Anif mundar mandir di bilik itu. Selepas saja makan malam tadi, isterinya masih belum masuk-masuk lagi. Entah kenapa dia rasa gelabah semacam. Dia mengeluh lagi. Penat menunggu akhrinya Anif membaringkan diri ke atas katil sambil mata terkebil-kebil memandang pintu bilik.
Lama dia renung bagaikan dapat menembusi pintu tersebut. Anif mengetap bibir geram. Dia kembali bangun dari pebaringannya, keluhan terlepas lagi. Hari ni memang hari orang mengeluh ke?
Tanpa membuang masa, Anif terus saja keluar dari bilik itu. Niatnya hanya satu, dia mahu cari isterinya. Entah kenapa hatinya tidak tenang bila Rose belum lagi masuk ke bilik. Kaki melangkah ke dapur. Kut-kut ada Rose kat sana tengah cuci pinggan. Bukan dia tidak tahu perangai isterinya itu. Dalam banyak-banyak kerja di dapur isterinya lebih suka mencuci pinggan.
"mana dia ni?" gumam Anif bila susuk tubuh Rose tidak di temui. Anif mengeleng kepala. Belakang lehernya di urut lembut. Dia letih sebenarnya tapi kerisauan hati membuatkan dia menundah waktu rehatnya.
"Anif cari siapa?"
Terus saja Anif menoleh bila tiba-tiba ada suara menyapa gegendang telinganya. Senyuman kecil terukir bila melihat Raimah berdiri di belakangnya.
"mama, ada nampak Rose tak?" soalnya. Raimah mengerut dahi mendengar soalan itu. Dia yang mahu turun meletakkan cawan yang di bawanya tadi terbatal bila melihat susuk tubuh Anif berdiri di dapur.
"bukan dia kat atas ke? Setahu mama Rose dah lama naik ke atas!" beritahu Raimah. Habis saja makan malam tadi anaknya itu terus naik ke atas.
"lah, ye ke? Okey, terima kasih.. " Anif tersenyum kelat. Kalau begitu, dia tahu isterinya ada di mana.
"anif naik dulu.. " ujarnya meminta diri. Baru saja beberapa langkah dia berjalan. Suara mentuanya sekali lagi membuatkan dia berhenti.
"mama harap lepas ni Anif dengan Rose bahagia dengan pasangan sendiri. Mama mohon dengan Anif supaya ceraikan Rose dengan cara baik.. " lembut Raimah berkata membuatkan Anif terkedu. Dia tidaklah hairan sangat kalau Raimah dah tahu masalahnya dengan Rose.
"Anif minta maaf ma..anif akan cuba yang terbaik dan cuba untuk betulkan semuanya.." ujarnya. Anif menoleh. Tangan Raimah di ambil sebelum dia menyalam hormat tangan tua.
"mama percaya kat Anif.. " ujar Raimah mengangguk kecil. Anif tersenyum tipis sebelum dia berjalan semula naik ke atas.
Sampai saja di tingkat atas, benda pertama dia cari adalah isterinya. Dia tidak melangkah ke bilik namun kaki berjalan mendekati bilik Alice. Tanpa berfikir panjang, pintu itu di ketuk kasar.
"Rose Damia, keluar sekarang!" tegas Anif berkata sambil tangan tidak berhenti mengetuk pintu bilik Alice.
"aku kira sampai tiga kalau kau tak keluar-.. " kata-kata Anif terhenti bila pintu yang di ketuknya tadi sudah terbuka. Terjengul wajah masam adik tirinya.
"abang ni dah kenapa menjerit malam-malam?" soal Alice cemberut. Anif mengeluh kasar. Tanpa mempedulikan soalan adiknya, dia terus menerpa masuk.
Sangkahannya benar bila melihat tubuh Rose yang duduk di hujung birai katil. Kepala tergeleng perlahan. Dia bukan main risau lagi tahu-tahu isterinya ada kat bilik sebelah je. Buat habis tenaga je dia mencari.
"buat apa kat sini? Jom masuk bilik!" ajak Anif berserta soalan. Rose mengeleng tidak mahu.
"abang masuklah dulu, Rose mak sembang dengan Alice kejap" balas Rose tanpa memandang ke arah suaminya. Bukan niat mahu berkurang ajar tapi dia perlukan masa sendirian. Dia perlukan masa tanpa adanya Anif di situ. Dia mahu tenangkan fikiran.
YOU ARE READING
She's Mine
RomanceRose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan antara cinta dan mati mungkin dia akan pilih mati kerana dalam kamus hidupnya tidak pernah percaya cinta...