BAB 42

3.5K 136 33
                                    

"tak boleh... "

"AKU KATA TAK BOLEH, TAK BOLEH PEREMPUAN SUNDAL... "jerit Rose nyaring.

Anif yang baru masuk ke dalam rumah itu tersentak. Dia memandang susuk tubuh Rose yang berbaring di sofa sambil menracau-racau entah apa.

Pantas dia berjalan mendekati isterinya. Kening berkerut. Kelakar juga melihat Rose yang tergagap-gagap itu bagaikan menumbuk orang dengan bibir di ketap geram.

"TAK NAK!" jerit Rose lagi. Anif mengeleng. Sah ngigau! Anif menundukan tubuhnya sedikit sebelum mengoyang kuat bahu Rose.

"weh, bangaunlah" ujarnya namun Rose tetap tidak sedarkan diri. Dah masuk ke dalam dunia sendiri. Tangan Anif di tolak kasar.

"perempuan ni memang nak kena!" Anif mengetap bibir geram. Idea nakal timbul di benaknya sebelum dia berjalan menuju ke dapur.

Cawan di ambil lalu di isikan dengan air. Bukan air paip tapi air sejuk. Okey sikitkan air sejuk daripada air panas. Ha, kalau tu memang teruklah Rose jadinya. Senyuman jahat terukir tatkala cawan kosong tadi sudah di penuhi dengan air sejuk yang di tuang tadi.

Kaki kembali melangkah ke arah Rose yang masih tidak sedarkan diri itu. Dalam kiraan..

Satu..

Dua..

Tiga..

"ARGGHH.. "

Terus Rose terbangun. Kedua tangan meraup wajahnya dengan kasar. Tercunggap-cunggap dia bernafas. Mendengar suara yang amat di kenali itu lantas dia merenung tajam.

"AISYAH MANA?" tengkingnya tanpa sedar membuatkan Anif terkedu. Aisyah? Wajah kemerahan Rose di pandang. Rasanya dia tak salah dengarkan.

"Aisyah Mana? Mana perempuan tu abang" desak Rose. Kepalanya di toleh ke kiri kanan mencari kelibatan Aisyah.

"kau gila ke?" dengan selamba Anif menjentik kuat dahi Rose sehingga Rose terduduk kembali dek terlalu kesakitan.

"awwhh.. " Rose mengadu. Berair matanya menerima jentikan mengejut itu.  Kedua tangannya mengusap dahi di tempat jentikan Anif tadi. Berdenyut-denyut kejap dahinya. Sakit tak terkata.

"kau mimpi apa sampai macam ni sekali? Ke memang dah gila?" soal Anif. Rose terdiam. Bibir bawah di gigit halus cuba memahami kata-kata Anif.

Mimpi? Dia mimpi ke? Bukan Anif ada bawa Aisyah pulang ke sini ke? Kalau ada mana Aisyah tu? Akal Rose saling berbalas. Dia memandang sekeliling sebelum jatuh di bajunya yang basah sebelum dahinya di tepuk kuat.

"aku mimpi ke? Aduh, buat malu jelah kau ni Rose" omel Rose sendirian tapi masih jelas di pendengaran Anif. Mulut Rose terkumat-kamit memarahi dirinya sendiri. Kenapa rasa mimpi tu macam betul?

"sorry, ingatkan betul!" Rose tersengih malu. Siapa je tak malu bila kantoi macam ni? Rasa nak sorok kat bawah jambatan.

"apa yang betul?" soal Anif merenung tajam ke arah Rose. Laju saja Rose mengeleng. Bajunya yang basah tidak di hiraukan lagi.

"a-abang dah makan ke? Jom makan" ajak Rose. Tergagap-gagap dia mahu memanggil abang dek terlalu malu.

"kau mimpi apa sampai meracau teruk macam tu?" tanya Anif lagi masih tidak berpuas hati namun Rose tetap mengeleng. Dia tersenyum kecil. Kening yang tidak gatal di garu.

"tak ada apalah. Tak penting pun.. "kata Rose. Sebolehnya dia tidak mahu mengingatkan mimpi tersebut. Rasa seram sangat.

"jom makan. Rose dari tadi tunggu abang.. " rengek Rose manja. Dalam diam dia berasa lega kerana suaminya mimpi bukan realiti. Cawan di tangan Anif di ambil. Sedikit sebanyak dia mengigil juga dek rasa sejuk.

She's MineWhere stories live. Discover now