Lemah Rose masuk ke dalam bilik kerjanya yang di khaskan buatnya. Punggung di labuh lemah dengan keluhan kuat. Mulut tercebik-cebik menahan geram. Sakit hati!
Sayang tu.. Kekasih aku!
Hingga sekarang itu saja yang bermain dalam otaknya. Kepala di geleng sebelum menghembus nafasnya. Cuba mengawal rasa sakit hati yang kian terasa. Sakit seolah tertoreh oleh pisau. Bukan TER tapi memang kena toreh dengan kata-kata Anif tadi. Dengar seperti biasa tapi sakitnya hanya tuhan yang tahu.
Lamunan Rose terhenti bila mendengaran pintu terbuka. Lantas dia mengangkat kepala. Senyuman kecil terukir bila melihat sahabat baiknya itu baru melangkah masuk. Memandangnya aliran mereka sama jadi bilik mereka pun di tetapkan sama.
"assalamualaikum.." seperi Rose, wani juga kelihatan lemah berjalan ke mejanya yang hanya berada di sebelah Rose.
"walaikumsalam.. " jawab Rose sebelum menarik kerusinya mendekari wani yang masam mencuka itu. Siku wani di cuit dengan kening di angkat. Kenapa?
Wani memandang wajah Rose lama. Berkerut-kerut dahinya mahu berkata sesuatu. Semakin membuak perasaan ingin tahu dalam diri Rose. Bukan selalu nampak wajah masam kawannya itu selalu ceria saja memanjang.
"huawaahhhhh... " Rose tersentak bila wani tiba-tiba menjerit. Tidak semena-mena tubuhnya di tarik masuk ke dalam pelukan. Wani menyembamkan wajah ke bahu Rose.
"kau kenapa weyyhh? Kau nangis ke?" kalut Rose bertanya tatkala mendengar esakan kecil wani.
"Roseee.." meleret wani memanggil. Pelukan di lepaskan. Hingus yang meleleh di tarik tanpa segan silu. Rose hanya diam memandang. Merah wajah Wani menangis.
"kenapa?" sekali lagi Rose bertanya. Risau. Tak pernah lagi dia nampak Wani menangis seteruk ini. Pernah pun sekali saja waktu kucingnya mati? Biasalah pecinta kucing memang over sikit.
"a-aku.. Aku.. " terhenjut-henjut bahu Wani bersuara.
"aku apa? Kau jangan cakap gagap-gagap boleh tak?" marah Rose geram. Sudahlah dia berdebar tidak tentu pasal nak dengar. Wani pula tergagap-gagap. Makin dia berdebar. Berdebar sebab apa pun dia tidak tahu.
"aku dah kawin.. "
"WHAT?"
Belum sempat Wani ingin menghabiskan kata-katanya Rose terlebih dahulu menjerit. Dia yang tadi duduk bangun sambil menekup mulut tidak percaya. Setahunya Wani tiada langsung kekasih. Macam mana pula boleh kawin?
"dengan siapa?" tanyannya. Wani mencebik sebelum esakan kembali kedengaraan.
"kau biar betul? Bila kau kawin? Dengan siapa?" bertalu-talu Rose bertanya. Dia kembali duduk menghadap wajah merah Wani.
"kau tau takk.. Aku dah kawin dengan doktor azwan!" beritahu wani semakin membuatkan Rose terkejut.
"aku dah kawin kelmari. Kau nampak tak ni..." Wani mengankat tangannya menunjukkan jari manis yang kini sudah tersarung cincin. Terkebil-kebil Rose memandang. Otak dia terhenti seketika dek terlalu terkejut.
"biar betul? Bapak ahh.. Tahniah!" jika tadi dia rasa bersimpati sekarang dia rasa happy pula. Tubuh wani di peluk tapi tidak lama bila Wani mencubit pinggangnya.
"TAHNIAH? aku tak naklah. Aku tak nak kawin dengan dia" rungut Wani tidak puas hati. Rose tertawa.
"nak buat macam mana kalau kau dah terkawin pun dengan dia" usik Rose bersama tawa kecil. Wani mencebik sambil menunduk memandang cincin di jari manis kanannya.
"tapi kenapa aku tak tahu pun! Sampai hati tak jemput aku" rajuk Rose. Berkecil hati kerana Wani tidak memberitahunya langsung.
"sebab aku tak buat besar-besaran pun. Keluarga aku dengan doktor azwan je. Buat simple je! Nanti kalau aku buat besar-besaran aku janji akan jemput kau. Aku minta maaf." ujar Wani rasa bersalah. Rose tersenyum kecil sebelum senyuman itu betukar menjadi kerutan di dahi.
YOU ARE READING
She's Mine
RomanceRose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan antara cinta dan mati mungkin dia akan pilih mati kerana dalam kamus hidupnya tidak pernah percaya cinta...