BAB 16

3.9K 152 14
                                    

Masing-masing senyap melayan perasaan sendiri. Sedari tadi satu patah perkataan pun tiada keluar dari bibir Danny. Dia hanya diam memeluk tubuh sambil memandang tajam wajah pucat Risya membuatkan isterinya itu menunduk ketakutan.

"kenapa tak pernah bagitau biy pasal ni? Kenapa rahsiakan?" akhirnya keluar juga suara Danny. Risya mengigit bibir. Air matanya di tahan.

"biy ni tak penting ke dalam hidup sayang sampai nak rahsiakan hal tersebar macam ni?" soal Danny lagi sedikit tidak puas hati. Berkecil hati sebenarnya kerana Risya merahsiakan hal tersebut darinya. Terasa bagaikan dia tidak penting langsung.

" Tak. Risya sayang biy. Biy penting untuk risya.. Semua risya sayang.. " pantas Risya mengeleng menaifkan pernyatan yang kejam itu.

"R-risya tak n-nak biy tinggalkan Risya kalau tau Risya sakit. Risy takut biy akan..."

Kata-kata Risya terhenti bila tubuhnya kini selamat dalam dakapan suaminya. Air mata dan esakan yang di tahan sejak tadi di hambur Semahu-mahunya ke dada Danny. Terhenjut-henjut bahunya dek terlalu kuat menangis.

"jangan cakap macam tu. Biy tak pernah langsung nak tinggalkan sayang.. Never!" pujuk Danny lembut. Ubun-ubun Risya di kucup bertalu-talu.

"habis tu biy kata rimas layan Risya. Biy penat nak layan karenah Risya  tu apa?" bentak Risya. Dada Danny di gigit kuat namun hanya sesaat sebelum bekas gigitannya itu di kucup sayang.

"biy minta maaf. Biy cuma terlalu tertekan. Biy minta maaf. Lepas ni sayang manjalah macam mana pun biy tak kisah"

"betul ni?" dengan wajah memerah Risya mendongak. Danny mengangguk. Dahi isterinya di cium sayang.

"tapi kena sihat dulu dan janji takkam rahsiakan apa-apa pun dari biy lagi." laju Risya mengangguk. Sekelip mata wajah yang sedih tadi sudah kembali ceria. Sememanganya mahu memujuk Risya bukanlah susah sangat seperti perempuan lain kalau merajuk.

"biy minta maaf sebab cakap macam tu tapi percayalah biy tak maksud kan pun." kata Danny tidak jemu meminta maaf. Risya memuncung.

"lagi?"

"biy minta maaf sebab tengking sayang.. "

"and?"

"anddd..... " Danny mengaru kening berfikir salah apa lagi yang di buat sebelum tersengih kecil. Bahu di angkat tidak tahu.

"biy kena minta maaf sebab tak peluk Risya time tidur. Lepas tu biy tak layan Risya pun...lepas tu.. "

"iya,iya biy minta maaf. Maafkan biya ye sayang" sekali lagi kata-kata Risya terhenti dek Danny terlebih dahulu berkata. Danny pun terpaksa. Kalau tak memang habis di senaraikan kesalahannya. Tahan ke para lelaki bila dah dengar perempuan membebel?

"okey.. " mudah Risya maafkan. Danny tersenyum lebar. Lega!

"alhamdulillah.."

Entah dari mana suara Riamah dan yang lain datang. Masuk pun dorang tak tahu bila. Riamah mendekati Risya. Kucupan seorang ibu singgah ke dahi anaknya.

"sihat cepat-cepat tau.. " pesannya sebak. Risya mengangguk. Kali ini wajahnya sekali lagi menunduk bila menatap renungan tajam dari abangnya. Bibir tercebik.

"ada apa-apa nak minta maaf dengan abang ke?" perli Rayyan.

"urmm.. Sorry sebab rahsiakan benda ni dekat abang dan semua orang" perlahan saja suara Risya meminta maaf. Rayyan mengeleng sebelum menjentik kuat dahi adiknya.

"abang... " rungut Risya kesakitan. Rayyan ketawa tidak bersalah. Dahi yang di jentik tadi di gantikan dengan kucupan.

"jangan buat lagi" pesannya tegas. Risya mengangguk.

She's MineWhere stories live. Discover now