Rose terus berlari masuk ke dalam bilik.Pintu bilik di tutup rapat. Dia mengigit bibir bawahnya. Perlahan-lahan tubuhnya melurut jatuh ke bawah. Air mata yang di tahan sejak tadi akhirnya mengalir juga membasahi pipinya.
Niatnya mahu memanggil Anif tadi terbatal tatkala dia mendengar dengan jelas pergaduhan kecil antara Rayyan dan Anif tadi. Pilu hatinya mendengar kata-kata suaminya tadi. Sakit teramat bila lafaz cerai sudah meniti di bibir Anif. Adakah dia akan di ceraikan semuadah itu? Secepat ini dia akan bercerai sedangkan mereka baru saja mendirikan rumah tangga.
Rose menarik rapat lututnya. Wajah di sebamkan ke lutut dan tangisan di hambur sepuas-sepuasnya. Sakit di hati sudah berkali-kali dia rasa semenjak menjadi isteri Anif. Air mata bagaikan peneman di setiap kesakitan yang di alaminya. Sungguh kalau di beri kekuatan dia mahukan kekuatan itu. Kekuatan melawan segala kesakitan ini.
Sedang dia beria-ria menangis. Ketukan di pintu menyedarkannya. Pantas dia mengangkat muka. Air mata di lap laju tatkala mendengar suara seseorang di luar. Nafas di tarik panjang sebelum dia bangun lalu membuka pintu.
"kau buat apa sampai nak kunci pintu?" tanya Anif, hairan. Rose mengeleng. Sedaya upaya dia tidak mahu menatap anak mata Anif. Tidak mahu suaminya perasaan dia baru saja habis menangis.
"sorry.. " ujarnya perlahan. Dia kebelakang sedikit memberi ruang untuk Anif masuk. Matanya sedari tadi hanya memandang lantai. Lagi berdebar bila melihat sepasang kaki Anif kini hampir dengannya. Tahu yang Anif sedang merenungnya.
Tidak betah berdiam diri. Rose mendongak memberanikan diri untuk merenung mata Anif. Entah kenapa dia rasa sebak sangat melihat mata cantik itu memandangnya. Senyuman kecil di ukir.
"Rose keluar dulu" ujarnya sebelum berlalu keluar tapi terhalang dek Anif menarik pantas pergelangan tangannya sekali gus menutup pintu menghalangnya dari keluar.
Rose terkebil-kebil. Dahinya berkerut sedikit apabila Anif menolak kasar tubuh kecil menyandar ke dinding pintu. Terpinga-pinga dia di buatnya.
"kenapa kau menangis?" tanya Anif memandang tajam. Rose menunduk. Kan dah kantoi!
"mana ada Rose menangis" naifnya sambil mengeleng kepala.
"habis tu kenapa mata kau merah-merah? Bukan nangis ke macam tu?" soal Anif tidak berpuas hati dengan jawapan yang di beri Rose.
"tak tad-... "
"AKU PALING BENCI PENIPU" jerkah Anif membuatkan suara rose yang mahu berkata tadi terdiam. Matanya terkebil-kebil memandang Anif yang jelas rahangnya bergerak-gerak menahan amarah.
"Tell me why you're crying!" desak Anif. Bahu Rose di goyang berkali-kali. Memaksa!
Rose hanya diam. Matanya terasa kembali panas dengan takungan air matanya. Dia memandang tepat ke bibir lelaki sebelum naik menilik hidung mancung milik suaminya lalu perlahan-lahan anak matanya membalas renungan Anif dan saat amat mereka berpandangan.....
Air matanya jatuh lagi..
"be-tul ke a-abang nak ce-ceraikan Ros-e?" tanya tersikat-sikat dek melawan sebak di dada yang semakin mengasak.
Kali ini Anif pula terdiam. Terkejut dengan soalan itu bermaksud isterinya itu dengar perbualannya dengan Rayyan tadi. Wajah Rose yang masih mendongak memandangnya di kerling sekilas sebelum dia berpaling meramas rambutnya. Hatinya tidak kuat melihat air mata itu mengalir.
"a-abang.. " panggil Rose memandang susuk tubuh Anif yang membelakanginya. Tolonglah cakap semua tu tipu. Dia berharap sangat apa yang di dengarnya salah.
"abang... "
"aku pernah bagitau kau kan. Aku akan lepaskan kau bila dah tiba masanya. Kau bebas cari lelaki yang sayangkan kau. Yang mampu jaga kau. Kau dah lupa ke sebelum ni pun aku dah bincang perkara ni dengan kau?" ujar Anif tatkala Rose seolah menanti jawapan darinya.
YOU ARE READING
She's Mine
Storie d'amoreRose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan antara cinta dan mati mungkin dia akan pilih mati kerana dalam kamus hidupnya tidak pernah percaya cinta...