BAB 15

4K 154 5
                                    

Rayyan termenung sendiri di birai katil. Umairah yang gelak tawa menonton TV tidak di hiraukan. Kepalanya sakit memikir masalah yang datang sekali gus. Baru saja kes adiknya Rose selesai kini dia dapat lagi berita tentang adik keduanya Risya.

Uqasah yang sudah selesai memakai tudung itu menoleh ke arah suaminya. Keluhan terlepas. Sejak tadi Rayyan hanya diam dan termenung. Entah apa yang di fikirkan. Perlahan-lahan dia mendekati Rayyan yang masih termenung itu.

"hubby.. Sayang dah siap!" ujarnya. Dia bersiap pun di sebabkan mahu keluar melawat Risya yang entah apa khabar sekarang. Danny juga belum memberi apa-apa maklumat tentang Risya. Rayyan mendongak merenung wajah ayu isterinya sebelum memeluk erat pinggang isterinya lalu di sembam wajah ke perut Uqasah.

Pada mulanya Uqasah sedikit terkejut namun tidak lama. Tangannya naik mengusap lembut rambut suaminya. Dia tahu Rayyan risua. Satu-satu masalah datang siapa saja yang tak risau.

"hubby takut.." serak suara Rayyan berkata. Wajahnya semakin di sembamkan lagi dalam perut isterinya. Pinggang Uqasah di tarik lebih di dekat. Uqasah hanya tersenyum kecil. Jarang suaminya mahu bermanja seperti ini.

"insya allah semuanya baik-baik je" lembut Uqasah berkata sambil tangan tidak berhenti mengusap rambut suaminya. Sesekali dia mengigit bibir dek terlalu geli dengan muka Rayyan yang semakin tersembam ke perutnya.

Umairah pula sudah karam menonton kartun kegemarannya. Kalau dah wayang dia main memang tak ingat dunia nanti bila habis baru mencari papa dia.

"jomlah gerak. Mama dah tunggu tu!" Uqasah bersuara setelah agak lama berdiam diri. Rayyan mengumam tapi pelukan masih tidak di lepaskan malah semakin erat.

"hubby... Cepatlah.. " rengek Uqasah. Dengan malas Rayyan mengangkat wajahnya. Masam saja dia memandang Uqasah yang tersengih itu. Uqasah tunduk sedikit mengucup pucuk hidung milik Rayyan. Kedua pipi Rayyan juga turut jadi mangsa. Sebelum akhir sekali di dahi Rayyan.

"sayang lupa nak kiss satu lagi tempat" Uqasah mengerut kening. Belum sempat dia mahu menjawab terasa bibirnya sudah di paut Rayyan. Mahu menolak tangan suaminya sudah sedia memegang belakang kepalanya menghalang supaya dia tidak lari. Sudahnya dia pasrah saja. Mata di pejam erat.

"pa... " kucupan rakus Rayyan terhenti bila lengannya di tarik Umairah. Dia melepaskan ciuman. Sempat dia memgeyit mata nakal.

"malam ni nak makan sayanglah.. " bisiknya nakal membuatak Uqasah tersenyum malu. Sempat lagi nak mengatal. Pantang bagi sikit mula nak!

Wajah Umairah pula kali ini cemberut memandang kedua papa dan mamanya. Rayyan tertawa kecil. Lucu melihat wajah cemberut anaknya. Dengan kening berkerut, mulut memuncung, mata ala-ala garang, tangan bercekak di pinggang. Tak padan dengan tubuhnya yang kecil montel itu.

"meh, meh.. Anak papa ni. Sayang dia" dia mencium pipi anaknya sebelum bangun dari duduk. Umairah dengan gediknya memeluk erat leher Rayyan. Sempat dia menjelir lidah ke arah Uqasah.

Uqasah merengus marah. Belum sempat dia mahu mencubit tangan anak daranya, Rayyan terlebih dahulu menarik tangannya. Memuncung Uqasah mengikut langkah suaminya. Umairah sudah tertawa kemenangan dalam pelukan Rayyan.

"Rose tinggal!" terus Rayyan mengarah tatlala mereka kini sudah sampai di ruang tamu. Rose mencebik.

"ala.. Nak ikut" rengeknya tidak puas hati. Namun Rayyan tetap mengeleng dengan wajah seriusnya.

"tinggallah kat sini. Kamu tu bukan sihat mana pun. Kitaorang pergi kejap je tengo keadaan Risya.. " Pujuk Raimah pula. Tangan Rose di usap lembut.

"takutlah tinggal seorang-seroang. Nanti ada perogol datang lagi macam mana? " kata-kata Rose membuatkan Rayyan mengetap gigi. Geram! Di sebabkan kejadian itu adiknya sudah menjadi penakut. Sebelum ni okey saja bila dia keseorangan di rumah.

She's MineWhere stories live. Discover now