BAB 36

3.7K 142 16
                                    

Rose yang mengering rambut itu tersentak tatkala bunyi pintu bilik di buka kasar. Dia menoleh dan saat itu juga matanya bertembung dengan anak mata Anif yang tajam itu. Liur di telan dengan susah payah. Dia mengundur bila Anif berjalan menuju ke arahnya. Sehingga belakang tubuhnya kini sudah melekat di meja solek.

Gerun dia melihat wajah Anif ketika itu. Sangat menyeramkan. Lagi-lagi melihat mata itu merenungnya tajam bagaikan menunggu mangsa mahu di makan.

Sejak Anif mengambilnya dari pulang kerja lagi suaminya itu berdiam diri. Bahkan dalam kereta juga dirinya tidak di layan langsung. Entah apa salahnya kali ini!

"kau dari mana tadi?" soal Anif mendarat membuatkan dahi Rose berkerut halus.

"dari mana lagi. Kan Rose dari kerja" jawabnya pelik. Masakan Anif tidak mengetahui sedang sebelum ke kerja Anif yang hantarkan. Malah Anif juga yang mengambilnya tadi.

"AKU TANYA KAU DARI MANA?" tiba-tiba saja suara Anif meninggi sekali gus membuatkan bahu Rose terhenjut kecil.

"a-abang.. " tergetar-getar bibirnya bersuara. Sungguh dia amat takut melihat suaminya sekarang. Menyeramkan!

"aku tanya kau sekali lagi. Kau dari mana? Susah sangat ke nak mengaku?" desak Anif. Rose mengeleng. Matanya berkaca.

"Rose dari ker-.. "

"KAU TAK PAYAH NAK MENIPULAH SUNDAL!" sekali lagi Anif menengking. Air mata Rose akhirnya jatuh juga. Perasaan takutnya usah di kata. Sampai mengigil tubuh kecilnya ini. Lagi-lagi mendengar kata-kata sundal dari mulut suaminya.

"kau tak mengaku ke? Fine. Kau sini, ikut aku" lengan Rose di tarik kasar menuju ke hujung katil. Telefon di meja sisi katil di ambil. Laju tangannya menaip sesuatu di telefonya.

"ni apa?" di tunjukkam gambar yang di hantar oleh anak-anak buahnya tadi. Tergetar-getar tangan Rose mengambil telefon itu. Matanya yang berkaca bertambah berkaca bila melihat gambarnya dengan...

Aqqel?

Macam mana Anif tahu? Sedangkan dia tak beritahu langsung. Liur di telan lagi. Rasa seperti telan pasir. Takut-takut dia membalas renungan Anif.

"Ab-abang jangan salah faham. Ni bukan yang ma-macam abang sangkahkan" ujarnya cuba menerangkan hal sebenar.

"habis tu apa? Kau nak menipu lagi ke ha?" kata Anif. Sakit hatinya melihat gambar tersebut. Rasa membuak marahnya. Sungguh dia tidak suka Rose dekat dengan lelaki itu.

"t-tak.. Rose dengan dia tak ada apa-apa pun. Kami cuma bincang pasal kerja je. Tu je!" terang Rose. Dia cuba menarik tangan Anif. Di kucup lembut tangan suaminya bagaikan meminta maaf.

"sorry" perlahan suaranya berkata. Jatuh menitis air matanya ke atas tangan Anif yang di salaminya. Sungguh dia tidak kuat jika melalui hari-harinya seperti ini.

"aku dah cakapkan jangan jumpa dia. Yang kau jumpa dia juga kenapa?" Amif menarik kasar tangannya lalu kedua tangan di bawa ke pinggang. Ala-ala bercekak pinggang.

"t-tapi.. "

"aku tak nak dengar alasan bodoh lagi. Kau dah gatal sangat ke ha? Dah tak sabar sangat?" marah Anif lagi. Ton suara masih di level yang sama. Masih meninggi.

"tak.. " Rose pantas mengeleng menaif tuduhan kejam itu.

"habis tu? Kau tau kau dah kawin yang kau keluar dengan lelaki lain tu apa? Bukan gatal ke macam tu. Ke dah jadi perempun sundal. Mana maruah kau? Mana?" tanya Anif bercampur sindirian.

Rose terdiam. Sakit sangat hatinya tika ini. Kalau pun Anif memarahinya tapi dia tiada hak mahu menunduh dia seperti tiada maruah langsung. Seperti tiada perasaan.

She's MineWhere stories live. Discover now