BAB 5

3.7K 153 8
                                    

Suasana dalam kereta itu hanya senyap Saja. Sedari tadi satu butir pun tiada yang keluar dari bibir Rose. Senyap tidak bersuara. Hanya kedengaraan bunyi radio kereta yang menemani mereka berdua.

Anif mengerling sekilas memandang Rose di sebelahnya yang memandang ke luar tingkap. Dia berdehem cuba menarik perhatian Rose tapi hampa bila sedikit pun Rose tak berpaling. Anif mengetap bibir kuat. Geram! Sekali lagi dia berdehem kali ini bersama batuk tapi batuknya bukan di buat-buat. Sakit tekak terlalu kuat berdehem sehingga rasa tercekik sebab tu terbatuk.

Rose berpaling bila batuk Anif rasa lama sangat. Kening berkerut. Merah padam wajah Anif menahan batuk.

"abang nak air ke?" soalnya. Anif mengeleng kecil. Dia berdehem lagi menghilang rasa gatal di tekaknya. Dia mengerling ke sebelah. Ada pun suara imgatkan bisu tadi.

"kita pergi airport kejap boleh?" tanyanya. Serta merta kening Rose berkerut seribu. Wajah Anif di pandang tidak faham. Bermacam-macam soalan bergelar di otaknya tika ini.

"nak buat apa?"

"nak ambik kawan! Dia tumpang tinggal kat rumah abang awak dulu. Saya dah bagitau abang awak tadi" beritahu Anif. Rose mengangguk walaupun dia masih tidak puas hati. Nak tahu juga kawan yang mana? Lekai ke perempuan? Semua dia nak tahu tapi di tahan niatnya memandang dia masih berasa janggal dengan Anif. 5 tahun bukan sekejap. Sangggat lamaaaa.. Dan dia juga penyebabnya.

Rose kembali memandang luar tingkap. Entah kenapa dia rasa sebak tiba-tiba. Sejak kedatangan Anif dia cepat sangat terasa. Cepat sangat sebak dia sendiri tidak tahu kenapa.

"tahniah!" ujar Anif tiba-tiba. Rose berpaling semula dengan dahi yang kembali berkerut. Sudah menjadi kebiasaan buatnya kalau tak faham je mesti kerut dahi.

"sebab?" soalnya. Bukan dia sengaja buat tidak faham tapi memang dia tak faham. Apa kes tiba-tiba ucap tahniah. Lain lah dia baru habis kawin. Erghh.. Kawin? Jodoh tak ada lagi macam mana pula nak kawin!

"sebab dah Berjaya capai impian awaklah. Nak sangatkan jadi doktor dulu" kata Anif bersama senyuman kecil. Entah iklas atau senyuman menyindir. Rose mengangguk dengan bibir di gigit lembut. Tengo tu.. Sebak lagi!

Entahlah. Dia rasakan seolah Anif sedang menyindirnya. Dulu dia tolak cinta lelaki itu alasannya nak capai cita-cita. Sekarang? Bukan tak bahagia. Bukan tak gembira. Semua orang akan gembira bila impian merka tercapai tapi dia rasa kebahagian tidak lengkap. Kenapa yerr? Dia dah ada keluarga yang bahagia. Kehidupan yang sudah cukup istemewa. Kerja yang bagus. Apa lagi yang kurang?

"abang bahagia ke?" entah bagaiman Soalan itu boleh terkeluar dari bibirnya.

"Hah?" Anif terpinga-pinga buat seketika. Bagaikan baru tersedar Rose menekup mulutnya dengan tangan. Terkejut dengan soalan sendiri.

"erghh.. Tak ada apa-apa" kalut dia mengeleng. Dalam hati dah mengutuk serana mulutnya yang bertanya soalan itu. Macam tak ada soalan lagi je nak tanya!

"of course. Saya bahagia. Bahagia sangat-sangat. Kenapa tak cukup bahgia lagi ke muka saya ni?" Jawabnya bersama soalan di hujung ayat. Rose tersenyum kecil. Dia nampak kebahagian itu tapi kenapa dia tidak suka melihatnya. Dia tidak suka Anif berbahagai kerana benda atau orang lain.

'habis kau nak dia bahagia sebab kau ke sedangkan kau yang hancurkan kebahagian dia?' tiba-tiba kedengaraan suara hatinya bertanya. Rose mengeleng bagaikan menjawab persoalan hatinya. Dulu bina sangat ego tinggi melangit sekarang baru tahu padahnya.

"awak pula? Bahagia?" soal Anif pula.

"hurmm.. Happylah. Sebab ada mama. Ada akak, ada anak-anak buah yang comel. Ada abang Rayyan ada abang danny. Semua ada. Dah lengkap dah" Jawabnya dengan ceria.

She's MineWhere stories live. Discover now