"abang nak pergi mana?" Rose bertanya tatkala melihat Anif yang bersiap-siap itu seperti mahu keluar. Anif yang membetulkan bajunya mengerling sebelum kembali fokus. Soalan Rose seperti biasa di abaikan saja.
Rose mencebik sedikit. Sakit hati dengan layanan Anif. Pintu bilik yang terbuka itu di tutup rapat lalu dia datang mendekati tubuh suaminya. Tanpa di sedari Anif kini Rose sudah betul-betul di belakangnya. Merenung belakang tubuhnya. Rose tersengih kecil sebelum bertindak memeluk tubuh itu dari belakang.
Anif tersentak. Di lihat tangan Rose yang melingkari pinggang. Gigi di ketap kuat. Geram dengan perangai Rose yang di labelkan tidak malu itu.
"lepaslah. Aku tak ada masa nak layan perangai sundal kau ni" ujarnya namun Rose masih memeluk erat. Malah di sembamkan wajah ke belakang tubuh suaminya. Hatinya sedikit terasa dengan perkataan sundal itu tapi di tahan juga. Dia tidak mahu terlalu kerap mengeluarkan air matanya nanti air matanya sudah tiada nilai lagi kalau sering menangis.
"lepaslah! Kau faham tak ni?" marah Anif. Tangan Rose di tepis kasar. Rose memuncung lagi. Wajah kemerahan Anif di pandang.
"abang nak pergi mana?" tanyanya lagi. Anif menjeling. Bajunya yang sedikit berkedut dek pelukan Rose di kemaskan semula.
"abanggg.. " rengek Rose. Bahu Anif di cuit-cuit dengan hujung jari telunjuknya dengan muka sengaja di kerutkan meminta simpati.
"nak dating! Ada masalah ke?" selamba Anif berkata. Tidak semena-mena Rose bertindak mengigit geram bahu suaminya. Di gigit kuat dek terlalu geram.
"awww..sakitlah!" Anif menunjal dahi Rose sebelum mengusap bekas gigitan isterinya. Berkerut habis dahinya dek terlalu sakit. Gigit macam gigit ayam. Ingat bahu dia ni ayam ke nak gigit kuat-kuat?
"ingat sikit abang tu dah kawin. Dah Ada isteri.. " pesan Rose. Dia bercekak pinggang ala-ala garang. Anif mencebik mengaju kata-kata Rose.
"isteri atas kertas je" balasnya membuatkan hati Rose yang sedia sakit itu bertambah sakit.
"no! Kawin tetap kawin. Isteri tetap isteri. Tak ada istilah isteri atas kertas." Omelnya tidak puas hati.
"membebel je kerja. Dahlah aku nak keluar!"
"abang... "
Anif merengus geram tatkala lengan di paut lagi oleh Rose. Dia memandang tajam merenung wajah isterinya yanh tercebik itu. Sikit-sikit nak cebik. Sikit-sikit nak muncung. Sikit-sikit nak merajuk. Perempuankan. Mana pernah berpisah dengan tiga benda tu.
"abang tak jawab lagi soalan Rose!" rungut Rose. Tangan Anif di gengam kuat apabila Anif cuba menarik tangannya. Dia mengeleng tidak mahu melepaskan.
"aku nak keluarlah.."
"yalah nak keluar tu nak pergi mana?" soal Rose lagi. Masih tidak berpuas hati dengan jawapan Anif. Memanglah nak keluar tapi dia nak tahu pergi mana dan paling penting dia kena tahu suaminya keluar dengan siapa. Tu penting!
"aku nak pergi hospitallah lawat Risya. Esok dia dah kena buat pemedahan!" beritahunya. Nampak sangat tak iklas bagitau. Rose terdiam. Dahi di tepuk, lupa!
"Nak ikut.. " rengeknya.
"tak payah. Jaga rumah. Menyemak je" arah Anif. Tangannya di tarik kasar. Rose menunduk.
"takkan nak tengo kembar sendiri tak boleh?" omelnya perlahan. Serta merta kaki Anif yang melangkah terhenti. Bukan dia tidak dengar apa yang di kata isterinya. Tiba-tiba rasa bersalah pula.
Rose masih menunduk bermain dengan kedua ibu jari kakinya. Di lagak sesama sendiri sambil mulut memuncung.
"hurrmm.. Nanti kirim salam tau dekat Risya!" pesannya mendongak memandang Anif. Senyuman lebar yang secara terpaksa di ukir. Berkecil hati sebenarnya tapi dia tahu dia kena kuat.
YOU ARE READING
She's Mine
RomanceRose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan antara cinta dan mati mungkin dia akan pilih mati kerana dalam kamus hidupnya tidak pernah percaya cinta...