Rose meliar mata ke kiri kanan. Jam di tangan turut di kerling. Sudah hampir menunjukkan pukul 8 malam tapi bayang kereta abangnya pun masih tidak kelihatan. Bahkan hidung Rayyan juga dia tidak nampak. Keluhan di lepaskan.
Terasa lenguh kakinya menunggu. Dia melabuhkan punggung ke kerusi busstop yang di sediakan. Memandang Wani pun sudah berkawin jadi terpaksalah dia menjadi tunggul menunggu abangnya. Takkanlah dia nak tumpang Wani lagi. Malu juga bila sekarang wani sudah berstatus kawin. Sudah semestinya dia akan ikut suamu dia balik.
Hairan juga dia tadi pagi. Wani memberitahunya cuti hari ini tapi tup tup ada pula. Rupanya segan nak bagitau dia jalan dengan suami tercinta. Tanpa sedar Rose tersenyum kecil.
"mana abang ni? Lambatnya" omelnya sendirian. Bukan dia tidak tahu abangnya itu bawa Kereta macam tak cukup jalan tapi pelik pula hari ni. Sejak tadi lagi dia menunggu tapi Rayyan masih belum sampai-sampai lagi.
"pewiitttt... "
Rose tersentak bila ada beberapa mat rempit yang menaiki motor itu berlengkar-lengkar di Hadapannya. Sudahlah tempat menunggunya jauh dari hospital dan sunyi. Sebanyak 3 motor dan 5 orang lelaki sedang tersengih memandangnya. Hati berdebar-debar Tatkala melihat 5 orang lelaki tersebut sudah turun dari motor.
Rose tanpa berfikir panjang terus bangun dan berjalan laju. Entah ke mana hala tujunya. Asalkan dia selamat. Semakin berdebar apabila dia menoleh lelaki-lelaki tersebut mula mengejarnya.
Belum sempat dia ingin berlari dirinya sudah terkepung. Dia ke kiri, ada lagi lelaki di kiri. Ke kanan juga, ada seorang lagi lelaki. Ke belalang juga ada. Ke hadapan lagi 2 orang mengepungnya. Macam mana dia nak larikan diri kalau dah di kepung 5 orang lelaki. Sudahnya badan lelaki-lelaki itu 2 kali ganda besar dari tubuhnya.
"hi cewek. Boleh abang tahu nama sayang?" ujar lelaki di hadapan itu. Tudung Rose di sentuh sedikit namun Rose pantas menepis kasar. Kepala di gelengkan. Segala otot sendinya bergetar teruk. Sampaikan bibit juga turut bergetar dek terlalu takut.
"a-awak nak a-apa? " tergagap dia bertanya. Semua mereka berpandangan Mata sebelum tertawa kuat. Semakin ketakutan Rose jadinya. Tidak pernah lagi dia mengalami situasi seperti ini.
Ruginya dia menolak ajakan Wani tadi. Kalau dia ikut mesti sekarang dia sudah selamat di rumah."k-kalau korang nak duit. S-saya b-boleh bagi. Tolong lepaskan saya" ujar Rose lagi. Kali ini matanya uuga turut berkaca. Hanya tuhan saja yang tahu bagaimana takutnya dia.
"hurmm.. Nak duit pun boleh. Nak sayang pun boleh" kata lelaki di kanannya. Rose mengeleng bila bahunya di peluk.
"untung kita dapat yang putih gebu malam ni. Bertutup liput pula. Fuuhh.. Memang ketat habis ni" kata lelaki yang berada di belakang pula. Kata-kata lelaki itu di sambut dengan tawa gelak yang lain
"janganlah... S-saya boleh bagi duit..tapi lepaskan saya. Please!" rayu Rose..
"boleh, boleh. Lepas kitaorang rasa sayang." bisik lelaki di hadapan itu pula. Rose mengeleng. Dia cuba menolak lelaki di hadapannya tapi apakan kudratnya yang selemah ini. Tidak berdaya.
"uisshh.. Ganas! Ni yang best." usik lelaki di kirinya. Rose mengeleng. Kali ini air matanya sudah tidak dapat di tahan bila tangannya di tarik. Kepala di geleng berkali-kali.
"t-tak nak... " rengeknya. Tapi rayuannya hanya di buat bagaikan angin saja. Rose di tarik masuk ke dalam semak. Sememangnya tempat itu amat bersemak jadi tidak hairanlah kalau tiada siapa pun tahu jeritan meminta tolong darinya.
"t-tolong!!" jerit Rose sekuat hati. Tidak semena-mena pipinya di tampar. Teresak-esak Rose menangis. Kini tubuhnya sudah di tolak kasar ke rumput. Rose mengeleng. Dia mengesot ke belakang.
YOU ARE READING
She's Mine
RomanceRose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan antara cinta dan mati mungkin dia akan pilih mati kerana dalam kamus hidupnya tidak pernah percaya cinta...