"a-abang.. Sakit" rengek Rose. Terasa sakit di pergelangan tangan dek Anif terlalu kuat mengenggam. Berkerut dahinya menandakan dia amat terasa sakit.
Anif berhenti. Dia menoleh memandang wajah Rose dengan pandangan yang tajam. Bagaikan lupa yang mereka sekarang masih di tempat umum.
"siapa lelaki tadi?" tanyanya dengan nada tertahan-tahan. Rose terdiam. Sebelah tangan kirinya mengusap lembut pergelangan tangan kanan. Jelas kelihatan sedikit kemerahan di pergelangan tangannya.
"siapa lelaki tu?" tanya Anif lagi. Tangan kanan Rose di ambil lalu dia pula mengambil alih mengusap lembut pergelangan tangan yang sedikit merah itu. Rasa bersalah pula melihat raut kesakitan isterinya.
Rose hanya diam. Tangan Anif tidak berhenti mengusap pergelengan tangannya. Terharu. Dalam marah-marah pun Anif membantu juga. Dalam diam hatinya tersenyum suka.
"kau pekak ke? Aku tanya siap lelaki tu?" soal Anif lagi. Masuk kali ni dah tiga kali dia bertanya. Rose mendongak.
"lelaki mana?"
"lelaki yang menyibuk tu. Siapa?" selamba dia berkata. Rose terdiam. Cuba mengingatkan lelaki menyibuk yang di katakan Anif sebelum beberapa saat kemudian mulutnya terbuka bentuk O
"lelaki tadi tu ke? Nama dia Aqqel" jawabnya polos. Serta merta urutan di tangannya berhenti. Anif kembali merenung tajam.
"kau kenal dia ke?" tanyanya lagi. Entah kenapa hatinya tidak senang dengan kehadiran lelaki yang bernama Aqqel itu. Dari cara lelaki itu memandang isterinya pun sudah membuatkan hatinya sakit tiba-tiba. Rasa marah muncul entah kenapa.
"tak. Rose baru je kenal dia tadi masa nak naik lif" beritahu Rose. Anif mengangguk.
"kalau kau jumpa dia lagi, jangan layan. Faham?" tegas dia berkata.
"kenapa?" polos sekali Rose bertanya. Dengan kepala yang sedikit mendongak. Maklumlah pendek. Matanya pula terkebil-kebil memandang Anif.
"sebab aku tak sukalah"
"kenapa abang tak suka?" tanya Rose lagi. Anif mengeluh. Susah kalau bercakap dengan manusia yang banyak sangat soalan seperti Rose ni. Semua benda nak di tanya.
"kau jangan banyak tanya boleh tak? Ikut je arahan aku tu. Susah sangat ke?" omel Anif sakit hati. Rose memuncung. Tanya je pun...
"abang cemburu ke?" lancar saja soalan itu keluar dari bibir. Rose tersenyum-senyum memandang wajah Anif. Kata tak sayang tapi cemburu. Cemburu tukan tanda sayang bermaksud Anif masih sayangkan dia kan?
"kau jangan perasaan sangat" tidak semena-mena dahi Rose di jentik kuat membuatkan kepala Rose terkebelangkan sedikit.
"habis tu kenapa abang tak suka Rose dekat dengan dia. Abang cemburu kam tapi sengaja tak nak mengaku. Ego" ayat hujungnya di perlahankan suara berharap Anif tidak mendengar dia menyebut perkataan ego itu.
"kau nak dating pun dengan dia aku tak kisah. Lagi bagus kalau kau dah jatuh cinta kat dia senang aku nak lepaskan kau" ujar Anif selamba. Hati kata lain, akal kata lain. Ego!
Rose terdiam. Buat sekian kalinya hatinya terasa sakit dengan kata-kata Anif. Tidak habis-habis lagi Anif mengungkit perkataan cerai dengannya seolah sudah tidak sabar mahu melepaskannya. Isteri mana je tak rasa sakit hati? Siapa je tak kecewa bila lelaki tu dah buat pengakuan seperti ini?
"aku cuma tak suka sebab aku tak nak jadi apa-apa kat kau. Mana tau si Aqqel tu penjahat ke macam mana? Naknya dia bunuh kau. Selagi kau masih di bawah tanggujawab aku, aku akan jaga kau sebaik yang mungkin. Tapi bila suatu hari nanti kita dah berpisah, kau uruskan hal kau. Jangan nak susahkan aku lagi." ujarnya panjang lebar sebelum pergi meninggalkan Rose
YOU ARE READING
She's Mine
Roman d'amourRose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan antara cinta dan mati mungkin dia akan pilih mati kerana dalam kamus hidupnya tidak pernah percaya cinta...