BAB 43

3.6K 131 45
                                    

Rose mengeliat kecil. Mata yang memberat susah benar mahu di buka namun memikirkan yang mungkin dia sudah lewat pergi ke kerja, pantas saja Rose bangun. Matanya terkebil-kebil sebelum dia melihat kelilingnya. Bukan semalam dia dekat ruang tamu ke? Dahi Rose mula berkerut.

Perlahan-lahan dia bangun. Wajahnya masih berkerut kehairanan. Dia ingat lagi yang dia tertidur di sofa semalam macam mana boleh ada dalam bilik. Patutlah lena benar di tidur.

"aku ada jalan naik atas ke semalam?" tanyannya sendiri bingung. Rose memuncung. Geram kerana tidak dapat mengingatkan tentang semalam. Yang dia tahu dia menangis dan tertidur di atas sofa. Tu je! Bila masa pula dia naik ke bilik?

Malas mahu berfikir, Rose bangun dari pembaringannya. Kaki melangkah ke almari. Anif? Jangan tanya dia pasal lelaki itu. Dia sendiri tak tahu. Rose mengerling pula ke arah jam. Sudah menunjukkan pukul 6 pagi. Mujur juga dia cuti hari ni. Tak perlu solat.

Setelah mengambil tuala, Rose berlalu pula ke meja solek. Rambutnya yang serabai di sanggulkan ala kadar. Selepas mengikat rambut, Rose menuju pula ke katil. Di kemaskan katil yang berselerak.

Rose mengeluh. Entah kenapa dia rasa malas sangat nak ke kerja hari ni. Katil yang sudah di kemaskan tadi di pandang seketika sebelum dia duduk. Tangannya mengurut lembut perutnya. Sakit. Biasalah perempuan kalau datang period memang sakit perut. Sudah jadi kebiasaan pada para wanita di luar sana.

Dahi Rose berkerut sedikit saat sakit perutnya semakin terasa. Salah satu sebab buat dia malas mahu ke kerja namun di gagahi juga dirinya berdiri. Dengan tangan yang masih di perut, dia melangkah semula mengambil tuala yang di letakkan atas meja solek tadi.

Baru saja dia mahu masuk ke tandas, pintu bilik di buka automatik dia memandang ke arah gerangan suaminya yang baru masuk. Bibir tersenyum kelat tatkala Anif bersahaja lalu tanpa menghiraukan dia mahupun memandang ke arahnya.

Rose menoleh memandang ke arah Anif yang mencari baju itu. Susuk tubuh belakang suaminya di pandang sayu. Kenapa makin hari dia rasa semakin sakit?

"abang cari apa? Rose carikan!" lembut dia berkata. Perutnya yang memulas tidak di hiraukan. Lambat saja pergerkannya mendekati Anif dek sakit perutnya masih jelas terasa.

"aku boleh cari sendiri. Aku ada mata, ada tangan.. So biar aku cari sendiri" perli Anif tanpa menoleh ke belakang. Rose hanya mampu tersenyum kecil sambil mengangguk perlahan. Semua benda dia nak tolong, semuanya tidak boleh. Ada saja ayat yang keliar dari bibir lelaki itu yang pasti amat menyakitkan.

"abang, nak keluar ke?" sambil dia bertanya, dia melabuhkan punggung di birai katil. Tidak tahan dengan sakit perutnya yang semakin terasa memulas. Wajahnya yang berkeruts sedaya upaya di tahan apabila Anif menoleh ke arahnya. Tidak mahu terlihat sakit di hadapan lelaki itu.

"aku nak keluar joging dengan kawan. So hari ni kau ikutlah abang kau. Aku dah bagitau dia yang kau ikut!" ujarnya.

"abang nak keluar dengan siapa?" entah kenapa hatinya kuat menyatakan Anif akan keluar dengan Aisyah. Nama perempuan yang asyik bermain-main di mindanya.

Anif mengeluh kasar. Geram dengan isterinya yang terlalu banyak menyoal. Pintu almari di tutup kuat hingga terhenjut sedikit bahu Rose dek terlalu terkejut.

"kau tak payah sibuk. Lantak akulah nak keluar dengan siapa pun" ujarnya dengan suara yang agak tinggi. Jelingan tajam di beri sebelum dia membuka baju di tubuhnya dan di gantikan dengan baju adidas berwarna hitam yang di pilihnya tadi.

Rose menunduk. Matanya kembali panas. Dia kalau tengaj datang period memang cepat sangat terasa. Setitis air mata yang jatuh itu pantas di seka. Tatkala dia mendongak, Anif tajam merenungnya.

She's MineWhere stories live. Discover now