BAB 49

5.3K 193 49
                                    

Rayyan mengerut dahi tatkala kereta yang tidak di kenali itu berada di liar pagar rumahnya. Pantas saja dia masuk ke dalam. Bertambah hairan melihat kasut wanita di hadapan pintu rumahnya. Setahu dirinya,  isteri dan adik-adiknya tidak mempunyai kasut sebegitu.

Tanpa banyak soal, Rayyan menolak pintu rumahnya. Sebelah tangan bergerak melongarkan tali lehernya. Butang baju juga di buka hingga butang ke tiga. Rimas dan panas di rasakan.

"Assalam-... "

Kata-kata Rayyan terhenti apabila melihat susuk tubuh Anif dan seorang gadis yang rapat duduk di sebelah Anif. Serta merta bibir mengukir senyuman sinis.

"kalau nak dating, tolong jangan di rumah aku and please get out!" selamba Rayyan berkata. Pintu yang di buka luas bagaikan mengalu-alukan pemergian gadis itu. Tidak perlu di beritahu di sudah tahu siapa gerangan gadis itu.

"Rayyan, kami bukan.. "

"I DON'T CARE! Aku tak suka pelawa orang yang aku tak kenal masuk rumah aku tanpa kebenaran.. " laju Rayyan memotong kata-kata Anif. Matanya tajam merenung dua insan di hadapannya. Anif mengeluh. Satu lagi masalah yang perlu di hadapi.

"hubby.. " Uqasah yang baru saja turun itu terus mendekati tubuh suaminya. Tangan Rayyan di salam hormat sebelum dia memeluk erat tubuh tersebut.

Rayyan mengeluh. Dia menunduk sedikit mencium ubun-ubun isterinya tidak di hiraukan langsung mata yang sedang memandangnya.

"hubby janganlah marah, dia datang dengan cara baik.. " Uqasah mendongak memujuk suaminya. Bukan dia tidak tahu yang Rayyan sedang marah.

"tak kisalah dia datang dengan cara baik atau jahat sekali pun. Aku tetap tak suka.. " balas Rayyan selamba.

"so miss, can you get out now?" perli Rayyan membuatkan Aisyah menunduk malu. Anif hanya mampu mengeluh. Sakit otaknya memikirkan masalah rumitnya.

"papa.. " kemarahan Rayyan sedikit sebanyak berkurang bila kakinya di peluk si anak dara. Siapa lagi kalau bukan anak manjanya Umairah. Tubuh  kecil itu di peluk. Satu kucupan singgah ke pipi tembam anaknya.

"kau pekak ke?" sekelip mata saja suaranya berubah mendarat. Kata-kata itu tepat di tujukan ke arah Aisyah yang masih menunduk. Segan mungkin bila dia menjadi topik utama keluarga itu.

"  saya cuma nak bincang sesuatu dengan Anif" mahu tidak mahu Aisyah bersuara juga memberitahu tujuan utamanya datang ke sini. Rayyan tertawa sinis.

"aku tak kisahlah kau nak bincang apa pun dengan dia. Bukan masalah aku tapi yang jadi masalah sekarang ni boleh tak kalau korang bincang tempat lain.. " kata Rayyan dengan riak wajah yang bersahaja.

"hubby.. " tegas Uqasah memanggilkan bagaikan memberi amaran. Rayyan tidak menghiraukan malah dia hanya mempamerkan riak wajah yang sukar di tafsirkan.

"Aisyah, jangan terasa sangat. Dia memang macam ni" ujar Uqasah mengerling ke arah aisyah.

"it's sokey, saya pun dah nak balik.. " lembut Aisyah berkata.

"saya hantarkan.. " ujar Anif namun pantas Aisyah mengeleng. Dia tidak mahu lagi menambah masalah di keluarga ini. Lagi pun niatnya datang ke sini sudah di lakukan apa lagi yang dia mahu?

"so sweet Anif.. " sindir Rayyan sebelum menarik lengan Uqasah naik ke atas. Panas hatinya dengan kata-kata Anif. Hantar perempuan lain boleh, nak hantar isteri sendiri  pula.

"hubby, macam mana.. "

"tak perlu risua lagi pun cukup Anif saja layan perempuan tu. Sayang tak payah masuk campur.. " tegas Rayyan berkata membuatkan Uqasah terdiam..

She's MineTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang