"rose mana?" tanya Raimah. Alice yang baru sampai di meja makan itu memandang sebelum menarik kerusi bersebelah Anif.
"dekat atas. Alice dah bawa tadi tapi dia kata dia kenyang!" beritahunya. Bukannya dia tidak mengajak Rose sekali turun makan malam tapi Rose yang tidak mahu. Nak buat macam mana? Kenyang katanya.
"budak nikan. Nanti malam mulalah jadi tikus makan tengah malam" bebel Raimah. Bukan boleh percaya sangat anak daranya yang seorang itu. Kata kenyang tapi tengah malam pandai pula turun makan. Kepala di geleng kecil memikirkan perangai anaknya.
"tak apa. Alice panggilkan.. " belum sempat Alice bangun semula, Raimah sudah menghalang. Bahu Alice di tepuk-tepuk tanda tidak mengapa.
"biar mama panggil." ujarnya. Walaupun baru saja berkenalan dengan Alice tapi dia sudah lama menganggap Alice seeprti anaknya. Lagi pun dia suka bila orang panggilnya mama.
"mama nak pergi mana?" Uqasah yang baru keluar dari dapur itu bertanya bersama dulang di tangannya.
"nak panggil Rose kejap. Budak tu memang nak kena dengan mama. Korang makanlah dulu" pesan Raimah sebelum berlalu mahu ke bilik Rose.
Satu-satu tangga di naikinya. Biasalah umurnya sudah semakin tua, kesihatan pun semakin terjejas namun alhamdulillah sehingga kini dia masih di beri peluang untuk melihat dunia. Bukan tak ada lif, ada tapi malas nak naik. Lagi pun kalau naik tangga, sampai saja terus dah nak sampai bilik Rose. Kalau naik lif jauh lagi jarak pintu lif dengan Rose.
Tanpa mengetuk pintu, Raimah terus menerja masuk. Rose yang baring meniarap itu tersentak. Lagi membuatkan dia terkejut bila wajah garang mamanya terpampang di hadapan mata. Tubuh yang meniarap itu terus terduduk. Air mata di seka laju. Uisshh, kantoi!
"kenapa menangis ni?" tidak jadi Raimah mahu memulakan bebelannya bila melihat Rose yang menangis itu. Perlahan-lahan dia duduk bersebalahan anaknya. Kepala Rose di usap.
"kenapa ni?" jelas nada seorang ibu yang kerisauan. Mana tak risaunya. Jarang sekali anak-anaknya menangis kecuali Risya yang asyik menangis bila di tinggalkan oleh Danny. Tu mengada namanya. Tinggal sekejap pun dah menangis. Aihh, macam-macam feel anak kembarnya ni.
"ermm.. " Rose mengeleng. Kepala di tunduk memandang jari-jemarinya yang meramas sesama sendiri. Wajah mamanya langsung tidak di pandang takut bila dia pandang air matanya akan jatuh lagi.
"habis tu kenapa? Luahkan" pujuk Raimah. Rose mengeluh kuat sebelum tiba-tiba memeluk tubuh Raimah. Wajah di sembam ke dada mamanya. Tangisan dan esakan yang di tahan di lepaskan semahu-mahunya. Jujur, dia memang perlukan tempat meluahkan dan hanya mamanya saja seorang yang boleh di jadikan tempat luahannya.
"sshhh... " Raimah mencium-cium ubun-ubun Rose membiarkan anaknya itu tenang dahulu. Biarkan dia menangis semahu-mahunya. Lepaskan segalanya.
Setelah hampir 2 minit hanya esakan menjadi teman mereka berdua barulah Rose meleraikan pelukan. Hingus di tarik tanpa segan silu. Raimah mengeleng. Rambut Rose di selit ke belakang telinga sebelum dengan lembut mencium dahi Rose.
"sekarang luahkan... "
"a-abang.. Anif.. " adu Rose tersekat-sekat. Berkerut dahi Raimah.
Dia hanya diam menunggu kata-kata Rose yang seterusnya. Bila orang meluahkan sesuatu kita haruslah menjadi pendengar yang baik barulah menyampuk. Tegur mana salah dan betul. Setuju tak?"Alice d-dengan abang A-anif bercinta ke ma? Betul ke? Alice tu girlfriend abang anif? Kenapa abang anif bawa dia ke sini? Sebab dorang nak kawin kan? Betul ke ma?" bertalu-talu Rose bertanya. Tangan Raimah di goyangkan.
Raimah terdiam. Terkebil-kebil dia memandang wajah anaknya. Cuba mentafsirkan soalan bertalu-talu Rose sebelum Tiba-tiba saja tawa Raimah terletus. Rose memucung.

ANDA SEDANG MEMBACA
She's Mine
RomanceRose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan antara cinta dan mati mungkin dia akan pilih mati kerana dalam kamus hidupnya tidak pernah percaya cinta...