Rose mengeluh entah untuk kali ke berapa. Sekali lagi jam di telefonnya di lihat. Keluhan terlepas. Sudah hampir 30 minit dia menunggu namun orang yang di tunggu sejak tadi lagi tidak muncul. Sudahlah cuaca panas. Naik lengkuh dia berdiri di sini.
"mana dia ni.. " omel Rose geram. Penat berdiri dia duduk mencangkuk pula. Tidak sampai seminit dia kembali bangun. Mencangkuk pun penat juga. Nak duduk kat busstop? Fuh, dia memang masih trauma biarpun sekarang cuaca masih terang tapi dia masih takut sebab itulah dia lagi sanggup berdiri di pondok pengawal ini.
Rose mengusap dahinya sambil menghilang peluh yang sudah mula muncul. Memang dah petang tapi matahari tu terarah dekat dengan. Tempat dia tunggu langsung tiada tempat berteduh. Takkan nak duduk dalam pondok pengawal tu pula.
"tunggu siapa?" Rose tersentak apabila tiba-tiba saja suara garau menegurnya. Lagi buat dia terkejut mendengar suara itu. Dia kenal sangat dengan suara garau tersebut. Rose menoleh. Bibir terus tersenyum kecil.
"tunggu orang ambillah. Lambat sangat!" tanpa sedar suara Rose mula meleret manja.
"awak buat apa kat sini?" tanya Rose memandang Aqqel yang turut berdiri di sebelahnya.
"saya jumpa doktor azwan tadi.." beritahu Aqqel. Rose mengangguk. Kebelakangi ni ada juga Wani cerita dengan dia yang Aqqel selalu jumpa drngan suaminya. Tiba-tiba pula jadi rapat dua orang doktor tu. Biasalah hobi sama kan. Tak hairanlah kalau dorang cepat rapat.
"lambat lagi ke awak kena ambik?" soal Aqqel kembali ke topik perbualan. Rose mencebik. Bahu di angat tidak tahu.
"kejap lagi ada lah kut.. " jawab Rose tidak yakin. Aqqel tertawa. Geram je dia tengo bibir yang tercebik itu. Sedar yang dia lama memerhati bibir merah basah itu, Aqqel pantas berdehem kecil. Fuh, siksa doh..
"nah, lap dahi tu. Berpeluh!" tiba-tiba saja Aqqel mengeluarkan sapu tangan. Rose terpinga-pinga buat seketika. Otak dia jammed!
"tak apa! Saya bo-... " belum sempat dia menjawab Aqqel terlebih dahulu mengelap dahinya. Rose terdiam. Matanya terkebil-kebil memandang wajah selamba Aqqel.
"nah, laplah. Peluh sangat dah dahi awak tu!" sapu tangan berwarna hitam biru itu di serahkan kepada Rose.
"ambik.. " desaknya bila Rose teragak-agak mahu mengambil.
"thanks.. " dengan senyuman kelat akhirnya Rose mengambil juga sapu tangan tersebut. Kepala di angguk kecil.
"kalau lama lagi saya hantar awak lah nak? Dah lewat dah ni" ujar Aqqel. Wajah terkejut Rose di pandang sekilas.
"eh tak apa! Kejap lagi dia sampailah tu.. " lembut Rose menolak dengan kepala di geleng berkali-kali.
"it's sokey.. Jom saya hantar" kata Aqqel tidak mahu mengalah.
"terima kasih tapi tak perlu kut!" serentak Aqqel dan Rose memandang gerangan yang tiba-tiba saja muncul. Rose menelan liur melihat wajah kelat Anif.
"aku boleh hantar dia sendiri!" ujar Anif tegas. Tangan Rose di tarik kasar rapat dengannya. Matanya masih tajam membalas renungan Aqqel yang seolah tidak berpuas hati.
"suami apa buat isteri tunggu-tunggu macam ni! Memang tak bertanggujawab langsung!" tajam Aqqel memerli. Anif tertawa sinis. Dia mendekati Aqqel.
"apa pun masalah kami, bukan urusan kau..." bisik Anif.
"tolong jauhkan diri dari isteri aku... " Anif berbisik lagi. Kali ini memberi amaran tegas bahawa dia tidak bermain-main.
Anif mengukir senyuman jahat. Tangan masih kuat mengenggam pergelengan tangan Rose. Baru beberap tapak mereka melangkah Anif menoleh semula. Sapu tangan dalam genggam Rose di tarik kasar lalu di lempar selamba ke arah Aqqel.
YOU ARE READING
She's Mine
RomansRose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan antara cinta dan mati mungkin dia akan pilih mati kerana dalam kamus hidupnya tidak pernah percaya cinta...