Anif menghentikan kereta tatkala mereka kini sudah sampai di rumah. Dia mengerling pula ke sebelah. Isterinya itu sudah nyenyak tertidur. Kepala tergeleng kecil sebelum dia keluar dari kereta lalu membuka pintu di bahagian Rose.
Dia bercekak pinggang merenung wajah lena itu. Sedap je dia tidur. Baju dan tudung Rose juga masih jelas kelihantan basah. Bibir wanita itu juga sudah pucat dek terlalu kesejukan. Tanpa memikir panjang, pantas Anif mencempung tubuh kecil itu dengan berhati-hati.
Bukannya Rose terbangun, malah semakin enak pula di tidur dalam dukungan Anif. Ingat ni tilam ke? Anif tersenyum kecil. Memang tidur mati betul.
Langkah sangat perlahan dek Rose dalam dukungannya. Tak adalah berat sangat tapi dia berhati-hati. Takut tegelincir pula. Sampai di pintu, belum pun sempat dia memberi salam pintu utama itu sudah terbuka. Terlihat Rayyan terkebil-kebil sendiri. Mungkin terkejut.
"kenapa dengan rose ni?" bagaikan baru tersedar dari lamunan Rayyan bertanya dan bergerak ke tepi sedikit memberi ruang kepada Anif. Bukan, Rayyan saja malah yang lain juga turut berada di ruang tamu. Semua berdiru memerhatikan Anif.
"ya allah, kenapa kamu berdua basah-basah ni?" seperti Rayyan, Raimah juga kalut bertanya. Anif tersengih. Tangannya semakin terasa lenguh dek terlalu lama mendukung Rose.
"entahlah dia ni ma.. Buat drama pula tengah-tengah hujan" perlinya. Sempat dia mengerling ke arah Rose yang menyembamkan wajah ke dadanya. Nyenyak sangat ni!
"dia tidur je ni ma.. Jangan risua. Penta kut!" Anif bersuara lagi bila perasaan riak kerisauan Raimah. Raimah mengangguk.
"tak apalah. Anif hantar dia naik ke bilik." arah Raimah. Anif mengangguk sebelum bergerak naik ke atas. Terpaksalah dia mengunakan lif. Mana tahan nak dukung Rose sampai ke tingkat tiga.
Sampai di bilik, Anif merebahkan tubuh kecil Rose ke katil. Keluhan lega Terlepas. Dia bercekak pinggang buat seketika. Takkan nak tidur dengan baju basah-basah macam ni?
Anif tunduk sedikit. Bahu Rose di cuit-cuit supaya dia terbangun namun Rose merengek. Tangan Anif di tepis. Mulut itu mengumam kecil sebelum kembali terlena. Anif mengeleng.
"Rose, bangun dulu. Mandi,makan lepas tu minum ubat. Baru sambung tidur balik.. " ujarnya. Dia menunggu balasan tapi terasa bagaikan sedang bercakap dengan dinding pula. anig menarik nafas lalu di hembus kasar. Kembang kempis hidung dek terlalu geram.
"ROSE DAMIA!"
Dia menjerit tepat di telingan Rose membuatkam Rose terus terduduk dengan sebelah tangan mengusap telingannya. Wajah yang terkejut tadi bertukar geram tatkala mendengar taaa seseoarang. Rose menjeling.
"abang ni kan. Terkejut tau takk.. " marahnya. Bantal di sisinya di baling ke arah Anif. Tawa Anif bagaikan angin berlalu saja bagi Rose. Dia terkebil-kebil sendiri memandang sekeliling. Bilik?
"bila masa Rose dalam bilik ni.. Bukan tadi dalam kereta ke?" soalnya, binggung. Anif tersengih. Dia menunjula dahi Rose sehingga kepala Rose terdongak menerima tunjalan jari tersebut. Wajah rose kembali masam.
"orang dah kejut tak nak bangun. Kan tak sia-sia kena jerit" sindir. Rose mengeluh. Dia mengerling ke tubuhnya. Masih berbaju tadi. Tangan naik pula menyentuh kepalanya. Pun masih bertudung.
"pergi mandi" arah Anif. Dia berpaling membuka selamba baju basahnya. Rose menunduk. Malu menatap tubub tegap suaminya.
"pergilah mandi. Aku mandi kat bawah" sekali lagi dia mengarah. Rose tetap tidak berganjak. Malah kepala semakin menunduk tatkala terasa Anif semakin mendekati.
"kau nak aku mandikan ke?" bisiknya Anif berbaur nakal. Rose mengeleng laju.
"dah tu? Tunggu sini buat apa lagi? Mandilah.. " Anif kembali menegakkan badannya. Belakang lehernya di urut-urut sedikit.
YOU ARE READING
She's Mine
RomanceRose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan antara cinta dan mati mungkin dia akan pilih mati kerana dalam kamus hidupnya tidak pernah percaya cinta...