BAB 48

4.5K 165 16
                                    

Rose hanya diam memerhati keluarganya yang lain. Memandangkan hari ini abang tersayangnya itu melarang dia kerja, jadi dia duduk sajalah di rumah ini sampailah sembuh walhal luka sikit je pun.

Tawa gelak Risya mengejutkannya. Begitu gembira sekali keluarga kecilnya ini. Nak masak tengah hari pun beramai-ramai. Best apa ramai-ramai kan? Yang jomblo tu lain ceritta. Rose tersenyum kecil. Bukan dia tidak mahu tolong tapi dia dah di beri amaran untuk duduk saja. Apa lagi mampu dia buat kalau di halang oleh semua orang?

"nah, minumlah.. " ujar Alice yang tiba-tiba saja duduk di sebelah Rose.

"terima kasih.. "

"sama-sama.. " balas Alice dengan kepala mengangguk. Rose juga turut tersenyum. Dia mengerling ke arah Alice. Siapa sangkah akhirnya Alicr sekarang bertudung? Cantik pula tu. Siapa dapat memang untunglah dapat kacukan secantik ini.

"kenapa tenung muka Alice macam tu? Ada apa-apa ke?" soal Alice. Bukan dia tidak sedar kakak iparnya itu sedari tadi asyik memandang ke arahnya. Pantas saja Rose mengeleng.

"cantik Alice bertudung. Sejuk mata memandang.. " puji Rose mengusap lembut kepala Alice. Kembang kucup Alice menerima pujian itu.

"thank you. Lagi pun dah tiba masanya Alice bertudung.. " jawab Alice iya, dia sendiri yang meminta ajar untuk bertudung daripada Risya dan Uqasah tidak ketinggalkan juga Raimah yang sudah di anggap seperti mamanya dan juga kakak iparnya sendiri. Alhamdulilah semua mereka bersetuju bila dia menyatakan hasrat meminta untuk bertudung.

"ada apa-apa Rose boleh tolong ke?" tanya Rose. Naik bosan juga dia asyik berdiam. Anak-anak buahnya? Jangan tanyalah. Masing-masing sibuk bermain.

"tak payah nak mengada. Ingat sikit Rose tu tengah sakit.. " tegur Raimah tegas. Rose mencebik.

"sakit sikit je. Lagi pun sakit kat bibir bukan kat tangan. Boleh... "

"melawan,melawan..sekeh kepala guna sudu ni kang baru tau" potong Risya sambil berura-ura mahu mengetok kepala kembarnya mengunkan sudu yang di pegang.

Rose menjelir lidah tidak puas hati. Sakit hati melihat senyuman sinis kembarnya seolah sedang mengejek dirinya. Rasa nak tampar sampai biut bibir tu. Geram sangat!

"akak dengan abang Anif okey?" setelah agak lama berdiam Alice memberanikan diri. Baru kali ini dia mempunyai masa mahu bertanya. Sambil-sambil menunggu jawapan dari kakak iparnya tangan lincah memotong sayur kubis.

"macam tulah.. " jawab Rose tersenyum kelat. Rasa janggal pula bila soal Anif di bawa tiba-tiba. Dia sendiri tidak tahu apa kesudahan cinta dan perkawinan mereka ini. Sekejap okey, sekejap tak okey. Ada surut dan ada pasang sama seperti pandai.

"Alice harap akak dengan abang Anif sentiasa bahagia bersama.. " ujar Alice. Dia juga tidak bersetuju sebenarnya dengan tindak Anif tapi malas dia mahu menegur.

"jangan terlalu berharap pada yang tak pasti.. " ujar Rose perlahan. Tangannya bergerak memutar-mutarkan sudu di cawannya. 'sebab aku dah pernah rasa... ' sambung hati Rose. Dia sudah rasa keperitan menunggu harapan itu.

"tapi ada kalanya harapan itu akan menjadi kenyataan.." sampuk Uqasah yang juga turut melabuh punggung berhadapan dengan Rose dan Alice.

"sekali harapan itu boleh membuatkan kita bahagia dan berharap kepada sesuatu yang baik insya allah dengan izin allah semuanya akan menjadi kenyataan" sambung Uqasah lagi. Rose tersenyum kelat.

"tapi kalau dah tak mampu menunggu harapan itu menjadi kenyataan, lepaskan dan berharap pada masa akan datang.. " ujar Uqasah lagi. Serentak Rose dan Alice mengangguk bagaikan mempersetujui kata-kata Uqasah.

She's MineWhere stories live. Discover now