BAB 63 (SPECIAL PART)

7.5K 164 8
                                    

2 tahun kemudian..

"buat apa tu..?" Rose yang sedang membaca buka sambil duduk bersandar di katil tersenyum kecil melihat si suaminya yang begitu kacak mendekati. Senyuman lebar terukir.

"nah, mangga yang sayang idamkan.. " ujar Anif menyerahkan mangga yang di kusap tadi. Boleh pula mak buyung seorang ni minta mangga di waktu tengah-tengah malam. Tapi di sebabkan isterinya kini sudah berbadan dua, dia faham sangat selera orang mengandung ni.

Mengandung? Iya, siapa sangkah akhirnya dia akan mendapat cahaya mata yang pertama. Rasa bahagia bertambah bila mengetahui bahawa isterinya kini sedang mengandung. Terasa mahu menjerit ke seluruh dunia betapa dia kini amat bahagia. Bahagia buat selama-lamanya. Insya allah jika tiada wujudnya sang ketiga.

"babylah yang nak makan bukan sayang.. " ujar Rose dengan memuncung. Tak boleh cakap salah sikit, tegur pun tak boleh kalau tak mula lah nak muncung. Makin menjadi-jadi perangainya sejak di sahkan mengandung ini. Lagi parah bila Rose hanya mahu rapat dengan Anif saja. Anif kerja pun tak bagi.

Biasalah hormon orang mengandung ni lain macam. Selalunya perempuan yang mengandung akan bertambah manja. Ada juga yang kuat marah. Ada juga yang kuat nangis. Dan yang penting ketiga-tiga itu ada dalam diri rose.

"iya, iya.. Makanlah..." lembut Anif berkata. Tidak mahu memanjangkan cerita. Bukannya dia boleh menang pun. Sudahnya dia mengalah saja adalah jalan yang terbaik. Rose tersengih suka. Buku tentang hal mengandung yang di bacanya tadi di letakkan semula di sebelahnya. Sekarang masa makan mangga. Nyum, nyum...!!

"kenapa tak pakai stoking ni?" tanya Anif tajam memandang ke arah Rose yang sudah mula mengunyah. Kepala tergeleng kecil sebelum dia bangun dari duduk mendekati almari. Sepasang stoking berwarna pink di ambil. Nanti tak pakai mula lah merengek sejuk.

"meh, abang pakaikan.. " kaki Rose yang terjulur selamba itu di letakkan atas ribanya lalu dengan cermat memakaikan isterinya stoking yang di ambil tadi.

Rose hanya diam memerhati sambil tangan dan bibirnya tidak berhenti dari terus menyuap mangga lalu di kunyah penuh selera. Terkenyit-kenyit matanya dek terlalu masam tapi dia suka. Sedap!

"masam?" soal Anif tersenyum melihat wajah Rose yang jelas sedang menahan masam.

"masam, tapi nak makan juga.. " balas Rose sambil mengangguk. Anif tersenyum lagi. Kaki Rose kembali di letakkan. Selimut di tubuh isterinya di betulkan sehingga ke perut Rose yang sudah mula membesar. Bukan main lagi mak buyung di hadapannya itu. Macam dah lumpuh semua benda dia nak buat. Malah makan dan mandi juga Anif yang lakukan. Aih...nasib baik sayang.

"lepas ni minum air then baru minum susu.. Lepas ti tidur. Faham?" bagaikan anak kecil Anif mengarah. Rose mengangguk patuh.

"good girl.." satu kucupan sayang singgah ke dahi isterinya sebelum Anif juga turut duduk menyandar di sebelah Rose.

"abang nakk..?" dengan wajah yang memerah Rose bertanya. Anif mengeleng tidak mahu. Bahu Rose di peluk dari tepi. Dia lagi selesa tengo isteri dia mengunyah. Lagi pun dia tak suka makan mangga. Masam!

"urmmm.. Masam.. Tapi sedap sangaatt.. " terkenyit lagi mata Rose mengunyah. Anif tertawa. Dah tau masam tapi nak juga makan.

"abang... " panggil Rose manja. Anif hanya mengumam kecil. Tangannya mula bergerak mengusap perut besar isterinya. Alhamdulilah, kandungan Rose sudah menginjak ke 7 bulan lebih. Sekejap saja masa berlalu tup..tup..tup.. Dia dah nak jadi ayah dah.

"suapkan.. Tangan Rose lenguhlah.. " sengaja Rose menjatuhkan kedua tangannya gaya-gaya lemah. Berkerut kening anif. Nak lenguh kenapa? Padahal bukan dia buat apa-apa pun.

She's MineWhere stories live. Discover now