BAB 2

4.2K 187 2
                                    

"abang anif?"

Anif berpaling ke arah Risya yang entah bila munculnya. Baru Saja Risya datang mahu memeluk Danny yang turut ada di situ pantas menghalang. Pinggang Risya di tarik dengan pandangan tajam. Berani dia nak peluk lelaki lain depan suami dia. Peluk Rayyan pun Danny dah cemburu biarpun dia tahu hubungan mereka inikan pula lelaki lain. Woahh.. Memang nak minta kurung kat bilik ni.

Risya tersengih kecil. Teruja punya pasal sampai lupa yang dia tidak boleh memeluk Anif. Teringat sesuatu pantas dia menyentuh rambut. Makin gerun dia memandang wajah Danny. Abang anif dah nampak rambut Risya! Wuahhhh...

"pergi naik pakai tudung!" arah Danny tegas. Tubuh mereka membelakang Anif. Risya tersengih. Tangan kanan Danny yang berada di pinggangnya di tarik lalu di kucup lembut. Dada Danny juga turut di kucup sekilas.

"sorry!" bisiknya perlahan sebelum berlari naik ke atas. Danny mengeleng. Nasib baik comel kalau takk...

Kelihatan Raimah dan Uqasah yang sudah siap bertudung itu turut mendekati. Memang mereka sudah tahu kedatangan Anif hari ini kecuali Rose yang masih kaku itu. Tak lepas matanya memandang wajah Anif yang sudah bersalaman dengan Raimah.

"rindunya dengan Anif!" jatuh juga menitis air mata Raimah tika dirinya di peluk erat oleh Anif. Rindu seorang ibu. Anif tersenyum. Tipulah kalau dia katakan dia tidak rindu. Mana-mana manusia pun akan rindu bila berjauhan dengan keluarga mereka.

"mama sihat?" tanyanya. Raimah mengangguk. Air mata di pipi di seka lembut dengan senyuman. Uqasah pula hanya diam memerhati di sisi Rayyan. Umairah? Jangan cakaplah. Awal lagi menempal dekat papanya. Pantang nampak Rayyan mulalah mengedik.

"ehrmmm... " Rayyan berdehem kuat menyentak Rose dari terus merenung wajah Anif. Rose menunduk. Matanya panas tiba-tiba. Bibir bergetar. Sungguh sukar di kawal perasaan ini.

"meehh.. " Danny maju mengambil Riana dari dukungan Rose. Pipi anaknya di cium manja.

"anak kau ke?" tanya Anif. Danny mengecilkan mata. Tak nampak ke wajah anaknya sama dengan dia. Boleh tanya lagi!

"habis tu anak siapa? Kau?" ujarnya berjauh hati. Kecewa dengan Anif. Cehh.. Mengada je tu! Anif tertawa.

"yang ni mairahkan. Heyy!!" sapa Anid mesra. Umairah di dukungan Rayyan di cubit geram pipi montel itu. Pantas Umairah menyembam wajah ke bahu papanya. Rayyan menepuk-nepuk punggung anaknya. Pantang orang sentuh mulalah merengek.

"jomlah masuk. Tunggu apa lagi!" ajak Raimah. Anif tersenyum kecil sebelum menarik bagasi besarnya masuk ke dalam. Ketika dirinya lalu di sebelah Rose mata sempat di kerling memandang Rose yang masih menunduk.

Tidak berkata apa dia terus masuk ke dalam. Rose mengeluh. Tanganya mengenggam kuat hujung bajunya. Mata di pejam. Setitik air mata jatuh. Dia tidak faham dengan perasaanya tika ini. Sakit dan pilu entah kenapa.

"Rose.. Meh masuk. Kenapa tercegat lagi kat sana tu" suara Raimah memanggil sekali lagi menyentakkan Rose. Laju Rose menyeka air matanya. Nafas di hembus cuba menenangkan jantungnya yang berdegup kuat. Tangan kanannya di lekap ke dada. Tenanglah duhai jantung...

Perlahan-lahan dia mendekati. Dia tidak duduk hanya berdiri kaku. Entah lah kenapa otaknya bagaikan tidak dapat berfikir buat sementara. Jammed sebentar.

"rose.. " terhenjut bahunya bila Raimah sekali lagi memanggil. Cepat sangat terkejut dek terlalu jauh termenung. Riamah yang sudah sedia duduk itu di pandang dengan senyuman kecil.

"duduklah sini.. " ujar Raimah menepuk-nepuk tempat duduk di sebalahnya. Semua mata memandang ke arahnya yang masih berdiri kecuali Anif yang ralit bermain dengan Riana itu.

She's MineWhere stories live. Discover now