"abang.. Bangunlah. Jom solat subuh" kejut Rose. Bahu Anif di goyang lembut mengunakan sebiji bantal. Bukan dia tidak mahu menyentuh tapi takut nanti air wuduhnya terbatal. Dia yang sudah bersiap berpakaian telekung itu memandang ke arah Anif yang masih lena tidur. Keluhan terlepas.
"abang.. " kejutnya lagi. Kali ini suara lebih kuat. Geram dengan sikap Anif yang susah sangat mahu di bangukan.
"urm... " Anif mengumam. Matanya terpisat-pisat cuba di buka. Rasa kantuknya masih belum hilang namun di gagahi juga diri bila mendengar suara isterinya semakin kuat menyapa gegendang telinganya.
"abang... "
"kejaplah.. "serak dia menjawab. Matanya di gosok perlahan sebelum tercelik luas. Wajah bertelekung Rose menjadi pertama yang di lihat. Di perhati wajah bersih itu. Masih marahkah dia?. Sejujurnya hingga kini rasa bersalah menghantui dirinya sampaikan entah pukul berapa baru dia dapat lena.
"cepatlah.. " rengek Rose lagi. Dia turun dari katil. Pergerakannya terbatas dek telekung yang tersarung di tubuhnya.
Tanpa membalas apa-apa Anif bangun lalu menuju ke almari dan mengambil tuala sebelum dia bergegas masuk ke dalam kamar mandi.
Rose mengeleng. Katil yang berselerak di pandang. Keluhan terlepas lagi. Hari ni dia rasa malas sangat. Mujur juga hari ni dia berkerja malam. Bolehlah tidur tengah hari. Bantal yang di gunkan di susan kemas. Selimut yang berselerak juga di lipat kemas. Segala kedutan di katil itu di betulkan sebelum semuanya menjadi kemas seperti sedia kala.
Rose bergerak pula ke arah sejadah yang sudah di bentangnya tadi. Dia duduk bersila atas sejadah itu menanti kehadiran suaminya. Dia lagi suka solat bersama suami. Rasa tenang sangat.
Hampir 15 minit menunggu barulah Anif keluar dari kamar mandi yang hanya memakai tuala di lilit ke pinggang. Rose hanya menunduk. Tidak mahu memandang langsung ke arah Anif. Nanti tak pasal-pasal kena cakap gatal pula.
"baju aku mana?" soal Anif. Rose mendongak sebelum menunding jari ke arah katil. Sudah dia sediakan segala pakaian lengkap untuk suaminya. Isterikan kena jaga pakai minum suami.
"terima kasih.. " sempat Anif berkata sebelum memakai baju yang sudah tersedia. Rose hanya mengangguk. Selama ini tidak pernah pula Anif berterima kasih dengannya. Pelik bin hairan.
Selesai saja memakai baju. Anif bergerak ke arah sejadahnya. Rose juga turut ikut berdiri bersedia menunaikan solat subuh bersama.
"bismilah.. "
Hampir 8 minit mereka menunaikan solat subuh akhirnya selesai juga. Rose mengaminkan doa Anif. Lama tangan di raup ke wajah.
Dia mula berdiri. Salam? Selama ni kalau dia mahu bersalam pun bukan pernah Anif menyambut melainkan dia yang paksa. Kali ini dia tidak mahu memaksa. Cukuplah lelaki itu sudi menjadikan dia makmum.
"duduk dulu.. " Arah Anif. Rose yang baru mahu berdiri itu tersentak sedikit sebelum akur duduk bertentangan dengan Anif.
"kenapa tak salam aku hari ni? Marah lagi pasal semalam? Sebab tu kau dah tak hormat aku?" soal Anif bertegas. Rose mengigit bibir bawah. Tangannya yang berada di atas riba di hulur menarik tangan Anif lalu di salam hormat.
"sorry.. " ujarnya perlahan memandang ke arah Anif yang merenungnya tajam. Tangan yang masih berada dalam genggam Anif di biarkan.
"aku ada benda nak cakap" sambil dia bersuara di lepaskan juga tangan isteriya. Rose hanya diam menantik butir kata yang seterusnya. Entah kenapa dia berdebar tiba-tiba.
"minggu depan aku kena balik france" beritahu Anif membuatkan Rose terkedu. Balik? Habis tu dia macam mana? Matanya terkebil-kebil memandang Anif.
YOU ARE READING
She's Mine
RomanceRose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan antara cinta dan mati mungkin dia akan pilih mati kerana dalam kamus hidupnya tidak pernah percaya cinta...