BAB 21

3.5K 142 1
                                    

Rose menatap tubuhnya buat kali terakhir. Senyuman kepuasan terserah di bibirnya. Begnya di ambil lalu di sangkut ke lengan kiri. Gembira kerana hari ini dia akan kembali berkerja seperti biasa.

"ya allah budak ni. Lambat bukan main. Anif dan berjam tunggu kat luar" bebel Raimah tatkala susuk tubuh anaknya kelihatan. Rose tersengih. Tak adalah berjam. Tunggu beberapa minit je pun.

"pergi dulu.. " dia tunduk menyalam hormat tangan mamanya. Raimah mengangguk.

"abang dah pergi kerja ke?" tanyanya. Raimah mengangguk.

"nah.. Sarapan untuk kamu. Tak sempat nak sarapan kat rumah mama dah bekalkan sedia-sedia" Riamah menyerahkan bakul tersebut yang berisi nasi goreng dan ayam goreng. Lebar senyuman Rose. Pipi Raimah di cium manja.

"terima kasih.. Mamalah ibu yang paling terbaik kat dunia ni" pujinya.

"yalah, yalah.. Cepat jalan. Kesian Anif tu!" tubuh Rose di tolak keluar. Memuncung bibir Rose. Nak manja-manja pun tak boleh.

"Alice dengan akak kat mana?" sambil dia memakai kasut sempat lagi dia bertanya kelibatan Alice dan Uqasah. Selalu pagi-pagi lagi mereka dah riuh kat dapur tapi hari ni tiada pula.

"ada je kat dapur tu. Entah sembang apa berbisik-bisik bagai" beritahu Raimah. Sejak kehadiran Alice di rumah ini dia dan Uqasah tidak lah terlalu sunyi. Ada juga kawan sembang. Lagi-lagi Uqasah. Kuat sangat bergosip!

"mengumpatl je kerja dua orang tu" omelnya. Bukan tidak tahu perangai Uqasah dan Alice. Dah jadi geng dah dua orang tu.

"bye maa... " Rose melambai. Baru beberapa langkah dia menoleh semula.

"Mama kiss pun lagi" katanya manja. Raimah mengeleng. Kepala Rose di tarik sebelum mengucup dahi dan kedua pipi anaknya. Setiap hari begini rutin hariannya. Anak-anak dah besar tapi dia rasa seolah masih menjaga anak 5 tahun. Manja sangat!

"urmm.. Sayang mama" kali ini Rose pula mencium pipi mamanya. Memang tengo seperti kanak-kanak kan?

"byeee... " dengan flying kiss dia beri dengan tawa kecil bila mamaya melayan saja karenah dengan berpura-pura menangkap ciumannya.

Masuk saja dalam kereta senyuman dan tawanya terhenti tatkala memandang wajah kelat Anif. Dia tersengih kecil. Rasa takut tiba-tiba bila Anif merenungnya tidak lepas.

"kenapa lambat?" tanya Anif tegas. Rose mengaru keningnya. Aihh..nasiblah dapat suami garang nak mampus ni.

"sorry... "

"KENAPA LAMBAT?" soal Anif lagi. Kali ini suaranya meninggi sehingga bahu Rose terhenjut sedikit dek terlalu terkejut. Keningnya mula berkerut halus.

"tadi Rose cari... "

"kau dahlah minta hantar dengan aku lepas tu sengaja pula lambat-lambat. Kau ingat kau je ke benda yang aku kena urus. Banyak benda lagi aku Ken buat. Kau tau tak? " ujar Anif. Rose menunduk. Tangannya mengenggam kuat atas ribanya. Pandangannya mula kabur dek air mata mula bertakung.

"kalau kau tak menyusahkan aku satu hari boleh tak?" ternyata kemarahan Anif belum reda lagi. Mulutnya masih terkumat-kamit membebel.

Rose terus memandang luar tingkap bila kereta mula bergerak. Air mata mula menitis tapi bibir tetap mengukir senyuman apabila melihat susuk tubuh mamanya masih tercegat di muka pintu sambil melambainya.

Bila kereta sudah jauh dari rumah dia kembali menunduk. Air matanya di lap. Suasana janggal tiba-tiba. Dia terasa dengan sikap Anif yang memarahinya. Bukannya dia sengaja buat-buat lambat tapi ada benda yang dia cari tadi. Dan paling mengecewakan bila Anif berkata dia menyusahkan.

She's MineWhere stories live. Discover now