"buat apa ni?" Rose berpaling bila terasa tubuhnya di peluk secara tiba-tiba. Senyuman terus terukir tatkala melihat wajah kacak suaminya menghiasi ruang mata. Mereka saling berbalas pandangan dari pantulan cermin. Keduanya tersenyum bahagia.
"tak buat apa-apa pun.. " jawab Rose setelah sekian lama berdiam diri. Anif mengangguk sebelum menyembamkan wajah ke leher isterinya. Suka dia mengambil bau haruman dari tubuh itu. Wangi!
"Rose dah gemuk kan abang?" soalan Rose membuatkan Anif terhenti. Dia mengangkat kembali kepalanya. Dagunya di letakkan ke bahu kanan isterinya sambil tangan turut mengusap perut besar Rose.
"agaklah.. " selamba dia menjawab. Rose mencebik. Serta merta senyuman yang tadi terukir di bibir mati. Kepala di tunduk.
"abang sayang lagi kan?" perlahan saja dia bertanya. Terletus tawa Anif melihat perangai isterinya. Aih.. Nasib dialah dapat isteri cengeng macam ni.
"mestilah abang sayang... Sayangkan isteri abang.. " ujar Anif berbisik di telinga Rose.
"tapi sayang dah gemuk?!" kata Rose lagi. Masih tidak berpuas hati. Perkara yang paling dia takut adalah kehilangan suaminya. Sumpah dia amat takut. Bahkan di bayangkan pun sudah buat dia ketakutan apatah lagi ia berlaku.
"gemuk sikit je ni. Sayang kan mengandung memanglah badan berisi. Nanti dah bersalin kuruslah balik.. " pujuk Anif. Perlahan-lahan Rose mengangkat wajahnya lalu berpusing menghadap Anif. Kedua tangan di lingkarkan ke leher suaminya.
"betul ni abang sayang..?" soal Rose lagi. Anif mengangguk yakin. Pucuk hidung isterinya di kucup sekilas. Geram!
"abang tak tinggalkan..?" tanya Rose lagi meminta kepastian. Anif mengangguk lagi. Kali ini pipi Rose pula menjadi tempat persinggahan bibirnya.
"janji.. ?" dengan gaya kebudak-budakan Rose menghulur jari kelingkingnya tanda berjanji. Anif tersengih. Layankan sajalah.
"janji... " ujarnya menyatukan jari kellingking mereka. Lebar terus senyuman di bibir Rose.
"yeahh.. " Rose menjerit kecil. Tubuh Anif di peluk sekuat hati dek terlalu gembira. Anif pula memang tak lepaskan peluang dari membalas pelukan sang isteri. Rezeki! Kalau dah datang rajuk isterinya jangankan peluk sentuh sikit pun tak boleh. Susah kalau perempuan dah merajuk. Lagi-lagi perempuan yang mengandung. Sensitif sangat!
"i love you abang... " bisik Rose dengan bibir masih mengukir senyuman. Tidak tergambar rasa bahagiannya kini. Hanya allah saja yang tahu betapa dia sangat bahagia. Dan berharap kebahagian ini akan kekal hingga hujung nafasnya.
"i love you too sayang.. " balas Anif. Semakin lebarlah senyuman Rose. Dah nak sampai telinga. Lebar sangat.
"ummmmm.... Muahhhhh.. " panjang bunyinya tatkala Rose mengucup kuat pipi Anif sampaikan terlekat air liurnya. Anif tertawa. Jarang-jarang sebenarnya dia dapat kucupan begitu.
"sayang dia.. " giliran Anif pula mengucup pipi Rose. Tidak berakhir di pipi, di dahi juga turut di ciumnya dan akhir sekali barulah ke bibir merah milik Rose. Biasalah lelaki tak cukup sekali mesti nak banyak kali.
Rose hanya diam menerima tingkah laku suaminya. Mahu menolak namun hati turut menginginkan belaian suaminya. Lagi pula Anif berhak ke atas dirinya. Dengan berani ciuman Anif di balas biarpun dia berasa amat kekok.
Bagaikan lupa keadaan isterinya yang kini berbadan dua, Anif menolak lembut tubuh isterinya sehingga tersandar di meja solek. Kucupan yabg tadi lembut mula kasar. Terkerut dahi Rose menerima kucupan itu. Tangan kecilnya menggengam erat baju di bahagian bahu Anif.
Anif melepaskan kucupan. Dadanya berombak ganas begitu juga Rose yang tercunggap-cunggap memandang ke arahnya. Anif mengeluh. Tangan kasarnya bergerak mengusap bibir basah isterinya. Baru saja dia mahu menyembamkan wajah ke leher isterinya Rose menghalang. Berkerut terus wajah Anif.
YOU ARE READING
She's Mine
RomanceRose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan antara cinta dan mati mungkin dia akan pilih mati kerana dalam kamus hidupnya tidak pernah percaya cinta...