Tidur Anif terganggu bila terasa tubuhnya di sebelah terasa bergerak-gerak. Mata di celik biarpun dia rasa matanya masih terasa mengantuk. Senyuman kecil terukir di bibirnya melihat susuk tubuh di sebelahnya.
Tangan automatik bergerak mengusap pipi isterinya. Polos saja dia lihat wajah yang lena itu. Tangan Rose di pinggangnya di usap. Rasa nak sakit hari-hari pula. Serenok pula manja-manja dengan isterinya.
"Kenapa kau comel sangat ni?" omel Anif sendirian. Geram melihat wajah yang tersandar di dadanya itu. Dengan mulut yang terbuka sedikit. Rasa nam cium je bibir tu. Nak gigit sampai bengkak!
Anif menelan liur. Dek terlalu lama merenung bibir itu membuatkan nafsunya naik tanpa sedar. Ala maklumlah kaum lelaki hanya ada 1 nafsu dan 9 akal. Dan nafsu mereka jangan di bawa main-main. Jadi, para wanita di luar sana silalah berhati-hati. Jangan terlalu cantik nanti ada mata lelaki yang merenung tidak lepas. -,-
Tanpa di duga wajah Anif semakin menunduk. Dan saat melihat bibir Rose yang seolah memanggilnya untuk di sentuh, jantungnya kembali berdegup kuat. Semakim lama, semakin dekat wajah Anif ke wajah Rose lebih tepat ke bibir isterinya. Tatkala jarak bibir mereka hampir seinci, sudah membuatkan Anif tidak sabar. Mata di pejam mahu mengucup bibir itu namun...
Keluhan hampa terlepas apabila bunyi telefonnya berdering meminta angkat. Anif mengigit bibir bawahnya. Geram! Sikit Saja lagi dia dapat meragut bibir kemerahan itu. Berhati-hati dia meletakkan kepala Rose ke bantal semula. Ciuman ringkas singgah ke dahi itu. Tak dapat cium bibir pun tak apa. Dahi pun jadilah.
Anif bangun dari katil. Kaki melangkah ke meja solek mengambil telefonya yang sedari tadi menjerit berbunyi minta di angkat. Dahi yang berkerut tadi bertambah berkerut bila melihat nama si pemanggil.
Aisyah?
Anif mengeluh. Tangannya teragak-agak mahu menyambut panggilan tersebut. Separuh hati kata iya, separuh lagi kata tidak. Mana harus dia pilih? Anif menoleh, memandang ke arah tubuh si isteri yang masih nyenyak ketiduran. Tanpa membuang masa, laju saja tangannya mengambil telefon tersebut lalu cepat-cepat keluar ke balkoni bilik mereka.
"assalamualaikum, awak.. " lembut suara si pemanggil yang di katakan Aisyah itu memberi salam. Anif tersenyum kekok. Tiba-tiba rasa janggal pula.
"walaikumsalam.. Aisyah?kenapa?" terus saja anif bertanya. Sekali lagi dia menoleh. Kut-kut Rose dah bangun ke apa, salah faham pula lagi. Sudahlah masalah rumah tangganya belum selesai bertambah lagi kalau Rose tahu yang dia kini sedang bertelefon dengan Aisyah. Fuh..seram doh!
Setelah agak yakin, barulah Anif memandang ke arah hadapan semula. Entah sejak bila pula dia kisah pasal perasaan Rose? Hatinya gusar bila Rose menyebut hal cerai walhal bukan itukah yang dulu dia sebutkan. Sekarang...?
"tak ada apa? Cuma nak tanya ni, awak busy tak malam ni?" suara Aisyah di sebelah talian mengejutkan Anif. Anif berdehem seketika. Tanganya mengusap lembut belakang lehernya. Sungguh dia amat terasa janggal saat ini.
"hurmm.. Tak busy tapi saya tak sihat sangat ni.. " jawab Anif berlaku jujur. Sememangnya dia tak sibuk pun. Kerjanya di sini langsung tiada apa kecuali mengantikan tempat kedua sahabat bila ada masalah. Kan dia uruskan syarikat di france. Kerja online sajalah kiranya.
"tak sihat kenapa? Awak dah pergi klinik ke?" kedengaraan risua suara Aisyah bertanya.
"demam. Sikit je ni. Esok-esok sembuhlah.. "
"tapi awak jangan lupa makan ubat tau. Kalau demam tak baik-baik juga bawalah pergi klinik. Jangan biarkan." ujar Aisyah sudah mula membebel. Anif hanya mengangguk mendengar suara di sebelah talian itu berkata.
YOU ARE READING
She's Mine
DragosteRose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan antara cinta dan mati mungkin dia akan pilih mati kerana dalam kamus hidupnya tidak pernah percaya cinta...