BAB 17

3.8K 150 17
                                    

Dengan sekali lafaz saja kini Rose Damia sudah menjadi milik Anif. Perkawinan yang tidak di sangkah-sangkahkan. Tanpa merancang terus di nikahi. Bahagiakah rumah tangga seperti ni? Kawin mengejut pula tu. Tanpa siapa yang tahu melainkan keluarga mereka.

Rose menunduk memandang jarinya. Selalu pegantin perempaun akan di sarungkan cincin kawim di jari manis mereka tapi dia.. Langsung tiada. Jangankan cincin malah baju juga tiada. Hanya baju kurung berwarna biru tua dan tudung shawl hitam saja menghiasi dirinya.

Dia perempuan sudah semestinya ada cita-cita mahu merasa naik pelamin. Mahu di sarungkan cincin seperti pegantin lain. Mahu memakai gaun pegantin. Namun ianya hanya tinggal harapan saja.

"Rose salamlah tangan Anif tu!" arah Raimah. Bukan dia tidak sedih tapi apa lagi cara yang mereka ada melainkan mengawin Anif dan Rose. Salah mereka kerana tinggalkan Merek berdua. Tak pasal-pasal sudah di tangkap basah.

Rose mendongak sedikit. Sebab utama dia terkilan bukanlah tentang baju, cincin dan pelamim peganti tapi melihay wajah diingin Anif membuatkan dia lebih terkilan seolah-olah semua ini salahnya sedangkan dia tidak minta langsung hal ini berlaku.

Tangan Anif di salam hormat. Belum pun sempat dia mendaratkan kucupan Anif sudah menarik tangannya. Rose tersenyum hambar. Apa yang di harapkan lagi kalau Anif sendiri sudah berlaku diingin dengannya? Perkawinan yang baru berusia beberapa minit ini bagaikan begitu lama buatnya. Bagaimana kehidupannya selepas ini? Bahagiakah dia?

Anif dengan wajah tanpa riak menarik kepala Rose mendekati. Satu kucupan di dahi di berikan itu pun sesaat saja. Baru bibir melabuh dia sudah menarik. Tiada rasa langsung. Sekali lagi Rose tersenyum hambar! Sedih hati dengan perangai acuh tak acuh Anif. Sangat yang mungkin tiada penawar.

Tok kadi tadi berdiri bersalaman dengan Rayyan begitu juga Anif yang berjalan mendekati pintu menghantar mereka. Kalaulah dia tidak ada di rumah menemai Rose tadi mungkin hal ini takkan berlaku namun apakan daya.. Semua sudah selesai. Rose kini sudah menjadi isterinya.

"saya harap benda ni takkan berlaku lagi. Dan saya nasihatkan supaya korang semua sentiasa berjaga-jaga. Jangan sesekali tinggal di rumah hanya berduaan lelaki dan perempuan melainkan adik beradik atau ayah dan abang." pesan tok kadi tadi. Anif mengangguk.

"Terima kasih sekali lagi.. " Rayyan menganggui sedikit tanda berterima kasih. Kelihatan beberapa lelaki tadi sudah hilang masuk ke dalam kereta.

Rayyan melepaskan keluhan. Benarlah hari ini hari malang buatnya. Sudah selesai Rose, Risya lagi dan kembali masalah Rose lagi. Selepas ini tidak tahulah siapa pula.

"Kita kena bincang!" ujar Rayyan sebelum melangkah masuk kembali ke ruang tamu mendekati keluarga mereka yang masih setia di situ. Anif hanya diam mengikuti. Dia melabuhkan punggung tepat berhadapan dengan Rose yang kini isterinya. Sekali lagi ISTERINYA.

Rose pula masih setia bersipu di sebelah mamanya sambil tangan tidak berhenti meramas jari-jemari sendiri. Entahlah dia nak nangis ke nak ketawa sekarang ni. Rasanya apa perlu dia buat? Ketawa ke menangis?

"macam mana semua ni boleh berlaku? Siapa yang buat aduan?" soal Rayyan geram. Alangkah terkejutnya dia tadi bila masuk-masuk saja terlihat adiknya sudah menangis. Lebih mengejutkan bila Anif dan Rose perlu di kawinkan di sebabkan di tangkap basah.

"kau tanya aku sedangkan kau yang suruh jaga adik kesayangan kau di rumah dan sekarang aku terpaksa kawin dengan dia sebab konon kami buat zina walhal aku sikit pun tak sentuh dia" jawab Anif sedikit tidak berpuas hati. Rose mengetap bibir. Dari nada Amif pun dia tahu bahawa lelaki itu amat marah. Tidak sukakah dia dapat mengawani dirinya? Jika benar apa langkah yang harus dia ambil selepas ini?

She's MineWhere stories live. Discover now