BAB 3

3.8K 177 1
                                    

Rose menghembus nafasnya dengan kasar. Jam di dinding di kerling. Jarum pendek sudah menginjak ke angkah 2 pagi tapi matanya masih segar. Tubuhnya yang letih langsung tidak terasa. Sedari tadi wajah Anif saja yang terbayang di fikirannya entah kenapa.

Perutnya yang tiba-tiba berbunyi di sentuh. Sanggup dia tidak makan malam tadi dek hatinya terlalu berdebar berjumpa dengan Anif. Perlahan-lahan dia bangun dari pembaringan. Sejak kembarnya sudah berkawin hanya dia sajalah yang tidur di bilik tersebut. Rindu memang rindu tapi dia harus faham status kembarnya sekarang.

Tudung yang di sangkut di kerusi meja solek itu di sarung terus ke kepala. Perut kosong tak boleh di biarkan begitu saja. Telefon di katil di ambil juga sebelum dia keluar dari bilik tersebut. Berhati-hati dia menuruni tangga tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

Sampai di dapur. Rose membuka almari yang meletakkan bermacam maggie. Tekak terasa ingin memakan maggie. Sejuk pula malam ni memang best sangat hirup kuah maggie panas-panas. Kuali di ambil lalu di letakkan air sebelum di hidupkan api. Rose mendekati pula peti ais mengambil telur. Sudah menjadi kebiasa untuknya masak maggie campur dengan telur. Baru sedap!

Setelah memastikan air yang di masak dalam kuali mula mendidih sedikit barulah dia meletakkan maggie kari dan di pecahkan telur masuk ke dalam kuali. Rose sudah tersenyum. Tidak sabar mahu makan maggie tersebut.

Hampir 10 minit, haruman maggie mula terhidu di ruang dapur tersebut. Kecut liur Rose memandang. Maggie yang sudah di tuang dalam mangkuk tadi di angkat menuju ke meja makan tanpa menghidupkan lampu. Sengaja sebenar supaya tiada orang yang sedar akan kehadirannya.

Dengan lafaz bismilah maggie kari itu sudah selamat masuk ke dalam mulutnya. Terpejam mata Rose menikmati maggie tersebut sambil matanya memandang telefon yang menyiarkan entah wayang apa di youtube. Layankan saja. Bukannya tak ada TV tapi dia lebih selesa menonton di telefonnya.

Sedang serenok dia makan tiba-tiba hawa pendengaraan terdengar bunyi tapak kaki seperti menuju ke dapur. Di sebabkan keadaan yang sunyi membuatkan jantung Rose berdegup laju bila mendengar suara yang di kenalinya itu.

"yalah sayang... "

Kuat degupannya jantungnya bila suara itu semakin mendekati. Lagi membuatkan dia terkejut dengan panggilan 'sayang'itu. Siapa sayang? Dia dah ada girlfriend ke? Kekasih hati? Bermacam-macam pertanyaan mula bergelar di fikirannya.

Dan saat mata mereka bertemu. Sudu di tangan Rose terlepas semula. Anif juga turut terhenti. Kakinya kaku berdiri di tempatnya. Masing-masing senyap tanpa sebarang bunyi.

"okeyy.. Good night too sayang.. " ujar Anif sebelum mematikan panggilan telefonya. Rose menunduk. Agak terasa dengan panggilan 'sayang'tersebut. Perutnya yang lapar tadi terasa sudah kenyang. Matanya pula mula berair. Bibir di ketap kuat.

"erkkk... " entah apa yang harus di katakan bila terlihat jelas tubuh Anif yang sudah berdiri di sisinya. Rasa janggal itu yang dia rasakan saat ini.

Anif memandang wajah Rose yang menunduk itu. Sempat matanya mengintai mangkuk yang berisi maggie itu sebelum tersengih. Tadi di ajak makan kenyang konon!

"abang nak minum air ke? Rose boleh buatkan!" dengan berani Rose bertanya. Wajah Anif di pandang dengan senyuman. Sebak dia menatap wajah itu. Sesak nafasnya bila Anif turut memandang.

"tak apa.. Saya boleh buat sendiri" ujar Anif sebelum berlalu masuk ke dapur. Rose mengigit bibir bawahnya. Agak terasa dengan kata-kata Anif. Satu, kerana tiada lagi perkataan 'abang' di bibir Anif. Bukankah dulu Anif juga turut mengelarkan dirinya dengan 'abang'. Dua, disebabkan suara Anif yang jelas tiada kemesraan langsung.

Keluhan di lepaskan cuba membuang sisa-sisa sakit hatinya. Dia bangun mendekati tubuh tegap Anif yang membelakanginya. Dengan keberanian yang ada dia perlahan mendekati tubuh Anif. Nampak seperti biasa tapi tiada siapa pu hati jiwanya yang bergundah gulana itu.

She's MineWhere stories live. Discover now