Rose menunduk kepala sedikit mengucap selamat tinggal. Sejak mulanya mesyuarat duduknya langsung tidak senang. Rasa seperti di perhati dan dia tahu sangat siapa yang memerhatinya.
"terima kasih atas kerjasama tuan" ujar Doktor Azwan bersalam dengan Aqqel. Aqqel mengangguk. Bahu Dokor Azwan di tepuk berkali-kali. Alhamdulilah mesyuarat hati ini berjalan lancar seperti yang di rancang.
"terima kasih juga sebab sudi berkerjasama dengan kami" ujar Aqqel dengan suara seraknya. Doktor Azwan mengangguk sambil tersenyum kecil. Boleh tahan lama juga mesyuarat yang berlangsung tadi. Biasalah kalau dah dua pihak hebat bergabung memang macam-macam yang di bincangkan.
"kami gerak dulu. Terima kasih" sekali lagi Aqqel bersuara.
"baiklah. Terima kasih sekali lagi" Doktor Azwan berjalan juga mengiringi Aqqel keluar bersama staf-staf yang lain.
Rose hanya diam memerahi langkah Wani yang juga ikut keluar itu. Riak wajah sahabatnya sama seperti tadi. Murung saja. Nampak gaya hari ini mood Wani tak baiklah.
Hilang saja kelibatan semua orang. Rose kembali melabuhkan punggunh di tempat asalnya. Kedua tangan di letakkan ke atas meja lalu di sembamkan wajah ke tangannya itu. Penat? Sudah tentu dia penat. Sudalah dia tergagap-gagap semasa membentang tadi. Mahunya tidak tergagap bila mata Aqqel tidak berhenti merenungnya.
Rose mengeluh kuat. Dia sendiri tidak sangkah akan bertemu lagi dengan lelaki itu. Entahlah kenapa dia berasa takut bersama lelaki itu. Mungkin terpengaruhi dengan kata-kata Anif.
Agak lama Rose berkeadaan begitu sebelum dia kembali menegakkan badan tatkala terdengar bunyi pintu di buka. Senyuman kecil terukir bila dia ingatkan Wani yang masuk tapi rupanya...
Aqqel!
Senyuman Rose semakin pudar. Jantungnya berdegup kuat melihat susuk tubuh lelaki yang kini berada di hadapannya itu. Lagi-lagi bila memikirkan hanya mereka berdua saja di sini. Pantas dia bangun lalu kalut mengemas kertas-kertasnya di meja.
"kenapa tak keluar lagi?" ramah Aqqel bertanya. Dia mendekati Rose sebelum dengan baik hati menolong gadis itu mengemas segala kertas yang bersepah di atas meja. Rose tersenyum kekok.
"terima kasih.. " huluran kertas dari Aqqel di sambut. Sejujurnya dia memang tidak selesa langsung.
"saya terlupa nak ambil fon saya tadi" beritahu Aqqel tentang niatnya yang sebenar. Dia sendiri tidak tahu Rose masih di dalam bilik itu. Niatnya cuma mahu mengambil telefon saja. Tak apalah lagi pun dia suka dapat berjumpa dengan gadis itu.")
"owhh.. Okey!" hanya itu saja balasan dari bibir Rose. Tatkala matanya bertembung dengan mata Aqqel dengan pantas dia melarikan arah matanya.
Terletus tawa Aqqel. Lucu melihat tingkah laku Rose yang seperti takut-takut dengannya. Kepala di geleng perlahan. Adakah dia ni jenis manusia yang menakutkan?
"jom kita keluar lunch sama-sama nak?" ajak Aqqel memecah kesunyian antara mereka. Rose berpaling. Keningnya di garu cuba mencari alasan.
"saya-.. "
"jangam risau saya tak makan orang. Awak tak perlu takut" lantas Aqqel memotong percakapan Rose.
"tak bukan macam tu. Saya cuma ta-."
"saya cuma tak apa?" sekali lagi Aqqel bersuara sekali gus membuatkan kata-kata Rose terhenti.
"lagi pun saya nak bincang sesuatu dengan awak tentang meeting hari ni. Bolehkan?" soal Aqqel lagi. Rose termati akal. Sebolehnya dia tidak mahu langsung tapi bila memikirkan hal kerja dia jadi ragu-ragu.
YOU ARE READING
She's Mine
RomanceRose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan antara cinta dan mati mungkin dia akan pilih mati kerana dalam kamus hidupnya tidak pernah percaya cinta...