Anif menutup pintu keretanya. Rumah di hadapannya di pandang sebelum keluhan terlepas. Setelah yakin, kereta sudah di kunci baru kakinya bergerak mahu masuk ke dalam rumah.
Kasutnya di buka lalu di letakkan di rak kasut. Pintu di tolak sedikit. Baru saja kakinya mahu melangkah naik ke atas, tubuhnya terdorong ke belakang saat pipinya menerima tumbukan yang mengejut itu.
"KAU APA HAL?" marahnya sambil memegang pipi kanannya. Wajah Rayyan yang tiba-tiba saja datang menumbuknya di pandang hairan.
"KAU TANYA AKU APA HAL? APA KAU BUAT DENGAN ADIK AKU?" suara Rayyan tidak kurang tinggi juga sehingga Umairah yang berada atas riba Uqasah itu menangis terkejut.
Anif terdiam. Lidahnya kelu. Menoleh dan saat itu juga semua ahli keluarga mereka memandangnya bagaikan menanti jawapan. Mata Anif lebih tertumpu ke arah tubuh Rose yang teresak di dalam pelukan mamanya.
"KAU DIAM KENAPA?" tanya Rayyan geram. Kolar baju Anif di genggam kuat. Tajam matanya merenung anak mata milik Anif bagaikan memberi amaran.
Bukan main terkejut dia bila tiba-tiba saja Rose datang dengan keadaan menangis. Lebih mengejutkan bila hujung bibir adiknya berdarah. Sudah semestinya dia tahu sebab adiknya menangis seperti orang gila itu. Di sebabkan jantan di hadapannya sekarang ini.
Anif tersenyum sinis. Tangan Rayyan di kolar bajunya di tepis kasar. Langsung tidak berasa gentar dengan pandangan maut Rayyan.
"dia mengadu ke?" soal Anif bersahaja dengan kedua tangan di masukkan ke dalam poket.
"kalau dia mengadu kenapa? Takut?" perli Rayyan. Tawa Anif terletus. Tidak tahu apa yang lucunya. Rayyan dan Danny yang duduk di sebelah Risya itu berpandangan. Pelik dengan Anif yang tiba-tiba ketawa itu.
"nonsense! " dengan tawa yang masih bersisa Anif berkata semakin membuatkan kemarahan Rayyan sampai ke puncak. Sikit masa saja lagi mahu meletop. Kalau tidak di fikirkan lelaki di hadapannya itu adalah sahabatnya memang sudah lama dia kerjakan.
"kau tak payah gelak bodohlah. Aku nak tau kenapa dia jadi macam tu?" tanya Rayyan.
"kau kata dia mengadu, mesti kau tau cerita dia. Ke dia putar belitkan cerita?" sindir Anif dengan sengihan. Rayyan merengus. Dia sudah tahu, tapi dia mahu dengar sendiri dari mulut Anif.
"jangan ingat dia mengadu dengan kau, aku akan takut. Jangan harap! Aku tak pernah takut dengan kau!" ujar Anif kembali serius. Wajah Rayyan di pandang sebelum pandangannya jatuh ke arah wajah Rose yang kini juga turut merenungnya. Keduanya senyap bagaikan berada di dunia sendiri.
"ada apa-apa lagi ke aku perlu jelaskan?" tanya Anif selamba dengan kening di angkat.
Rayyan mengeluh kuat. Kedua tangan mengenggam penumbuk. Dia melihat sekilas ke arah wajah adiknya, Rose. Perasaan marah serta-merta meledek. Dia sendiri tidak pernah naik tangan dengan kedua adiknya. Sekali pun tak pernah. Berani-beraninya Anif tampar Rose seperti itu. Memang minta kapak ni!
"aku belum selesai lagi.. " ujar Rayyan sebelum menumbuk lagi wajah Anif hingga terbaring Anif ke lantai dek tidak sempat mengelak.
Rayyan bagaikan hilang kawalan. Dia yang berada atas badan Anif tidak berhenti menumbuk wajah itu. Rasa sakit sangat. Selama ini dia diamkan saja bila Anif abaikan Rose tapi bila dah tahap naik tangan memang dia dah tak boleh sabar.
"ini balasan sebab kau tampar adik aku!" kata Rayyan.
"kau pergi berambuslah sial!" jerit Rayyan. Tumbukan semakin padu. Tidak berhenti tangan bergerak melayangkan tumbukan.
"abang... "
Rose yang melihat kejadian itu pantas saja berlari anak ke arah abang. Tubuh Rayyan yang menindih Anif di tarik dengan esakan yang semakin mengila.
YOU ARE READING
She's Mine
RomanceRose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan antara cinta dan mati mungkin dia akan pilih mati kerana dalam kamus hidupnya tidak pernah percaya cinta...