BAB 38

3.6K 127 15
                                    

"uncle.. Kita rehat kejap. Penatlah" rengek Danish. Begitu juga Rafeeq yang sudah tercunggap-cunggap kepenatan. Anif menoleh. Bibir tersengih melihat kedua budak itu sudah memegang lutut. Penat sangat gayanya.

"baru sikit. Penat apanya" kepala tergeleng kecil. Tadi dia keluar nak joging bukan main lagi kedua budak lelaki itu merengek mahu ikut. Susah di bawah merengek kepenatan pula.

"sikit apanya uncle. Dah 5 round kita keliling padang ni. Penat tau tak!" rungut Rafeeq. Anif tertawa kecil.

"yalah. Jom kita rehat kat sana kejap" ajaknya. Dengan gaya lemah Danish dan Rafeeq mengikut. Kedua bahu mereka jatuh. Tergeleng kepala Anif melihat.

"duduk sini dulu. Uncle pergi belikan air. Jangan pergi mana-mana tau" pesannya tatkala mereka bertiga kini sudah duduk di atas kerusi kayu itu. Serentak Danish dan Rafeeq mengangguk.

"jangan pergi mana-mana. Uncle pergi depan tu je" pesannya lagi sebelum kaki melangkah ke gerai yang menjual air di tepi padang itu. Walaupun masih awal pagi lagi tapi sudah terdapat beberapa gerai terbuka menjual air di sebabkan kawasan ini selalu di kunjungi oleh orang ramai tidak kira pagi atau petang.

Selesai saja membeli air Anif kembali menuju ke arah Danish dan Rafeeq. Dalam dia tengah berjalan entah bagaimana dia boleh terlanggar seseorang. Nasib baik air di tangannya tidak tumpah. Matanya tajam melihat gerangan yang melanggarnya tadi tapi tidak lama bila wajah itu yang menghiasi matanya. Gadis itu....

"sor-sorry.. " gadis itu tidak jadi meneruskan kata-katanya. Dia sendiri terkejut melihat Anif. Gaya mereka seperti sudah kenal antara satu sama lain.

"Anif!"

"Aisyah?"

Serentak mereka menyebut nama masing-masing sebelum keduanya tertawa. Entah di mana lucunya.

"sorry, saya tak sengaja langgar awak tadi" lembut saja suara meminta maaf itu sampai ke gegendang telinga Anif. Dia tersenyun tipis.

"it's sokey. Tapi awak bila balik sini?" tanya Anif. Sememangnya gadis di hadapannya ini adalah kawannya. Boleh di katakan kawan rapat. Hari pertama mereka berjumpa adalah di france dan sejak itu mereka mula rapat. Dia tidak tahu pula yang gadis itu juga sudah pulang ke malaysia. Boleh tahan lama juga mereka berkawa. Kalau di ikutkan sudah masuk 4 tahun mereka berkawan. Lama bukan?

"baru je minggu lepas. Saya dah call awak tapi awak tak dapat pun" manja sekali gadis bernama Aisyah itu berkata. Anif tersengih lagi.

"sorry, saya tukar nombor masa balik sini. Lepas tu lupa pula nak bagitau awak.. " ujar Anif sedikit rasa bersalah. Aisyah mencebik kecil.

"sampai hati" rajuknya dengan bibir yang memuncung sedikit membuatkan tawa Anif terletus lagi.

"ala, sekarang kita dah jumpa kan.. " pujuk Anif. Muncung di bibir Aisyah tadi sudah bertukar dengan sengihan. Kepala di angguk.

"jodoh kut.. " selamba dia berkata. Sejak Anif pulang ke malaysia dia sudah jarang berbual dengan Anif. Nasib baiklah mereka berjumpa di sini.

"kenapa datang sini?" soal Anif. Agak terkejut juga dia. Tak tahu pula yang di boleh terjumpa Aisyah di sini setelah hampir sebulan tidak bersua muka.

"nak shopping" jawab Aisyah bergurau. Anif tertawa lagi.

"soalah apa pula yang awak tanya ni, mestilah saya nak joging." ujar Aisyah. Anif mengangguk. Iya tak iya jugakan. Ada ke manusia datang ke padang sebab nak shopping.

Spontan Anif melirik ke arah tubuh Aisyah. Bukan nak tilik benda yang bukan-bukan dia hanya menilik pakaian gadis itu saja. Dengan baju t shirt yang agak longgar tudung pula cantik tersarung di kepala gadis itu. Seluar juga longgar dengan kaki itu tersarung kasut. Sememangnya gadis ini pandai menjaga diri walaupun tinggal di negara orang.

She's MineWhere stories live. Discover now