BAB 27

4K 143 1
                                    

Danny mengenggam kuat tangan isterinya. Rasa simpati jatuh melihat wajah pucat isterinya. Sebelah tangan lagi naik mengusap kepala isterinya. Alhamudlilah, semuanya berjalan lancar. Hanya tuhan saja tahu kerisauannya bagaimana. Risau sangat-sangat.

Danny menarik pula tangan Risya ke bibir. Di cium lembut tangan itu. Keluhan terlepas. Dia menyembamkan wajah ke katil. Percaya atau tidak selama beberapa hari Risya di tahan matanya begitu sukar mahu di pejam walaupun dia sangatlah mengantuk.

"urmm.. "

Pantas dia mengangat kepalanya kembali tatkala mendengar rengekan sang isteri. Senyuman kecil terbit melihat mata Risya yang bergerak-gerak itu. Danny bangun dari duduk mahu lebih mendekati isterinya.

"baby.. " lembut dia berbisik. Mata Risya yang masih bergerak-gerak itu di pandang penuh berharap.

Sesaat..

Dua saat..

Tiga saat..

Dan akhirnya mata bundar itu terkebil-kebil memandangnya. Danny tersenyum gembira. Kucupan sayang singgah ke dahi isterinya. Berkali-kali ubun-ubun Risya di cium meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga.

"biy.. " serak suara Risya memanggil. Biasalah baru bangun pagi macam ni memang akan dapat suara seksi semula jadi. Betul tak?

"good morning baby.. " kata Danny ceria. Risya tersenyum kecil.

"good morning to biy.. " balasnya dengan sengihan. Tangannya yang berada dalam genggam Danny di tarik lalu tangan kasar Danny pula di ciumnya. Rindu!

"nak air tak?" soal Danny. Lantas Risya mengangguk. Sejujurnya, tekaknya terasa sangat kering. Danny dengan pantas bertindak. Air yang berada di meja sisi katil itu di tuang ke dal cawan sebelum menyerahkan kepada Risya.

"biy tolong... " ujarnya apabila Risya cuba menarik cawan tersebut. Perlahan-lahan Risya meneguk air itu. Baru terasa lega sangat.

"dah?" Risya mengangguk. Baru saja dia bangun dari pembaringan Danny pantas menghalang. Kening berkerut.

"janganlah lasak sangat. Sayang tu baru sihat nanti sakit lagi. Bekas jahitan tu belum kering lagi.. " bebel Danny. Dalam dia membebel, dia membantu juga tubuh Risya untuk duduk. Satu bantal di letakkan di belakang tubuh isterinya. Sebolehnya dia mahu Risya sentiasa berasa selesa.

"kenapa bawah mata biy bengkak. Biy tak cukup rehat ke?" tanya Risya memerhati bawah mata Danny yang kelihatan sedikit bengkak dan hitam itu. Jarinya mengelus lembut bawah mata suaminya.

"macam mana tak bengkak kalau setiap malam biy risaukan sayang.. Urmm.. "

"sorry.. "

"no, bukan salah sayang pun. Biy cuma risau je sayang. Lepas ni jangan sakit-sakit lagi tau.. " pesan Danny tegas. Hidung Risya di ciut manja.

"janji!" laju Risya mengangguk. Danny tertawa. Dahi Risya di cium lagi. Sungguh dia amat gembira melihat senyuman yang terbit di bibir isterinya.

"assalamualaikum..."

Danny dan Risya tersentak sebelum keduanya serentak memandang ke pintu. Lebar terus senyuman menghiasi bibir Risya melihat keluarganya yang baru tiba. Lagi lebar melihat anaknya juga turut ada. Ya allah, sungguh dia amat rindu.

"mama.. " jatuh juga menitis air matanya tatkala terpandang wajah ibunya. Raimah tersenyum. Dia mendekati Risya sebelum mereka berdua berpelukan.

"rindunya dengan mama.. " rengek Risya manja. Raimah tertawa kecil. Rambut panjang anaknya di usap. Baru kali ini hati tuanya tenang. Tenang kerana anaknya sudah kembali sihat walaupun belum sepenuhnya tapi dia amat bersyurkur.

She's MineTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang