BAB 53

5.4K 167 37
                                    

Rose yang sedang menyikat rambutnya itu tersentak bila pintu kamar mandi di buka kasar. Dia hanya beriak biasa walapun dia berasa hairan melihat wajah kelat Anif. Mungkin masih marah dengan kejadian tadi pagi sampai kini Anif masih tidak melayannya.

Tubuh Anif yang sedang memakai baju di kerling daripada pantulan cermin. Wajah suaminya sama seperti tadi. Kelat dan masam. Rose mengeluh. Daripada fikirkan hal suaminya lebih baik dia tidur. Ada feadahnya juga.

Baru saja dia mahu merebahkan diri suara Anif menghentikannya. Rose tersengih. Ingatkan tak nak bercakap langsung.

"pergi mana tadi?" soal Anif. Rose mengerling ke arah suaminya. Bantal di tepuk-tepuk.

"kan dah bagitau tadi Rose keluar dengan Wani.. " ujar Rose. Rasanya Anif belum cukup tau lagi untuk lupa ingatan. Anif mengeleng kecil mendengar jawapan Rose. Tawanya terletus.

"seriusly Rose Damia?!" semakin berkerut dahi Rose memandang Anif yang bagaikan cacing kepanasan. Siap panggil nama penuh lagi. Kalau dah panggil macam tu memang marah sangat lah tu.

"dahlah, Rose nak tidur.. " kata Rose. Malas mahu melayan sikap panas baran suaminya. Kepala yang mahu di rebahkan itu terhenti bila suara Anif sekali lagi menyapa gegendang telinganya.

"aku tanya kau pergi dengan siapa tadi?" soalan Anif lagi dengan bergetar melawan perasaan marah yang semakin membuak.

Rose menghela nafas kasar. Dia kembali duduk memandang tajam ke arah Anif yang juga turut memandang ke arahnya.

"abang ni dah kenapa. Berapa kali Rose nam bagitau yang Rose keluar dengan wani.. " beritahu Rose lagi.

"owh iya?" sinis Anif berkata. Dia berjalan mendekati meja solek. Tangannya lincah membuka telefonnya sebelum di baling geram ke katil dekat dengan Rose.

"kalau kau keluar dengan Wani, ni apa?" soal Anif. Rose terkedu seketika bila melihat gambarnya di tangkap. Tapi lebih mengejutkan apabila Aqqel juga ada di situ. Mata Rose lama memandang gambar di mana Aqqel mengusap hujung bibirnya dek tercalit sos. Rose mengeluh. Satu lagi masalah datang.

"macam mana abang dapat gambar ni?" tanya Rose hairan. Takkan Wani yang bagi. Mustahil.

"tu kau tak perlu tahu yang aku nak sekarang jelaskan semua ni? Apa ni? Kau keluar dengan jantan lain ke?"

"jap, jap.. Abang suruh orang ikut Rose ke selama ni?" Rose berdiri mendekati Anif. Dia masih tidak menjawab soalan Anif selagi soalan yang satu itub tidak terjawab.

"kalau iya kenapa? Kau nak marah aku?" perli Anif. Rose nyata tidak terkejut. Dia sudah agak dah. Telefon Anif di tangannya di lempar semula ke katil sebelum dia berpeluk tubuh memandang ke arah anif. Kali ini dia sudah tidak takut lagi.

"rose memang keluar dengan Wani lepas tu kebetulan doktor Aqqel join kami! Salah ke?" ujanya. Dia mahu berlaku jujur supaya masalah mereka berkurang. Dia tidak mahu lagi memeningkan kepala dengan pergaduhan seperti ini.

"habis tu mana Wani?" tanya Anif masih tidak berpuas hati.

"masa tu dia pergi tandas seb-... "

"ALASAN BODOH!" tengking Anif membuatkan Rose terdiam. Terkejut mungkin dengan suara Anif yang semakin meninggi itu.

"Rose malas nak layan abang...nak percaya ke tak nak terpulang..." lemah Rose berkata. Jujur, dia amat penat asyik bergaduh. Dia sudah muak dengan situasi ini.

"aku dah cakap kan jangan keluar dengan jantan tak guna tu. Kau tu dah kawin tolong sedar diri sikit.. " ujar Anif membuatkan tawa Rose terletus. Entah di mana lucunya.

She's MineWhere stories live. Discover now