BAB 12

4.1K 166 1
                                    

"ya allah kenapa ni?"

Rayyan tersentak bila masuk saja Rose, dia terus di peluk. Lagi mengejutkan tatkala melihat wajah comot adiknya. Teresak-esak Rose menangis di dada Abangnya. Tubuh Rayyan di peluk erat.

"kenapa?" tanya Rayyan lagi memandang Anif yang masih di muka pintu sambil tangan mengusap lembut kepala Rose yang masih teresak. Anif mengeluh. Kelihatan serba salah.

"kenapa dengan Rose tu?" kali ini Raimah pula bertanya. Dia mendekati tubuh anaknya. Belakang Rose di usap walaupun dia masih binggung. Yang lain juga turut ada. Semua mata memandang ke arah Anif meminta penjelasan.

"Anif kenapa dengan Rose ni?" soal Raimah. Jelas nada tua itu kerisaunan. Alice Juga terkebil-kebil sendiri. Tidak faham dengan situasi yang berlaku sekarang.

"rose... Hampir kena rogol tadi!" beritahu Anif membuatkan semua terkejut. Semakin erat Rose memeluk tubuh abangnya dengan kepala di gelengkan. Raimah Pula sudah menitis air mata. Sedih mengenangkan keadaan Rose ketika itu.

"kau kenal ke siapa?" tanya Rayyan menahan marah. Bergerak-gerak rahangnya. Memang cari mautlah siapa yang ganggu keluarganya.

"aku tak kenal tapi yang pasti mat rempit entah dari mana. Kau jangan risau aku dah arah budak-budak cari bangsat tu!" ujar Anif. Rayyan mengeluh. Ubun-ubun Rose di kucup sayang.

Salahnya. Dia akui itu salahnya. Memang dia sudah berjanji mahu mengambil adiknya di hospital tapi dek terlalu banyak kerja hingga dia terlupa dan terpaksa Meminta tolong Anif untuk mengambil Rose. Tak di sangkah pula adiknya dalam keadaan bahaya.

"sorry.." bisiknya lembut. Rasa bersalah yang amat. Bagaikan gagal menjaga adik-adiknya.

"d-dia nak rogol r-rose abang.. " adu Rose manja. Rayyan mengangguk. Dahi Rose di cium.

"dah,dah..nanti taulah apa abang nak buat. Tak nak nangis lagi. Tak comel nanti" usiknya mencuit lembut hidung Rose. Rose tersenyum kecil sebelum kembali menyambamkan wajah ke dada Rayyan. Malu Bila sedar semua mata memandangnya.

"okey tak ni? Kesiannya anak mama" dari memeluk Rayyan berpindah pula ke Raimah. Kali ini tubuh mamanya pula di peluk. Raimah turut teresak. Berkali-kali pipi Rose di ciumnya.

"ma.. Janganlah menangis! Rayyan janji akan balas balik" pujuk Rayyan. Raimah mengangguk. Air mata di seka lembut.

"jom naik atas. Tukar baju, rehat.. " ajak Raimah menarik tangan Rose naik ke atas.

Sekali lagi Rayyan melepaskan keluhan. Ini adalah kali kedua keluarganya hampir di perkosa. Pertama, isterinya Uqasah. Kedua, adiknya pula. Macam-macam masalah. Tak boleh ke dia hidup aman untuk satu hari?

"jom kita naik" Uqasah bersuara. Serentak Alice dan Risya mengangguk sebelum turut ikut naik memberi peluang kepada tiga jejaka itu berbincang.

"pa.... " Umairah terkebil-kebil mendongak memandang Rayyan. Tangan di kedip-kedip minta di angkat. Tanpa membuang masa, pantas Rayyan mengangkat tubuh kecil anaknya.

"Danish, Rafeeq pergi naik atas!" arah Danny tegas. Danish dan Rafeeq mengangguk lalu berlari naik ke atas.

Rayyan berjalan menuju ke sofa ruang tamu di ikuti oleh Danny dan Anif. Umairah di letakkan atas ribanya. Menyibuk juga orang nak bincang!

"apa jadi tadi. Macam mana adik aku hampir kena rogol?" soal Rayyan tidak berpuas hati.

"entahlah. Tadi aku sampai je terus aku nampak Rose dah hampir di rogol. Itu pun nasib baik aku cepat kalau takk... Aku pun tahu nak tolong macam mana lagi"

"kau dah arah budak-budak cari ke?" kali ini Danny pula bersuara. Anif mengangguk.

"memang nak mampuslah dorang tu!" ujar Rayyan mengetap bibir geram.

She's MineWhere stories live. Discover now