"auww, sakitlah yang.. " rengek Rayyan. Tangan Uqasah di pegang.
"yang hubby pergi bertumbukan tu dah kenapa? Jahat tau tak!" marah Uqasah dengan linangan air mata yang tidak berhenti mengalir. Bukan main terkejut lagi dia bila melihat wajah suaminya. Rayyan tertawa.
"yang menangis ni kenapa? Hubby okeylah" ujarnya mengusap pipi si isteri yang kemerahan. Uqasah mencebik. Dia memeluk tubuh Rayyan.
"hubby janganlah buat macam tu lagi.. Sayang tak suka!" pesannya. Dia tidak suka melihat suaminya yang tercinta itu cedera atau luka. Dia takut. Takut kehilangan lelaki itu. Betapa berharganya Rayyan buat dirinya hanya allah saja yang tahu.
"hubby tak janji.. " balas Rayyan selamba. Dahi Uqasah di kucup sekilas.
"no, hubby kena janji.. " pantas saja Uqasah bersuara. Dia mendongak memandang Rayyan dengan mata yang berkaca-kaca.
"sayang...?"
"sayang takut. Takut kalau hubby tinggalkam sayang.. " ujar Uqasah tanpa sempat Rayyan bersuara. Bibir bawah di gigit lembut bila terasa esakan akan berlagu kuat.
"eee.. Kenapa comel sangat ni?" dengan geram Rayyan menarik manja hidung isterinya. Kedua pipi Uqasah di gomol geram. Habis di kucup seluruh wajah isterinya. Rasa nak kunyah-kunyah je wajah yang kemerahan itu. Geram sangat.
"h-hubby.. Janganlah" Uqasah merengek lagi. Tubuh Rayyan di tolak lembut. Wajah sudah kembali cemberut.
"yalah, hubby janji tak gaduh-gaduh lagi.. " kata Rayyan walhal pun dia tidak pasti janjinya itu akan terlaksana. Ada ke Mafia tak bergaduh?
"janji?" dengan wajah polosnya Uqasah menghulur jari kelingkingnya. Rayyan mengangguk. Huluran jari kelingking isterinya di sambut sebelum mencium lagi dahi Uqasah.
"meh, sapu ubat lagi kat pipi tu." lembut Uqasah berkata. Belum sempat dia mahu mengambil ubat, Rayyan erat memeluk pinggangnya lalu dengan selamba suaminya itu melabuhkan dagu di bahunya.
"tak payah. Sayang pun boleh jadi penawar dan penyembuh hubby" bisik Rayyan penuh romantik. Uqasah tertawa manja. Tangan Rayyan yang melingkari tangannya di cubit geram.
"sweetnya suami sayang ni" puji Uqasah mengusap lembut pipi suaminya. Tipulah, dia tidak cari dengan kata-kata itu. Rasa melayang-layang dirinya.
"urmm.. Apa jadi tadi?" berhati-hati Uqasah bertanya tidak mahu mood suaminya hilang dengan soalannya. Rayyan diam. Tangan bermain dengan cincin di jari manis isterinya.
"hubby...?"
"dorang dah nak cerai!" beritahu Rayyan separuh berbisik.
"innalilah.. " gumam Uqasah tapi masih jelas kedengaraan di telinga Rayyan.Terletus terus tawa Rayyan. Terhenjut-henjut di tertawa.
"kenapa?" soal Uqasah kehairanan. Melihat si suami yang masih tertawa membuatkan dia juga tertawa. Tubuhnya yang kini berada di atas riba Rayyan berpusing menghadap suaminya. Kedua tangan melingkari di leher Rayyan.
"hubby dahlah.. " rungut Uqasah bila suaminya masih dengan tawanya membuatkan dia rasa malu. Wajah di sembamkan ke dada Rayyan. Kepalanya bergerak-gerak bila tawa Rayyan masih tidak berhenti.
"eee.. Dahlah gelakkan orang" dengan geram dada Rayyan di gigit kuat. Bukannya Rayyan berhenti tertawa malah semakin galak dia mempertawakam isterinya. Saat itu Uqasah rasa macam nak nangis. Salah ke dia cakap macam tu?
"hubbyyyy... " Uqasah kembali merengek. Dada suaminya di tampar sebelum kedua tangan menekup mulut Rayyan supaya berhenti tertawa.
"janganlah gelak lagi. Sayang malu" bisik berharap Rayyan tidak akan mempertawakan dirinya. Rayyan mengangguk. Mata berair dek terlalu banyak ketawa.

ANDA SEDANG MEMBACA
She's Mine
RomanceRose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan antara cinta dan mati mungkin dia akan pilih mati kerana dalam kamus hidupnya tidak pernah percaya cinta...