BAB 31

3.7K 140 8
                                    

Uqasah yang sedang memakai tudung itu tersentak tatkala sedar hujung bajunya terasa di tarik-tarik. Dia menunduk memandang gerangan yang menarik bajunya. Senyuman kecil terus terbit di bibir apabila wajah cemberut anaknya, umairah menghiasai mata.

"kenapa?" tanyanya sepatah sebelum kembali memandang cermin. Tudungnya di pin. Lebar senyumananya apabila tudung yang di pakai cantik tersarung di kepalanya.

"su.. " pelat Umairah menutur kata. Maklumlah umur baru mahu menginjak ke angkah 2 tahun. Uqasah mencangkuk. Rambut Umairah di usap lembut.

"nak susu ke?" soalnya. Umairah mengangguk laju. Terletus tawa Uqasah. Bukan main laju lagi dia mengangguk.

"nanti jelah. Kita nak tengo aunty risya ni." ujarnya sekadar mahu mengusik. Main muncung bibir Umairah. Kepala di geleng tidak mahu.

"sayangkan dah besar mana boleh menyusu dah" ujarnya sambil tangan menyelit helaian rambut Umairah ke telinga.

"nanak.. " rengek Umairah. Dia menghentak kaki tidak mahu. Tubuh montelnya di jatuh kan ke lantai. Tangsian mula berlagu. Besar mulutnya terbuka. Meraung kuat.

"yalah, yalah, mama buatkan" kata Uqasah mengalah. Bukan boleh usik sikit, mula lah menangis. Dia bangun mahu membuat susu anaknya.

"pa.. " serentak Uqasah dan Umairah tatkala tubuh Rayyan yang baru masuk itu mendekati mereka. Terus saja Umairah bangun lalu terkedek-kedek berlari mendekati papanya. Kaki Rayyan di peluk dengan kepala di dongak minta di dukunga.

"kenapa menangis ni?" sambil bertanya dia mendukung juga tubuh kecil umairah. Pipi Umairah di cium lembut.

"maa.. " lurus jari telunjuk Umairah menuding ke arah Uqasah yang tersengih tidak bersalah. Rayyan mengeleng. Ni mesti kena usik mamanya lah ni.

"suka sangatkan buat anak menangis" omel Rayyan. Bukan dia tidak tahu perangai isterinya itu. Dia mendekati Uqasah lalu hidungnya di cuit manja. Berkerut wajah Uqasah. Tangan Rayyan yang mencuit hidungnya di genggam.

"saja je nak gurau. Dia ni tak boleh orang nak usik, asyik-asyik menangis lepas tu mengadu pula kat papa dia. Tak malu" Perli Uqasah. Pipi Umairah di cubit kuat hingga Umairah merengek kesakitan. Tercebik-cebik dia memandang Rayyan.

"ssshhh.. Sayang dia" pujuk Rayyan. Dahi Umairah di cium. Geram sangat!

"urmm.. " sempat Umairah menjelir lidah ke arah Uqasah sebelum menyembamkan wajah ke bahu Rayyan. Tangan kecilnya naik memeluk leher papanya.

"eeeer..budak nikan" hampir saja tangan Uqasah mahu sampai mencubit paha Umairah tapi pantas Rayyan menghalang.

"janganlah yang.. Nanti dia menangis lagi." tegur Rayyan. Uqasah mencebik. Mengecil matanya melihat Umairah yang tertawa kecil bagaikan mengejeknya.

"hubby pun sama. Suka menangkan budak kecil ni. Malam ni Umairah dengan hubby jangan tidur kat bilik" rajuk Uqasah.

"habis tu nak tidur mana?"

"hubby tidurlah kat dalam tandas bawa sekali anak kesayangan hubby tu" selamba Uqasah berkata. Dia berlalu kembali mendekati cermin. Hilang moodnya terus mahu keluar jalan. Semuanya gara-gara musuh ketatnya, Umairah.

"mama dah merajuk tu" bisik Rayyan. Umairah hanya diam terkebil-kebil. Dia mengangguk bagaikan mengiyakan kata-kata papanya.

"turun kejap. Papa nak pujuk mama" ujarnya cuba menuruni tubuh si anak daranya namun Umairah merengek tidak mahu. Pelukan di leher Rayyan di ketatkan.

"sayang.. Janganlah macam ni. Papa kena pujuk mama nanti mairah tak dapat adik baru. Umairah kata nak adikkan. Macam mana nak ada adik kalau mama merajuk?" beritahunya cuba menghasut pemikiran Umairah.

