BAB 34

3.6K 136 11
                                    

"Rose!"

Rose berpaling tatkala terdengar namanya di panggil. Lagi-lagi bila dia amat kenal dengan pemanggil itu. Berkerut dahinya melihat Wani berlari anak ke arahnya.

"kenapa?" terus saja dia menyoal Wani. Tawanya terletus melihat sahabatnya itu tercunggap-cunggap sendiri. Wani menarik nafas lalu di hembus perlahan. Di ulang sebanyak 3 kali cuba mengawal pernafasaannya agar stabil.

"dah okey?" perli Rose. Wani menjeling. Sekali lagi dia menarik nafas sebelum di hembus kasar. Matanya tiba-tiba bertukar merenung tajam ke arah Rose membuatkan Rose terkebil-kebil sendiri.

"kau lupa ke?" duga Wani serius. Rose terdiam. Dari gaya suara Wani dia tahu kawannya itu tidak bergurau. Lama dia berdiam diri mencari-cari apa yang di lupa. Tapi langsung dia tak ingat pun.

"lupa apa?" polos dia bertanya seraya berbisik sendiri. Melihat mata Wani masih memandangnya dengan tajam membuatkan Rose memuncung. Lengan Wani di peluk. Memang Wani orang yang periang tapi kalau dia dah marah memang menakutkan.

"tulah banyak makan semut" tidak semena-mena Wani memulas geram telinga Rose yang terlindung dengan tudung bawal berwarna biru tua itu. Berkerut wajah Rose. Sakit!

"orang gila je makan semut.. " omeknya perlahan sambil mengusap telinga. Tidak berani mahu berkata kuat-kuat bila renungan Wani sama macam tadi. Tajam.

"aku dah chat kaukan semalam.. " Rungut Wani. Rose diam lagi. Semalam?

"apa?"

"eeee.. Kau nikan. Aku daha cakap hari ni kita ada meeting dengan hospital lain..kau lupa ke?" marah Wani.

"ya allah, aku lupalah weii" dahinya di tepuk perlahan tanda dia amat lupa. Memang Wani ada memberitahunya semalam tapi entah pesanan wani semalam bagaikan angin saja. Biasalah orang tak ada mood memang macam tu. Blur!

"jam berapa dah ni?" kalut-kalut dia melihat jam di pergelangan tangan. Sudah menunjukkan pukul 2 petang. Meeting meraka akan di adakan pada jam 2.15 minit bermaksud ada 15 minit lagi.

"weii.. Kejap lagi nak mula" jerit Rose tanpa sedar. Terkejut punya pasal. Wani mengeleng kecil.

"jom, cepat. Kalau kau kena denda aku tak tahu.. Aku tak apalah. My husband is my boss" bangga dia berkata sambil menjelir lidah mengejek. Rose mencebik.

"yalah. Kau menang" biji matanya di putar naik ke atas. Menyampah melihat wajah bangga Wani.

"dah, jom. Nanti lambat" baru saja Wani mahu menarik tangan Rose namum Rose mengeleng.

"kau dah kenapa tak nak? Buang tabiat??"

"bukanlah. Kau gerak dulu. Aku nak ambil barang kat dalam bilik" arahnya.

"tak apa ke aku pergi dulu?"

"tak apa.. Kau pergi je. Nanti aku datang" Rose mengangguk mengiykan kata-kata Wani.

"okey, kau jangan lambat pula" sempat Wani berpesan sebelum berjalan laju menuju ke tingkat atas di mana tempat mesyuarat akan diadakan. Hilang saja bayang Wani, Rose pula yang berlari anak.

Sambil berlari sempat dia menilik jam di tangan. Haraplah dia sempat masuk. Tak pernah-pernah lagi dia lupa tentang mesyuarat. Ini adalah kali pertama. Mana taknnya lupa kalai fikirannya hanya memikirkan tentang Anif saja.

Setelah agak lama berlari barulah Rose sampai ke bilik mereka. Di buka laci di tempat duduknya. Gelabah dia mencari fail yang akan mahu di bentang hari. Mujur juga kerja menyiapkan fail tersebut dia sudah buat awal-awal lagi. Kalau tak mahunya dia kena pecat. Fuhhh.. Seram.

She's MineWhere stories live. Discover now