BAB 25

3.7K 142 7
                                    

"hari ni balik jam berapa?" Anif bertanya tatkala kini kereta sudah berhenti di hadapan hospital. Rose yang mengemas tudung di cermin kereta menoleh.

"jam 9 kut. Abang tak payahlah amb-.. " belum sempat dia mahu berkata, Anif terlebih dahulu bersuara.

"tunggu aku sampai. Jangan nak pandai-pandai naik grab!"

"tak susahkan abang ke?" lembut dia bertanya. Bukankah dia sudah berjanji tidak akan menyusahkan Anif lagi. Anif terdiam. Terasa di sindir pula walaupun dia tahu Rose tidak berniat langsung mahu menyendirinya.

"kalau kau tak nak aku susah, tolong dengar cakap aku.. "katanya bertegas. Rose mencebik sedikit. Tangan di hulur namun Anif hanya memandang. Tak tahulah dia buat-buat tak faham ke atau memang tak faham.

"orang nak salam ni.. " rungut Rose menjeling tajam wajah Anif. Sengaja. Terasa lambat, Rose sendiri menarik tangan kanan Anif lalu di salam hormat.

"ingat pesan aku. Tunggu aku! Faham?" sekali lagi Anif berpesan. Bukan boleh percaya sangat budak kecil ni. Rose mengangguk. Malas mahu berlawan kata di pagi-pagi cerah ini. Tangannya sudah sedia membuka pintu. Saat kakinya mula menjejaki tanah dia kembali menoleh memandang wajah Anif.

Anif membalas pandangan Rose dengan hairan. Setahunya tadi Rose dah nak keluar ni dah tayang sengih pula. Kening di angkat bertanya kenapa. Rose tidak menjawab malah mendekatikan dahi ke wajah Anif, lebih tepat ke bibir Anif.

"abang tak kiss pun.. " manja dia berkata sambil masih menayang dahi menunggu ciuman dari Anif. Ternaik sedikit hujung bibir Anif. Dahi Rose, terus di jentik kuat hingga isterinya itu mengadu kesakitan.

"auwww...abang!" rengek Rose. Dia mengusap dahinya. Sakit sangat cemberut wajah Rose memandangnya.

"siapa suruh gatal sangat.." selamba Di berkata membuatkan muncung Rose semakin menjadi-jadi.

"eeee... Orang nak minta kiss pun tak boleh, werkk.. " lidah di jelir. Anif tertawa kecil. Kelakar melihat wajah Rose saat itu.

"tak apalah kalau abang tak nak kiss, Rose faham.. " sengaja dia buat suara yang menyedihkan mengharap Anif akan memujuk tapi hampa bila Anif memandangnya kosong.

"cepatlah. Dah lewat ni.." kata Anif langsung tidak perdaya dengan wajah meminta simpati isterinya.

"yalah.. Bye.. " dengan pantas dia memanjangkan leher dan terus mencium kedua pipi Anif sebelum laju berlari keluar. Sempat lagi dia memberi flying kiss. Anif mengeleng. Tubuh Rose yang semakin menghalang masuk ke dalam masih di pandang tidak percaya. Berani sungguh dia.

Rose berlari anak tapi bibir masih mengukir senyuman. Masih terbayang-bayang kehangtan pipi Anif tatkala bibirnya singgah di sana tadi. Rasa nak menjerit saja dek terlalu gembira.

Dia menoleh ke belakang mencari kereta Anif walaupun dia tahu dia tidak akan nampak lagi. Kepala di geleng kecil sebelum dia kembali memandang ke hadapan. Dia memang dah gila. Gila kerana Anif.

Kakinya laju melangkah menuju ke bilik yang khas buatnya dan Wani. Sampai di hadapan lif dia terus menekan butang lif. Hampir seminit menunggu barulah pintu lif terbuka. Dia menunduk sedikit tanda membalas sapaan dari pekerja-pekerja bawahaannya.

"selamat pagi doktor Damia!" sapaan beberapa nurse yang baru keluar dari lif.

"selamat pagi juga.. " balas Rose mesra. Sememang di sini dia di gelar sebagai doktor damia. Biarpun rasa janggal di sebakan tak pernah lagi orang memanggil Damia tapi dia hanya menerima dengan hati terbuka. Lagi pun lawa apa nama Damia. Kan?

Lif bergerak ke tingkat 3 di mana hanya orang-orang atasan saja yang boleh naik dan dia di kategorikan sebagai orang atasan itu di sebabkan dia adalah doktor pakar bedah. Hebat bukan wanita bernama Rose Damia ini?

She's MineWhere stories live. Discover now