"sayangg.... "
Risya tersenyum tatkala tubuhnya di peluk dari belakang. Tangan suaminya yang melingkari pinggangnya di usap. Kembang bulunya bila bibir Danny bermain dia lehernya. Habis terteleng kepalanya dek wajah Danny semakin mengasak.
"biy, janganlah.. " rengek Risya. Tangan Danny di tepuk menyuruh berhenti.
"dah makan ubat belum?" Danny bertanya. Risya mengeleng. Bibir tercebik tanpa sedar. Hari-hari makan ubat. Muak!
"tengo tu. Dia ni kan kalau tak kena paksa memang tak naklah dia nak makan" bebel Danny. Pipi Risya di cubit geram.
"orang tak sukalah makan ubat. Pahit!" cemberut wajah Risya berkata. Danny tertawa kecil. Kedua pipi Risya di kucup lembut.
"meh, cepat makan ubat. Nanti sakit lagi" tangan Risya di tarik menuju ke katil. Nasiblah anak daranya yang seorang itu sudah tidur. Danish pula memang takkan berpisah dengan sepupunya. Siapa lagi kalau bukan Rafeeq.
"tak sedaplah biyy.. " rengek Risya bila Danny sudah duduk di sebelahnya mahu menyuap ubat. Kepala di geleng tidak mahu.
"makan sayang... " lembut namun tegas Danny bersuara. Risya mencebik. Kalau dah garang-garang macam tu memang dia dah tahu yang Danny tidak suka dengan perangainya kini.
"bismilah.. " dengan mata terpejam dan mulut di buka luas. Tatkala terasa ubat itu menyentuh lidahnya laju dia menelan.
"air.. " pinta Risya terkapai-kapai. Danny tertawa. Laju dia menyerahkan air suam kepada isterinya.
"werkk.. Pahit!" Risya menjelir lidah ala-ala seperti orang yang mahu muntah. Danny hanya diam tersenyum. Air suam tadi di letakkan di meja sisi katil.
"makan ubat tu berperangai lagi.. " omelnya.
"tidurlah. Dah lewat malam ni.. " arah Danny memandang ke arah istetinya. Risya mengeleng. Bibir bawah di gigit perlahan bila Danny dengan selamba membuka baju di hadapannya. Seksi wehh.. Rasa nak gigit. Nyum, nyum, nyum..
"sengih-sengih... Kenapa?" soal Danny hairan melihat Risya yang tersengih memandangnya. Risya tidak menjawab malah dia bangun lalu bersahaja memeluk tubuh suaminya. Kaki di jengket sedikit mahu menyembamkan wajah ke leher milik Danny. Dia suka hidu bau lelaki itu. Nyaman.
"isteri siapalah yang manja sangat ni" usik Danny namun tangan tetap memaut kaki Risya bila isterinya mula mengangkat kaki menyangkut ke pinggangnya.
"isteri biy lah.. " jawab Risya. Wajah di sembamkan lagi ke leher Danny. Kalau boleh masuk dah lama dia masuk. Wangi!
"biy belum mandi lagi ni. Tak busuk ke?" Danny mengintai sedikit wajah Risya yang sepenuhnya tersembam di lehernya. Tubuh yang bergayut dengannya itu di bawa duduk ke katil. Boleh tahan berat juga isterinya ini.
"tak pun. Wangi je.." ujar Risya. Kali ini dia kucup pula leher Rayyan. Sesekali di gigit dan di gilat lembut. Nak makan...
"jangan tinggal kesan sayang.. Nanti orang nampak!" tegur Danny bila Risya ralit mencium lehernya. Dapat dia rasakan yang lehernya sudah mula basah dek air liur Risya.
"kenapa biy seksi sangat ni. Urmm.. " kata Risya. Dia merenung anak mata Danny. Hidung yang tak seberapa mancung itu di geselkan dengan hidung Danny.
"seksi ke?"
"seksi.. Rasa nak makan!" laju Risya menjawab dengan kepala di angguk berkali-kali. Danny tertawa. Tak malu betul gadis di hadapannya ini.. Ehh, gadis lagi ke? No, bukan gadis tapi wanita.
"sebelum biy yang makan sayang lebih baik sayang turun. Biy nak mandi ni. Badan melekit" tubuh yang duduk di atas ribanya di tolak lembut. Namun Risya tetap Risya. Kalau tak degil memang bukan dia.
YOU ARE READING
She's Mine
RomanceRose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan antara cinta dan mati mungkin dia akan pilih mati kerana dalam kamus hidupnya tidak pernah percaya cinta...