Rose hanya diam memerhati 2 pasangan itu. Dalam hati sudah meraung kuat melihat kemesraan antara Alice dan Anif. Rasa sakit hati kian berdarah. Sabun-sabun mandi di di hadapang langsung tidak di hiraukan walaupun itu niat sebenaranya.
Di ambil saja sesuka hati dan di hempas kuat ke dalam rak di tangannya. Anif berpaling. Bukan dia tidak dengan bunyi hempasan itu tapi sengaja buat tak dengar. Lengannya yang di paut oleh Alice di leraikan.
"abang nak pergi sana kejap.. Alice beli barang apa yang Alice nak. Nanti abang bayarkan.. "
"yeahh.. Terima kasih abang.. " Alice terjerit kecil seraya mengucup pantas kedua pipi Anif sebelum kembali mula memilih barang keperluannya.
Anif mengeleng. Tubuh Rose yang membelakanginya sambil terjengket-jengket itu di pandang lucu. Pendek sangat! Perlahan-lahan dia berdiri di belakang Rose yang masih tidak perasaan kedatanganya.
"ishh.. Kenapa letak tinggi sangat syampu ni. Dah tau orang pendek nak letak tinggi-tinggi lagi" terdengar bebelan Rose di telinga. Anif tersenyum. Dia yang tak sampai nak salah orang lain pula.
Syampu yang mahu di katakan Rose tadi dengan selamba di ambil sebelum menyerahkan Kepad Rose yang terlihat sedikit terkejut itu. Rose mengambil syampu di tangan Anif dengan senyuman kelat. Anif memasukkan tangan ke dalam poket.
"lepas ni awak ada nak pergi mana-mana ke?" tanya Anif. Rose terdiam sejenak sebelum mengeleng kepala.
"okey..dah siap!" Alice yang baru datang itu bersuara. Lengan Anif sekali lagi di paut mesra. Memang tak boleh berpisah betul.
"rose dah siap beli ke?" sekali lagi Anif bertanya. Rose mengelenge. Entah kenapa suaranya bagaikan hilang melihat sikap manja Alice. Dan yang pasti dia masih malu dengan kelakuaannya yang tidak senonoh tadi. Ada ke patut dia pergi peluk Anif tadi! Kalau ikutkan hati dah lama dia lari tapi takut pula jadi apa-apa. Akhirnya dia tebalkan muka saja. Terpaksa menahan malu.
"jom, abang.. " Alice terus menarik tangan Anif menuju ke kereta. Rose dengan berat hati mengikuti mereka. Mujurlah barisan tidak panjang.
Melihat Anif yang mencium tepi dahi Alice membuatkan dia bertambah ingin meraung. Sudahlah dia betul-betul di belakang mereka. Sengaja lagi nak buat free show. Tadi masa dia peluk bukan main bajet alim tapi ni dah kiss-kiss pula.
Rose menunduk memandang ke bawah. Air mata mula bergenang dek terlalu sakit hati sampaikan dia nak nangis kuat-kuat. Hari ni dah masuk ke berapa kali dia asyik nak nangis dan menangis. Belum kira lagi semalam. Baru Anif 2 hari kat sini dan layannya tak acuh tapi kenapa dia rasakan bagai sudah lama tersakiti.
Sampai giliran Anif dan Alice, Rose tersentak bila Anif selamba menarik rak tempat menyimpan barang di tangannya. Terpinga-pinga dia memandang.
"saya bayarkan.. " ujar Anif tatkala melihat wajah tidak faham Rose. Rak tersebut cuba di tarik lagi tapi di halang oleh Rose.
"Rose boleh bayar sendiri.. " balas Rose dengan sengihan kecil. Tapi tidak sempat dia bertindak lagi rak di tangannya sudah selamat di atas kauter menunggu untuk di bayar. Rose mencebik.
"Nak bayar sangatkan..Ah bayarlah!" Bebelnya geram sebelum berlalu keluar dari kedai itu. Anif sembunyi senyum. Rasanya telinga dia masih boleh lagi mendengar dengan jelas. Bukan dia tidak dengar apa yang di kata Rose tapi malas mahu membalas. Nanti makin panjang pula.
Selasai membayar, Anif memberi semula plastik berisi barangnya tadi. Dengan kasar Rose menrentapnya. Alice pula hanya diam memandang kedua manusia di hadapannya.
"Ada nak pergi Mana-mana lagi ke?" soal Anif.
"kan dah bagitau tadi.. " rungut Rose. Nak berapa kali dia nak jawab soalan yang Sama saja. Anif mengaru kepala sebelum mengalih memandang wajah Alice di sebelah.
YOU ARE READING
She's Mine
RomanceRose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan antara cinta dan mati mungkin dia akan pilih mati kerana dalam kamus hidupnya tidak pernah percaya cinta...