Rose menoleh memandang ke arah suaminya yang masih berlingkari di dalam selimut. Kerutan di dahi timbul melihat Anif yang menutup tubuh dari bawah hingga atas kepala walhal dia tak hidupkan Aircond pun. Malah kipas pun tidaklah kuat sangat. Sejuk ke?
Sedari yang dirinya sudah lewat mahu ke kerja, pantas saja Rose menyarung tudung ke kepala. Tentang Anif lupakan sekejap. Lagi pula dia masih berjauh hati dengan sikap Anif semalam.
"kau dah nak kerja ke?" suara serak Anif menyentakkan Rose. Tanpa menoleh, Rose angguk kepala.
Anif mengeluh. Entah kenapa dia rasa sakit kepala. Badannya pun dia rasa sejuk. Sampaikan mengigil badannya semalam dek terlalu kesejukan. Dahi yang berdenyut sedari tadi di urut perlahan sebelum dia bangun menuju ke almari.
"aku tunggu kat kereta.. " ujar Anif. Sudah menjadi rutian untuknya menghantar si isteri ke kerja. Lagi pun dia mahu keselamatan isterinya sentiasa selamat.
"buat apa?" soal Rose, pelik.
"kau ingat aku ada masa ke nak pergi shopping awal-awal pagi macam ni. Mestilah aku nak hantar kau.. " jawab Anif. Sempat dia menjeling tajam ke arah Rose yang tersengih itu.
"tak apalah, Rose boleh je minta hantar dengan abang Rayyan.. " kata Rose pula. Anif mengeluh.
"boleh tak kalau kau dengar cakap aku hari ni.. " lembut saja suara Anif berkata seolah tidak bermaya.
Rose terdiam. Wajah suaminya di pandang lama. Dia perasaan juga muka Anif lain macam hari ini. Pucat dan tidak bertenaga.
"abang okey tak ni? Kenapa macam tak sihat?" kalah dengan kerisauan hati. Rose bertanya juga. Anif mengangguk walaupun terasa kepalanya masih berdenyut-denyut tapi dia kuatkan juga dirinya.
"jom.. " ajak Anif. Baru saja dia mahu melangkah, Rose terlebih dahulu menarik tangannya. Anif hanya membiar. Rasa tiada kudrat dia mahu melawan. Penat!
"abang demam ke?" bulat mata Rose bila tangannya menyentuh tangan Anif yang begitu panas. Telepak tangan di bawa ke dahi Anif.
"panasnya. Abang demam ni" kalut-kalut Rose menarik tubuh Anif untuk duduk di birai katil. Riak wajah risaunya sudah tidak di pedulikan.
"aku okeylah.. " Anif menepis tangan Rose yang masih melekap di dahinya. Wajahnya cemberut.
"abang tak okey, badan abang panas sangat ni. Kita pergi kliniklah.. " ujar Rose jelas nadanya yang begitu risau. Jarang suaminya jatuh sakit mana tak risaunya.
"aku okey.. " ujar Anif lagi. Pinggang Rose di tarik sebelum dia menyembamkan wajah ke perut isterinya.
"A-abang.. " tergagap-gagap Rose memanggil. Tangannya teragak-agak mahu menyentuh rambut suaminya. Tidak pernah lagi Anif bermanja dengan seperti ini.
"sekejap je..aku pening.. " adu Anif. Rose tersengih. Perlahan-lahan dia mengusap lembut rambut suaminya. Tak apalah sekali sekala.
"picit sikit boleh tak?" ujar Anif. Dia menarik lagi pinggang Rose mendekati. Wajah semakin ke dalamkan lagi ke perut isterinya. Rasa nyaman.
Tersenyum-senyum Rose melihat tingkah laku Anif. Dia turuti juga arahan suaminya. Kepala Anif di urut-urut. Sekali lihat merrka bagaikan pasangan bahagia saja. Tiada masalah namun hubungan mereka tidaklaj seindah seperti yang di lihat.
"abang baringlah.. " arah Rose menolek sedikit kepala Anif menjauhi perutnya. Anif mendongak. Matanya layu merenung wajah isterinya.
"kau tak payahlah pergi kerja hari ni boleh?" pintanya. Rose terdiam.
"please.. Aku tak larat ni." rayu Anif. Mahu tidak mahu Rose mengangguk juga.
"okeylah. Sekarang abang baring dulu. Rose nak tukar baju kejap.. " lembut dia berkata. Anif nengangguk patuh. Dia baringkan dirinya ke katil namun tangannya tidak lepas dari mengenggam tangan Rose. Entah kenapa dia rasa nak manja-manja. Bila lagi dia nak bermanja kan..

ANDA SEDANG MEMBACA
She's Mine
RomanceRose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan antara cinta dan mati mungkin dia akan pilih mati kerana dalam kamus hidupnya tidak pernah percaya cinta...