Anif memeluk tubuh memandang susuk tubuh Rose yang baru tiba itu. Dia memandang tajam wajah tersengih isterinya. Boleh pula dia tayang muka tak bersalah dia.
"pergi mana?" tanyanya tatkala Rose kini sudah betul-betul berada di hadapannya. Rose membetulkan sedikit tudung dengan gaya diva-divanya.
"tandas!" jawabnya sepatah dan ceria. Tidak langsung terkesan dengan wajah Anif yang garang itu.
"kenapa tak bagitau? Aku cari macam bodoh kau tau tak?" marah Anif dengan nada tertahan-tahan.
"ala.. Orang pergi tandas je pun nak marah.. " mulut di muncung. Anif menarik muncung Rose. Geram je dia tengo bibir tu memuncung macam itik. Rose dengan pantas memukul tangan Anif sebelum mengusap bibirnya.
"abang risau erkk Rose hilang.. " usik Rose. Bahu Anif sengaja di gesel dengan bahunya dengan bibir tersengih-sengih.
"tak ada maknanya!" Anif menunjal dahi Rose sehingga terdongak Rose dek tunjalan itu. Wajah kembali cemberut. Jika tadi di mengusap bibir, kali ini dahinya pula di usap.
"jom balik!" ajaknya Anif sambil mengerling jam di pergelengan tangannya. Boleh tahan lama juga mereka di sini. Dari jam 11 pagi sampai ke jam 2.
"mama dengan yang lain dah balik ke?" soal Rose. Anif mengangguk.
"kejap.. Nak jumpa Risya dulu!!" dia berlari anak masuk ke dalam bilik yang di tempatkan kembarnya. Tidak jauh pun jauhnya dengan tempat Anif berdiri. Berapa langkah saja dah sampai.
"Risy... Opsss" tidak jadi dia mahu berkata bila melihat agenda romantik Risya dan Danny. Matanya automatik tertutup biarpun dia masih kaku berdiri di muka pintu.
"masuklah.. " arah Danny tersengih malu. Dek tergoda dengan isterinya terus lupa yang mereka sekarang berada di mana. Perlahan-lahan Rose membuka mata memandang wajah Danny dan Risya silih berganti. Terlihat kembarnya itu menunduk malu.
"aku dah nak balik ni. Ingat tau pesan aku. Jangan takut sangat.. Tenang je. Doa baik-baik" pesannya sebelum memeluk tubuh Risya. Risya mengangguk dalam pelukan.
"baiklah doktor!" usik Risya. Rose tertawa.
"yang kau tak duduk kat hospital tempat aku kerja kenapa? Kalau tak boleh juga aku bedahkan kau sampai cacat" selamba dia berkata. Terus Risya mencubit geram perut kembarnya.
"dah sini je paling dekat dari rumah kita. Kalau nak pergi tempat hospital Rose,jauh lagi" Danny pula menjawab menghentikan tawa Rose. Dia mengangguk faham. Lagi pun dia bergurau je nak bedah kembarnya itu. Mana sanggup nak tengo isi dalam tubuh kembarnya. Seram. Kalau orang lain tu lain cerita.
"take care. Esok aku tak dapat datang sebab aku dah masul kerja dah esok" ujarnya. Sekali lagi tubuh Risya di tarik masuk ke dalam pelukan. Kucupan sayang singgah ke dahi dan pipi kembarnya.
"bye... " Risya melambai begitu juga Rose yang turut membalas lambaian. Baru saja dia mahu menarik pintu dia menoleh kembali.
"lain kali kalau nak kiss-kiss tu ingat tempat dulu yer.. " perlinya dengan sengihan gatal sebelum keluar dari bilik.
Tubuh Anif yang duduk di kerusi itu di dekati. Anif mendongak lalu berdiri. Hujung bajunya di tarik-tarik. Dia berdehem kecil.
"jom.. " dengan manja Rose memaut lengan suaminya. Kepala di lentok ke bahu Anif. Bibir mengukir senyuman. Entah apalah yang buat dia bahagia.
"rimaslah.. " Anif meleraikan pelukan lengan Rose. Rose mencebik. Hilang sekejap rasa nikmat yang bertatah di hatinya tadi.
"ala.. Nak peluk" rengek Rose. Anif mengeleng tidak mahu. Kedua tangan di masuk ke dalam poket seluar sebelum kembali menyambung perjalanannya.
"Rose tak nak baliklah kalau macam tu!" rajuk Rose.
"okey then, tinggallah sini" balas Anif. Rose merengus geram. Dia duduk mencangkuk di lantai. Tidak di hiruakan langsung pandangan jururawat yang lalu. Tangannya memeluk erat kedua lutut dan seperti biasa bibir sentiasa memuncung bila merajuk.
Anif yang sudah berjalan beberapa tapak itu menoleh kembali. Keluhan terlepas tatkala melihat Rose yang duduk mencangkuk di situ. Saat pandangan mata mereka berpaut dia mengerakkan mata memberi isyarat untuk datang dekat Denganny tapi Rose mengeleng. Siap menjelir lidah lagi.
Keluhan terlepas lagi. Dengan terpaksa Anif melangkah juga datang mendekati Rose yang menunduk itu. Langsung tak perasaan dengan Diriny. Tanpa sebarang amaran, tangan Rose do tarik lalu di kepit di bawah ketiaknya. Kedua tangannya di masuk semula ke dalam poket.
Rose tersenyum suka. Dia melihat tangan kirinya yang berada dalam kepitan bawah ketiak Anif. Tak kisahlah bawak ketika ke bawah kaki yang penting Anif pujuk. Sambil-sambil kaki melangkah dia mula mengambil kesempatan dengan memaut lengan Anif dengan sebelah lagi tangannya. Kepala di lentok manja. Kali ini Anif tidak menghalang. Hanya membiarkan saja.
"macam-macam.. " omelnya dengan kepala tergeleng. Tidak sangkah Rose begitu manja dengannya tapi dalam tak sedar hatinya terhibur juga dengan gelatah isterinya.
:
:
:
:
:"abang... " manja Rose memanggil. Dia berpaling memandang wajah Anif yang sangat handsome tengah memandu itu. Rasa nak tatap je muka tu lama-lama. Geram sangat.
"abang... " sekali lagi dia memanggil. Anif menjeling. Panggilan Rose tidak di balas tapi kening di angkat tanda kenapa.
"abang... " masuk kali ni dah tiga kali Rose memanggil. Anif mengeluh. Sakit telingannya. Terabang-abang..
"ya sayangku intan payung. Aku belum pekak lagi sampai kau nak panggil banyak kali. Cukup sekali je!" ujarnya dengan nada tertahan-tahan. Rose tertawa. Tidak terasa tersendir pun biarpun dia tahu Anif sedang menyindirkan malah hatinya terasa bahagia dengan panggilan sayang tersebut. Rasa melayang-melayang jiwa raganya.
"dah tu kalau abang tak pekak kenapa tak menyahut?" perlinya.
"nak apa?"
"nak abang pula" gatal Rose menjawab. Anif mengerling dan ketika itu juga Rose mengeyit matanya dengan mengoda. Tergeleng kepala Anif. Dia kembali fokus dengan pemanduannya. Tidak di hiraukan Rose yang tersengih-sengih itu. Entah apalah nasibnya dapat isteri yang suka menyengih saja.
"kita nak balik dah ke abang?"
"dah tu nak ke mana lagi?"
Rose terdiam. Duduk di betulkan. Mata memandang ke luar tingkap sebelum jatuh ke telefon yang berada di ribanya. Di tekan butang on mahu melihat jam. Keluhan terlepas. Dia kembali memandang Anif.
"jom dating nak?" tanyanya nakal. Anif terbatuk kecil. Terkejut mungkin.
"nak tak abang?" tanyanya lagi masih tidak berpuas hati bila Anif tidak menjawab.
"tak payah nak mengada. Dah lewat dah ni" ujar Anif tegas membuatkan muncung Rose kembali.
"lewat apanya. Baru jam 2.30 pun" omelnya. Lewat ke macam tu?
"kita ajak dia dating tak nak.. " terkumat-kamit bibirnya membebel. Pemandangan luar tingkap di pandang semula. Keluhan terlepas lagi. Sakit hati dengan penolakan Anif. Nasiblah sayang....
Anif mengeleng melihat Rose yang merajuk itu. Ada-ada saja yang di bebelkannya. Dari tadi mulut isterinya itu tidak berhenti bercakap sampaikan dia naik pening. Kalau cakap saja tak apa ni siapa nak bertanya lagi. Dah tu kalau orang tak nak jawab memaksa. Aihh...
Don't forget to vote 🌟
YOU ARE READING
She's Mine
RomanceRose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan antara cinta dan mati mungkin dia akan pilih mati kerana dalam kamus hidupnya tidak pernah percaya cinta...