Terdiam Umairah dengan kata-kata Rayyan. Mungkin mempertimbangkan sama ada mahu melepaskan atau tidak.

"nak adik tak?" bisik Rayyan cukup hanya mereka anak beranak saja yang mendengar. Umairah mengangguk.

"okey then, duduk sini diam-diam tau baru papa bagi adik baru" lagak dia berkata seolah-olah mudah saja mendapat adik baru itu.

"urmm.. ' gumam Umairah melepaskan pelukan. Kaki kecilnya melangkah menuju ke katil. Bersusah payah dia memanjat katil sebelum merebahkan tubuhnya. Demi adik yang di mahukan dia sanggup lepaskan papa dia untuk mamanya yang merajuk itu.

Rayyan tersenyum kecil melihat Umairah yang menyusu botol kosong itu. Bagus sangat ada anak macam ni. Bagi je adik baru terus dengar cakap.

Dia mendekati pula tubuh isterinya yang entah membelek apa di tudungnya. Dah sempurna dah pun sengaja je sibuk diri dia.

"marah?" terus di peluk pinggang Uqasah. Pipi isterinya di cium manja. Melihat tiada respon dari Uqasah membuatkan tawa Rayyan terletus. Lagi-lagi melihat muncung isterinya. Tahulah dia yang Uqasah benar-benar merajuk dengannya.

"merajuk ke yang?" usik Rayyan. Pipi Uqasah di cuit-cuit.

"sorrylah. Janganlah marah hubby.. " pujuk Rayyan lagi. Berkali-kali pipi Uqasah di cium. Mulanya Uqasah hanya beriak selamba tapi tidak lama bila tangan suaminya juga turut mengusap lembut perut. Tempat yang amat dia geli walaupun masih berlapis. Mengekek dia tertawa.

"hubby dahlah. Sayang dah tak merajuk dah" rayu sambil masih tersisa dengan tawa. Merah mukanya akibat kegelian belum lagi dengan pipinya yang habis basah dek liur Rayyan melekat.

"dah jom. Mama dengan yang dah tunggu tu" ajaknya. Tangan Uqasah di tarik. Mudah jekan dia nak pujuk. Ceh, bangga..

"jom sayang.. " tubuh Umiarah kembali di dukung dengan sebelah tangan saja. Terpaksa dia buat begitu apabila Uqasah juga tidak mahu melepaskan tangannya. Kang nak di tepis merajuk lagi. Sudanya dia pasrah saja.

:
:
:
:
:

"mana lah dua orang ni? Tak turun-turun lagi" bebel Raimah. Sejak tadi lagi mereka menunggu kedatangan Uqasah dan Rayyan tapi sehingga kini masih belum tiba lagi.

"lambatlah. Danish dah tak sabar nak jumpa mommy" rengek Danish yang selamba menyandar di tubuh Anif. Riana pula duduk di riba Anif manakal Rafeeq juga turut ikut menyandar di tubuh Anif.

"sorry.. Lambat" suara Rayyan menyapa telinga mereka. Serentak mereka berpaling sebelum kesemua mereka bangun.

"nilah budak dua orang ni lambat sangat" omel Rayyan mengerling ke arah Uqasah dan Umairah yang menempal di sebelahnya.

"mesti mama gaduh dengan mairah ni kan?" duga Rafeeq. Sudah masak benar dengan kedua perangai mama dan adiknya. Rayyan tertawa. Dia mengangguk mengiyakan kata-kata Rafeeq.

"mama.. Memang manja. Sama macam adik" perli Rafeeq selamba.

"Rafeeq!" ujar Uqasah memberi amaran. Bukannya Rafeeq takut malah semakin dia galak mempertawakan mamanya. Sama macam Rayyan. Masing-masing suka mengusik Uqasah.

"dah jom gerak" ajak Raimah.

"jom.. " jerit Danish tidak sabar.

"Rose okey tak ni? Kalau tak larat tak payahlah ikut" ujar Raimah mengerling ke arah Rose di sebelahnya. Rose mengangguk. Sedaya upaya dia tidak mahu bertentang mata dengan suaminya.

"okeylah.. " lembut Rose berkata. Dan saat matanya dan Anif bertentangan pantas dia menunduk.








Don't forget to vote 🌟



She's MineWhere stories live. Discover now