Rose terkedu melihat senyuman sinis yang terukir di bibir Anif. Perutnya tiba-tiba memulas dek terlalu takut. Bergetar bibinya mahu menerangkan sesuatu tapi entah mengapa suaranya tidak terkeluar walaupun sedikit.
"ini ke kerja kau selama ni?" perli Anif memeluk tubuh merenung ke arah isterinya. Rose dengan pantas mengeleng.
"t-tak.. Ab-ang dah salah faham" tutur Rose tersekat-sekat. Liur di telan lagi. Gerunnya dia melihat renungan tajam lelaki itu. Terasa tidak bernafas dia dengan renungan tersebut. Berdebar dan takut.
"HABIS TU NI APA HAA?" tengking Anif kuat hingga membuatkan bahu Rose terhenjut sedikit akibat terlalu terkejut dengan tengkingan itu. Matanya berair. Malu di marahi begitu di depan Aqqel.
"rasanya kau tak perlu kut nak marah-marah dia macam tu" sampuk Aqqel yang sedari tadi berdiam diri. Anif tertawa. Jelas tawa yang di buat-buat. Dia bercekak pinggang sambil mendongka memandang ke arah langit sambil melepaskan keluhan besar.
Bukankah dia sudah berkata tidak akan kisah lagi tentang Rose. Kononnya tak kisah bila isterinya keluar dengan lelaki lain tapi.. Kenapa dia merasakan perasaan ini? Sakit mencucuk hatinya bagaikan di cucuk mengunakan gunting. Dia kata dia tak sayang tapi dia cemburu! Entah dia sendiri tidak faham apa yang di rasa. Sekejap kata cemburu, sekejap kata tak. Meletihkan.
"aku pun rasa kau dah boleh blah kut. Tak payah nak menyibuk kat sini. Semak" selamb saja Anif berkata.
"ye ke? Rasanya kau lebih menyemak" balas Aqqel turut tidak mahu kalah. Tanpa amarah Anif tiba-tiba saja maju lalu melayangkan tumbukan tanpa sempat Aqqel mengelak. Terjatuh tubuh Aqqel ke tanah dek menerima tumbukan mengejut itu.
Bagaikan tidak puas, Anif menarik geram kolar baju Aqqel sebelum melayangkan lagi satu tumbukan yang padu hingga hujung bibir Aqqel sedikit luka.
Rose yang melihat menekup mulut. Dia takut melihat agenda itu. Terus saja dia menerpa ke arah Anif lalu lengan Anif di tarik-tarik cuba menghentikan Anif yang bagaikan kerasukan itu.
"abang dah lah.. " rengek Rose masih berusaha menarik Anif. Kesian dia melihat Aqqel yang sudah tidak bermaya itu. Tiada langsung peluang mahu membalas tumbukan Anif dek anif tidak berhenti menumbuknya.
"kau jangan cabar aku lebih-lebih!" merah padam wajah Anif ketika itu jari telunjuknya tepat menuding ke wajah Aqqel.
"abang.. " dengan esakan Rose memanggil. Takut melihat Anif begitu.
"KAU MENANGIS KENAPA? TAK SUKA AKU PUKUL KEKASIH HATI KAU HAA?" tengking Anif lagi membuatkan esakan Rose semakin kuat. Rasa kecil saja dirinya di situ.
"kalau kau lelaki kau takkan marah perempuan macam tu. Lelaki dayus je buat macam tu!" walaupun Anif kelihatan lemah tapi dia tetap berani bersuara. Perlahan-lahan dia bangun, hujung bibirnya di usap lembut. Terasa cecari merah di hujung bibir akibat di tumbuk oleh Anif.
"habis tu, ada masalah ke dengan kau?" tanya Anif. Sekali lagi dia cuba maju tetapi pantas Rose menghalang. Lengan Anif di peluk bagaikan merayu.
"abang dah lah.. " rayu Rose. Kepala di geleng berkali-kali. Anif mengeluh. Tanpa amarah terus saja tangan Rose di tarik kasar mengikut langkahnya.
Sengaja dia melanggar kasar bahu Aqqel semasa melintasi di sebelah lelaki itu. Jelingan mata di beri sebelum kakinya melangkah ke kereta. Rose pula hanya dia mengikut langkah suaminya.
Masuk saja di kereta keduanya diam. Hanya kedengaraan bunyi radio saja menemani mereka berdua. Rose mengerling takut-takut ke arah Anif dan bila pandangan mereka bertemu pantas saja Rose menunduk memandang jari-jemarinya yang berada di atas riba bermain sesama sendiri.
YOU ARE READING
She's Mine
RomanceRose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan antara cinta dan mati mungkin dia akan pilih mati kerana dalam kamus hidupnya tidak pernah percaya cinta...