BAB 57

5.7K 170 19
                                    

Rose menilik wajahnya di pantulan cermin. Senyuman kecil terukir sendiri tatkala melihat wajahnya yang sudah bersiap itu. Biarpun dia hanya kena sedikit make-up yang sangatlah simpel tapi wajahnya sudah kelihatan begitu cantik. Ceh, bangga..

Rose tertawa kecil pula. Entah kenapa dia berdebar malam ni tapi dalam masa yang sama dia suka dapat keluar dengan Anif. Buat pertama kalinya Anif mengajaknya keluar. Tak apalah dia anggap malam ni adala date pertama mereka. Boleh kan?

Dress labuh yang di sarung ke tubuhnya pula di tilik. Rose berpusing-pusing. Dia sendiri tidak tahu Anif mahu bawanya ke mana. Minta-mintalah jangan lepak di kedai warung. Buat malu je! Sudahlah baju dia boleh di labelkan agak mewah. Takkan nak ke warung pakai baju macam ni?

"kau memang cantik Rose. Aku bangga dengan kau!" omelnya bercakap dengan pantulan cermin. Mata kanan di kenyit sambil menaikkan ibu jari gaya okey.

Rose bergerak pula ke meja solek mengambil begnya. Telefon juga turut di sumbat masuk ke dalam beg. Satu-satunya benda penting kena masuk dulu. Baru saja dia mahu menuju keluar telefon Anif pula berbunyi ringkas. Mungkin ada mesej yang masuk.

Rose terhenti. Dia memandang pula ke arah pintu sebelum memandang ke arah telefon milik Anif. Akal menyuruh keluar tapi hati menurut sebaliknya. Nak tengo ke tak? Rose mengeluh. Paling benci berperasaan seperti ini.

Akhirnya dia mengambil keputusan mengikut kata hatinya. Selalu hati berkata benar. Lebih baik ikutkan apa yang dia mahu. Dengan teragak-agak Rose menghidupkan telefon tersebut.

Dan bila dia melihat mesej tersebut, hatinya yang berbunga tadi bagaikan layu di simbah air panas. Senyuman yang terukir mati. Mata Rose mula berkaca. Lututnya bagaikan lemah mahu berdiri. Bibirnya tergetar-getar membaca mesej itu.

Aisyah
-jumpa awak malam ni!

Ringkas tapi cukup membuatkan dia terluka. Jadi dia tersalah anggap kah? Fikirannya sudah melayang yang Anif akan membuat kejutan dan meminta maaf tapi... Sebenar mereka mahu berjumpa Aisyah? Biar benorrr...

Rose tergelak sinis. Rasa di perbodohkan. Telefon Anif di hempas kuat. Rasa sakit sangat hatinya tika ini bagaikan tiada lagi penawar. Rose mengetap bibir cuba menahan esakan yang keluar.

"kau dah siap?"

Suara Anif yang baru muncul itu membuatkan Rose tersenyum lagi. Senyuman yang sukar di tafsirkan. Senyuman yang menyimpan seribu kesakitan.

Rose berpaling memandang Anif. Matanya tajam menikam lelaki itu. Matanya turun menilik pakaian lelaki itu. Dari rambut yang tersikat rapi. Baju yang tersarung elok. Rose mengeleng. Anif bergaya sehebatnya mana pun tapi bukan untuk dirinya. Di akui lelaki itu nampak handsome malam ini. Mungkin nak berjumpa dengan teman kekasihkan. Memang kena handsome.

"kita nak pergi mana sebenarnya?" soal Rose. Dia mahukan jawapan dari Anif. Dan dalam diam berharap yang Anif mengatakan apa yang di lihat tadi adalah tipu. Tolonglah... Hatinya tidak kuat lagi. Semakin lama semakin rapu menerima dugaan rumah tangga mereka.

"ikut je.. Dah jom!" ajak Anif. Lengan Rose di tarik namun dia tersentak bila pautan lengannya di tepis kasar. Anif memandang hairan.

"kalau abang nak bawa Rose jumpa kekasih abang, baik tak payah!" sinis Rose berkata. Dia berjalan mahu masuk ke kamar mandi namun pantas pula Anif menghalang.

"kau cakap... "

Suara Anif terhenti bila mata merah isterinya tajam merenung. Dari pandangan itu dia sudah tahu yang Rose marah tapi kenapa...?

Soalan Anif terjawab tatkala telefonnya berbunyi lagi. Anif menunduk. Bibir di ketap kuat. Dah kantoi!

"rasanya kekasih abang dah tunggu.. Abang keluarlah" ujar Rose tanpa berperasaan. Anif mengeluh.

She's MineWhere stories live. Discover now