Rose senyap memerahti tubuh Anif yang semakin mendekati. Entah kenapa dia rasa berdebar pula. Rose mengeluh. Cuba mengawal perasaannya yang mula berdegup tidak tentu arah. Kenapa dia rasa gugup sangat ni?
Anif tersenyum kecil melihat wajah gelisah isterinya. Dia yang hanya memakai tuala separas pinggang itu selamba mendekati tubuh Rose sebelum menarik pinggang ramping isterinya mendekatinya. Rose diam. Matanya hanya memandang jemari yang bermain sesama sendiri itu. Malu!
"kenapa malu-malu ni?" hampir tidak kedengaran suara Anif berkata. Rose mengeleng. Bibir bawah di gigit halus. Dia resah bila terasa tangan Anif semakin turun ke bawah sebelum matanya terpejam saat tangan suaminya kini betul-betul sudah melekap di punggungnya. Ya allah, dia malu sangat sampai rasa nak nangis.
"janganlah malu sangat! Buat macam biasa je" ujar Anif. Lantas Rose mengangguk dengan mata yang masih terpejam. Dia tak nak tengo muka Anif tika ini. Walaupun dia iyakan saja apa yang di kata Anif tadi tapi dia tetap masih malu.
"bukalah mata... " arah Anif mengucup kedua mata isterinya. Semakin merah kedua pipi Rose. Apa dia nak buat ni? Tolongg....
"sayangg..." bila suara Anif sudah meleret seperti itu akhirnya Rose membuka juga matanya dan saat itu juga matanya berbalas dengan renungan dengan Anif. Keduanya saling berpandangan. Entah dari mana Rose mendapat kekuatan membalas renungan suaminya.
Anif mengusap lembut pipi isterinya yang masih kemerahan itu. Wajah Rose di pandang. Wajah inilah yang buat dia jatuh cinta buat pertama kalinya. Wajahnya inilah yang dia idamkan dan kini sudah mejadi miliknya. Hanya Rose yang mampu buat dia tergila-gilakan. Hanya dia, Rose Damia. Tiada lagi wanita yang mampu buat dia seperti itu.
Tangan yang tadinya mengusap pipi Rose beralih menyentuh kening yang terukir cantik itu sebelum perlahan menyentuh bulu mata isterinya. Lebat dan panjang. Sesuai dengan wajah Rose. Tangan Anif mula bergerak menyentuh kawasan hidung Rose. Di usik-usik hujung hidung itu. Rise tertawa. Geli!
Melihat si isteri yang tertawa buatkan Anif juga ketawa. Kalau dia tahu begini hebatnya perasaan bahagia, sudah lama dia buang segala ego dan dendamnya. Terlalu banyak masa yang dia siakan dan berharap kebahagian ini akan kekal hingga hujung nafasnya.
Senyuman Rose mata tatkala bibirnya pula menjadi singgahan tangan suaminya. Dari atas turun ke bawah. Jantung Rose yang sudah kembali tenang tadi mula berirama tidak tentu arah. Nafasnya juga tersekat apabila wajah Anif semakin mendekati.
Dan saat bibirnya di sentuh dengan bibir Anif dia memejam mata erat. Merelakan semuanya. Lagi pun dua sedar Anif berhak ke atas dirinya.
Anif semakin leka. Tangan yang tadinya berada di punggung Rose naik menekan kepala isterinya supaya kucupun mereka semakin mendalam. Di cium rakus bibir itu. Sudah lama dia mahu kucup bibir seksi isterinya seperti ni. Rasa tenang dan of course buat dia bernafsu. Biasalah lelaki..
"urmm... " Rose merengek dalam kucupun liar suaminya. Dia tidak membalas. Bukan tidak suka tapi dia malu. Dada Anif di tepuk berkali-kali dek rasa sakit di bibirnya bila di lumat kasar seperti itu. Rasa nak bengkak dah..
"awuu.. " Rose mengadu. Wajah tersengih Anif di jeling. Bukan dia tidak tahu suaminya itu sengaja mengigit bibirnya sebelum di lepaskan. Sakit tau tak?!
"abang ni... Sakitlah.. " marah Rose tapi dalam dia marah pun dia suka juga. Isteri mana je tak suka bila kena kiss oleh suami sendirikan?
"siapa suruh mengoda sangat.. " ujar Anif selamba. Walhal dia yang salah nak salahkan bibir orang pula.
"dahlah.. Rose nak mandi" Rose menolak lembut dada Anif menjauhi. Namun tidak berjaya. Anif pula sengaja lagi mengeratkan pelukan.
"nanti nak lagi boleh?" pintanya nakal. Serta merta wajah Rose bertukar merah. Tolong jangan cakap pasal tu dulu boleh tak?

ANDA SEDANG MEMBACA
She's Mine
RomanceRose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan antara cinta dan mati mungkin dia akan pilih mati kerana dalam kamus hidupnya tidak pernah percaya cinta...