BAB 9

3.4K 163 0
                                    

Rose tergesa-gesa menuruni tangga tersebut. Begnya di selongkar mencari kalau-kalau terdapat barang yang tinggal. Kalau dah kelam kabut memang ada saja benda yang tinggal. Dalam dia mencari entah bagaimana kakinya boleh tergelincir. Namun tidak sempat dia terjatuh mencium lantai ada sepasang tangan melingkari di pinggangnya.

Rose yang tadi memejam mata, perlahan-lahan membuka kembali. Pelik kerana terasa tubuhnya seperti dalam dakapan seseorang. Rose tergamam. Tangannya tergetar mengenggam baju di Dada Anif. Jantung berdebar menanatap anak mata milik Anif.

Keduanya senyap saling memandang antara satu sama lain. Tanpa sedar mata Anif jatuh menilik bibir basah Rose. Bergetar terus dadanya. Gelora nafsunya tiba-tiba mencanak naik. Liur di telan berkali-kali.

"erkk... " Rose bersuara kecil tapi tidak tahu apa yang harus di katakan. Serentak itu Anif melepaskan pelukan di pinggang Rose. Belakang kepalanya di garu. Dia berdehem menghilang rasa malunya.

"t-terima kasih.. " perlahan Rose menunduk kepala tanda berterima kasih dengan Anif. Kalau Anif tak sambut dia tadi memang cium lantailah dia. Sudahlah dia tergelincir dekat tangga. Naknya dia tergolek jatuh ke bawah. Uiss, bahaya!

"lain kali hati-hati. Nanti jatuh macam mana? Tak pasal-pasal cacat pula nanti!" tegur Anif bersama satu sindirian padu. Dengan bersahaja dia memasukkan tangan ke dalam poket seluar sebelum turun ke bawah.

Rose masih berdiri di tempat asalnya. Hilang saja kelibatan Anif dia melompat kecil dengan tangan di buat gaya menghipas wajahnya yang memerah tiba-tiba. Suka bercampur malu! Tapi dia lagi suka. Hihihi..

Tangan yang mengipas wajah tadi di alihkan melekap ke jantungnya yang jelas kuat berdegup. Bibir bawahnya di gigit. Tak sangkah agenda itu terjadi. Baru sebentar tadi dia rasa dunia ini miliknya bila menanatap anak mata Anif. Benarkah dia sudah jatuh cinta? Kepala di geleng sambil menampar-nampar pipinya cuba mengembalikan ke dunia nyata.

Baru saja kaki melangkah suara kembarnya kedengaraan. Rose berpaling memandang Risya yang tersengih kecil. Lebih tepat sengih mengusik.

"sukalah tu abang anif peluk dia!" usik Risya. Rose mencebik. Pinggang Risya di cubit. Suka sangat intai orang. Dari dulu sampai sekarang perangai Risya sama saja. Suka menyibuk!

"aduhh.. Sakitlah. Bagitau abang danny nanti baru tau!" ugut Risya sambil mengusap bekas cubitan kembarnya. Rose mencebik. Sikit-sikit nak mengadu. Dasar isteri manja!

"tak apalah nanti aku pun bagitau.. "

"kau nak mengadu dengan siapa? Kau mana ada suami! Werkk.. " belum sempat Rose berkata, Risya sudah terlebih dulu bersuara. Lidah di jelir sebelum berlari turun ke bawah.

"macamlah dia je ada suami kat dunia ni. Kau tunggu bila aku dah kawin nanti. Aku akan pastikan suami aku lebih handsome dari suami kau." bebel Rose. Tidak puas hati. Dalam dia membebel kaki tetap melangkah turun ke bawah. Jelingan yang setajam mungkin di beri ke arah Risya yang sudah menempal di sebelah Danny.

"pagi-pagi dah menjeling. Cucuk mata tu kang.. " tegur Rayyan. Rose memuncung sebelum menarik kerusi di sebelah mamanya. Risya pula sudah tertawa kemenangan. Bertambah panas hati Rose mendengar.

"abang. Nanti tolong hantarkan Rose boleh? Kawan Rose hari ni ambil cuti so dia tak dapat ambik.. " pinta Rose manja. Memang selalu kalau dia nak ke kerja dia akan tumpang best friend forevernya itu. Tapi bila Wani cuti dia akan di hantar oleh pengawal pribadi yang di sediakan oleh abangnya untuk dia. Namun memandangkan hari ini pengawal pribadinya juga turut sibuk buat hal lain. Terpaksalah dia meminta abang kesayangannya.

"boleh tak abang?" Rose menyiku lengan Abangnya. Dengan mata di kedip-kedip meminta simpati. Bibir di muncung ala-ala comel. Bagaikan lupa bahawa Semua mata memandangnya.

She's MineWhere stories live. Discover now