BAB 55

5.3K 161 11
                                    

Senyuman terbit bila wajah lena suaminya di pandang. Mangkuk berisi bubur itu di letakkan atas meja di sisi katil. Sempat dia melekapkan telapak tangan ke dahi Anif mengesan suhu suaminya.

"panas lagi.. " omelnya sendirian. Keluhan terlepas sebelum dia kembali menegakkan badannya.

Rose berjalan mendekati meja solek. Dengan tudung dan baju belum lagi bertukar dek terlalu kelam kabut. Tudung yang masih elok tersarung di buka. Mujur juga dia dapat cuti hari ini.

Butang baju kurungnya juga di buka sebelum kedua tangan memegang hujung baju kurung. Tanpa berfikir panjang terus saja di tarik baju tersebut selamba meninggalkan hanya tingal baju dalam saja menutupi dadanya. Baju yang di buka tadi di letakkan di atas meja solek namun tidak sempat bila dia melihat dengan jelas tubuh Anif yang berbaring tadi sudah duduk sambil merenung dengan renungan gatal.

"A-abang.. " kalut-kalut Rose duduk. Lutut di tarik rapat ke dada. Mata di pejam erat. Malunya hanya allah saja tahu. Wajahnya jelas kini merah dek terlalu segan. Lagi-lagi bila Anif langsung tidak melarikan matanya. Rasa nak tampar je bertubi-tubi. Miang!

"kau sengaja ke nak goda aku?" dengan suara yang mahu serak Anif bertanya. Dia duduk memandang je arah isterinya yang masih tertunduk itu.

"t-tak.. " laju Rose mengeleng. Dalam diam sudah menyumpah dirinya dek terlalu cuai. Dirinya masih menunduk. Tidak berani dia mahu bangun dengan tubuh yang hampir separuh bogel itu.

"bangunlah. Suap aku makan.. " arah Anif tanpa perasaan walhal jantungnya sudah berdegup kencang. Lelaki mana je yang tahan melihat tubuh gadis seputih itu. Lagi-lagi hal. Memang membuatkan nafsu naik mencanak.

"b-boleh tak kalau abang pejam mata. Rose nak salin baju" pinta Rose. Wajah Anif di pandang namun hanya sesaat sebelum dia kembali menunduk.

"kenapa? Pakai jelah. Bukan dosa pun kalau aku tengo!" selamba saja Anif berkata. Rose mengeleng tidak mahu. Lelaki takkan faham bagaimana perasan para wanita.

"please abang.. " rayu Rose. Sesungguh kalau dia di beri kekuatan atau kuasa sudah pasti dia akan butakan lelaki itu untuk seketika. Rasa nak tampar je wajah miang yang merenungnya itu.

"fine!" kesian melihat wajah kemerahan isterinya. Anif memejam mata dan berpaling membelakangi isterinya.

"abang  jangan intai tau!" pesan Rose teragak-agak mahu bangun. Anif mengangguk. Setelah agak pasti Anif tidak mengintai lagi, barulah Rose bangun dari duduknya lalu cepat-cepat mengambil tuala dan di balutkan ke tubuhnya.

Rose mengambil baju di almari. Sesekali dia menoleh ke belakang mahu memastikan yang Anif tidak mengintainya. Keluhan lega terlepas bila Anif menepati janjinya.

"okey dah!" ujar Rose bila dia sudah selesai menyarung baju di tubuh. Anif berpaling. Senyuman kecil terukir melihat tubuh si isteri yang hanya memakai baju t-shirt hitam dan masih memakai skrit baju kurungnya.

Rose tersenyum segan. Tuala yang di guna tadi letakkan semula ke tempat asalnya. Perlahan-lahan dia mendekati tubuh Anif yang masih setia menunggunya.

"abang nak makan ke?" soal Rose sekadar mahu memecahkan kesunyian antara mereka.

"kau ke masak?" tanya Anif mengerling ke arah bubur ayam yang masih kelihatan panas terletak di atas meja di hujung katil. Rose mengangguk. Dia melabuhkan punggung di sebelah Anif yang duduk sambil melujur kaki itu.

"sejak bila kau pandai masak ni? Selalu masak telur pun hangus!" perli Anif. Rose mencebik. Sedikit sebanyak rasa malu bila mengingatkan masa lalu.

"dah hampir 6 tahun berlalu, banyak benda dah yang Rose pandai.." ujar Rose sedikit bangga. Tangannya mengambil mangkuk itu dan di kacau-kacau supaya cepat sejuk.

She's MineWhere stories live. Discover now