makan ke?"
"dah tadi. Ni aku nak rehat kejap. Penat bodohhh.. " selamba Wani berkata. Rose tertawa. Sudah terbiasa dengan kawannya yang seorang ni. Mulut tak pernah bertapis.
"kerja mana tak penat.. " omelnya perlahan. Wani mengangguk mempersetujui. Kerja semuanya perlukan tenaga. Wani menongkat dengan tangan memandang wajah Rose yang sedang ralit makan itu. Makan pun lemah.
"nah.. " tanpa amarah Rose terus menyuap nasi goreng tersebut ke dalam mulut Wani tanpa sempat wani menghalang. Cemberut wajah tapi mulut tetap mengunyah.
"aku tak ada seleralah.. " adunya. Pinggan di tolak ke tepi. Perut lapar tapi malas nak makan. Wani mengeleng kecil. Tudungnya yang sedikit senget di betulkan.
"kau tak rasa ke doktor azwan tu syok kat kau?" Rose pula menongkat kepala memandang wajah Wani dengan kening di angkat mengusik. Wani mencebik.
"tak naklah aku. Dia garanglah.. " kutuk Wani. Siapa saja tak kenal dengan doktor azwan selaku pemilik hospital ini. Pembetulan bukan milik dia tapi milik bapak dia cuma dia wariskan saja di sebabkan bapanya sudah tidak lagi berkerja sebagai doktor. Secara automatik doktor azwan ialah pemilik hospital ini.
"wehh.. Mulut tu. Kena tolak gaji baru tau!" Rose mencubit geram bibir Wani. Cakap tak tengo kiri kanan.
"betullah. Dia dallah garang lepas tu suka sangat marah aku.. "
"sshh.. " Rose meletakkan jari di bibir menghalang supaya Wani tidak meneruskan kata-katanya tapi seperti biasa Wani memang tak makan saman.
"lepas tu dia suka sangat bebel-bebel kat aku. Ada je benda tak kena. Itulah. Inilah.. "
"siapa tu?"
Terdiam Wani melihat doktor azwan yang selamba melabuhkan punggung di sebelahnya. Wani menunduk mengigit bibir bawahnya. Rose pula sudah tayang sengihan. Gerun memandang wajah garang doktor azwan yang sangat terkenal dengan sikap tegas dan garangnya.
"siapa yang suka bebel sangat tu? Boleh saya tau?" sekali lagi doktor azwan bertanya.
"tak adalah. Ni ahh.. Rose ni dari tadi membebel.. " jawab Wani dengan tawa kecil. Lengan Rose di tampar-tampar. Bagaikan mengerti Rose turut mengangguk. Tak apalah tipu sunat.
"hurmm.. Macam nama Saya je tadi!" duga doktor azwan. Pantas Wani mengeleng masih mahu menaifkan biarpun sudah tertangkap salah.
"mana ada. Salah dengar kut.. "
YOU ARE READING
She's Mine
RomanceRose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan antara cinta dan mati mungkin dia akan pilih mati kerana dalam kamus hidupnya tidak pernah percaya cinta...