BAB 13

3.7K 149 2
                                    

Anif menongkat kepala merenung awan malam yang di temani bintang-bintang itu. Fikiran tidak semena-mena melayang ke perbualannya dengan Rayyan tadi? Kawin dengan Rose? Itu mungkin dulu memang niatnya tapi sekarang.... Entahlah, dia juga tidak tahu dengan permainan hatinya.

Jika dulu, mungkin dia tidak akan ragu-ragu menerima tapi sekarang dia tidak boleh. Tiada langsungkah cintanya buat Rose lagi? Itu dia tidak pasti. Sungguh permainan hatinya ini sangat meletihkan. Pening dia!

Baru saja, dia berpaling. Dirinya tersentak bila melihat susuk tubuh Alice yang berdiri di pintu balkoninya. Dia memgurut dada. Nasib baik tak ada penyakit jantung kalau tak mahunya dia mati.

"dia nikan..masuk bilik orang bukan bagi salam. Terkejut tau tak?" marah Anif. Geram sebenarnya. Alice tersengih kecil seperti tidak bersalah. Dia keluar mendekati abang tirinya. Sejuk saja angin malam mengena tubuhnya. Dengan rambut yang memghurai panjang. Mata di pejam menikmati kedamaian malam itu.

Anif hanya diam memeluk tubuh memandang Alice. Senyuman kecil terbit di bibir. Dia sendiri tidak sangkah yang dia akan berjumpa semula dengan adik tirinya itu setelah sekian lama tidak bertemu. Tidak kiralah adik tiri ke, adik kandung, dia tetap sayang. Baginya itu tidak penting!

"kenapa abang duduk kat luar ni seorang-seorang?" Tanya Alice mengerling ke arah Anif.

"saja! Yang awak pula kenapa masuk bilik abang tiba-tiba? Tak ketuk pintu pula tu!" Anif menjeling manja. Terletus tawa Alice. Bukan selalu abangnya itu merajuk manja dengannya. Selalunya dia saja yang suka merajuk. Saja je, suka kena pujuk.

"Alice dah ketuk dah tapi tak ada sahutan pun. Alice pun masuk jelah. So tu salah abang sebab tak dengar bukan salah Alice" kata Alice. Bukan dia tidak mengetuk pintu. Lagi pun kita mestilah beradab. Kena ketuk pintu dulu sebelum masuk walaupun itu adalah keluarga sendiri. Tapi dah banyak kali dia ketuk tadi, tetap tak ada sahutan. So, itu tak terkira sebagai busybody!

"yalah...kenapa?" mahu tidak mahu Anif mengalah juga. Alice tersenyum kemenangan. Seperti yang di katakan atau lebih tepat fakta, perempuan sentiasa betul walaupun salah tapi tetap betul juga. Ahh.. Lantaklah kalau tak faham!

"sebab Alice tak dapat tidur.. "

"kenapa pula?"

"hurmm... Alice sedihlah tengo kak rose tu!" ujar Alice. Automatik Anif tersenyap tatlala mendengar nama Rose menjadi perbualan. Bagaikan sedar perubahan abangnya, Alice menoleh memandang Anif.

"boleh tak Alice nak tanya sesuatu?" soalnya. Anif mengangguk.

"abang... Sayang lagi ke dengan kak rose?" soal Alice perlahan. Anif hanya diam. Dia sudah agak soalan itu yang akan keluar dari bibir adiknya. Cara Alice bertanya pun dia sudah agak.

"abang pun tak tahu jawapan dia!" jawab Anif bersahaja. Berkerut dahi Alice mendengar. Logik ke?

"macam mana tak tahu sedangkan abang yang pegang hati abang. Mustahil abang tak tahu! Ke abang cuma nak naifkan.. " bebel Alice. Dia memgecil mata memandang wajah abangnya. Seperti dapat mengagak apa yang bermain di hati abangnya.

"abang tak tahu! Separuh hati abang kata sayang, separuh hati abang kat tak!" ujar Anif. Dia sendiri keliru dengan perasaannya. Bila dia dekat dengan Rose, dia sedar masih ada debaran tapi tidaklah seperti dulu. Namun entah kenapa dia tak rasa dia cinta dan sayangkan Rose lagi.

"sebab abang ego? Abang sebenarnya sayangkan kak rose lagi tapi abang naifkan. Abang berdendam dan marah bila teringat balik kisah silam abang. Sebab tu hati abang pun berbelah bahagi." terdiam Anif mendengar kata-kata Alice.

"abang tak berdendam. Abang tak marah juga. Abang dah lupakan semuanya. Lagi pun tak guna nak marah untuk benda yang lepas! " balas Anif. Alice tertawa kecil. Nampak sangat abangnya berbohong. Walaupun umurnya masih mentah tapi fikirannya sudah matang. Dapat bezakan mana satu baik mana satu buruk. Dia faham dengan perasaan orang-orang dewasa.

She's MineWhere stories live. Discover now