Tidur Anif terganggu dek mendengar bunyi muntah seseorang. Pada mulanya dia hanya membiarkan saja tapi keningnya mula berkerut bila terdengar pula esakan seseorang. Anif mengeluh dengan mata yang masih terpejam.
Matanya bergerak-gerak susah di buka. Rasa baru saja di pejam mata tadi. Mahu tidak mahu dia mencelik juga matanya dan mengerling ke sebelah. Benar jangkaannya, isterinya itu tiada di sebelahnya. Kosong! Dia meraup wajahnya sebelum menyelak selimut lalu bangun menuju ke tandas.
"okey tak ni?" terus saja dia mendapatkan tubuh lemah Rose. Terasa berbahang sangat badan isterinya. Rose yang duduk memeluk lutut itu mendongak. Air mata jatuh menitis.
"kenapa ni?" lembut dia bertanya sambil tangannya bergerak menyelit helaian rambut Rose ke tepi telinga. Comot wajah isterinya itu dengan air mata.
"R-rose muntah! Sakit!" adunya manja. Anif tersenyum kecil. Tubuh Rose di angkat dan di letakkan di atas singki besar itu. Tangannya di basahkan sedikit lalu di lap ke seluruh wajah Rose.
"buang hingus tu!" arahnya. Ibu jari dan jari telunjuk di kepit ke hidung Rose. Rose menghembus sebelum meleleh lendir-lendir di tangan Anif. Melihat riak wajah Anif yang langsung tidak geli itu membuatkan hatinya terharu.
Anif segera mencuci tangannya membuang sisa-sisa lendir hingus itu. Sekali lagi hidung Rose di kepit kali ini tidak perlu menunggu arahan Rose sendiri menghembus kuat nafasnya.
"selesa?" Rose mengangguk. Baru rasa senang bernafas. Wajah Anif di pandang dengan mata yang memberat.
"kau demam ni. Badan kau panas sangat" ujar Anif melekap tangan ke dahi isterinya. Panas sangat. Rose mengumam. Dengan manja dia melentok ke bahu Anif.
"sejuk.. " rengeknya. Anif tersenyum kecil. Tubuh Rose yang di dudukkan di singki itu di cempung. Kedua kaki Rose melilit di pinggangnya dengan tangan pula memeluk batang lehernya.
Berhati-hati sekali dia membaring tubuh kecil Rose ke katil. Ubun-ubun rose di usap lembut.
"janganlah pakai selimut tu supaya haba keluar.." katanya menarik semula selimut di tubuh Rose. Rose merengek. Selimut yang di tarik Anif tadi di balut kembali. Kepala di geleng tidak mahu.
"sejuklah.. " rengeknya tatkala Anif menarik lagi selimut itu membiarkan dia berbaring tanpa selimut. Anif mengeleng.
"aku tahu tapi ni pun cara nak kebahkan demam.. " ujarnya. Rose memuncung. Dia menarik kedua lutut rapat ke dahi. Gaya seolah baby baru lahir. Sejuknya tak tertahan sampaikan dengar dengan jelas giginya berlagak antara satu sama lain dek tergetar teruk.
"tunggu kejap.. Aku nak ambik tuala basah.. " pantas dia membuka almari. Tangannya sibuk meraba-raba mencari tuala kecil. Hampir beberapa saat mencari akhirnya dia jumpa juga. Dia bergerak pula ke kamar mandi. Tuala kecil berwarna putih itu di basahkan mengunkan air paip dan di perah sedikit.
Selesai saja dia mendekati pula tubuh Rose. Tuala basah tadi di letakkan di atas dahi Rose memberi kehangatan. Bibirnya tersengih melihat Rose yang kesejukan itu.
"abang.. Sejuk.. Nak selimut!" Rengek Rose lagi tidak tertahan-tahan. Anif mengeleng.
"tak payah nak mengada. Kejap lagi aku buatkan kau air panas supaya tak sejuk.. " katanya memberi amaran. Rose mencebik lagi. Dalam sakit-sakit pun muncung tidak pernah lari.
Anif bangun semula. Kali ini kakinya melangkah turun ke bawah menuju ke dapur. Sampai saja di dapur, cawan di ambil lalu di bacuhkan milo kurang manis dan di tuangkan air panas. Demam-demam serenok juga minum panas-panas macam ni.
Hampir 5 minit, barulah dia kembali semula. Buka saja pintu bilik, automatik kepalanya tergeleng melihat susuk tubuh isterinya yang sudah berselimut itu. Sampai ke kepala dia selimukan dirinya. Degil!
"budak nikan.. " dengan sekali tarikan saja wajah cemberut Rose sudah kelihatan. Tanpa mempedulikan rengekan Rose, Anif menarik semula selimut itu lalu di lempar ke lantai. Rose menghentak kakinya ke katil. Air mata mula mengalir dek terlalu geram.
"nah...minum air ni. Cepat" ujarnya. Rose mengeleng lagi. Tercebik-cebik bibir itu menangis.
"sejukk... "
"tahu! Minum ni dulu." arah Anif lagi. Rose melepaskan keluhan. Dia bangun sedikit dengan bantuan Anif. Air milo itu di teguk bersama air mata yang masih menitis.
"urmm.. Tak nak!" dia menolak lembut tangan Anif. Anif pasrah. Tuala basah yang sudah terjatuh tadi di ambil semula lalu di letakkan kembali ke dahi Rose.
"nak selimut" pinta Rose manja.
"tahanlah sikit.. Kalau kau bertutup bila nak keluar haba tu. Doktor pun tak tahu ke cara nak kebahkan sejuk." dalam dia memujuk tetap juga terselit sendirian.
"urmm.. " dengan selamba tangannya naik melingkari pinggang Anif. Wajah di sembam ke dada Anif yang tidak berbaju. Di sebabkan dia kesejukan terpaksa Anif mematikan aircond. Kakinya pula naik menindih kaki Anif. Rasa hangat badan Anif menyentuh kulitnya. Ni lagi best dari selimut. Rose tanpa sedar tersengih gatal. Rasa nak sakit selalu. Suka bila Anif hanya diam menerima tingkah lakunya.
"kenapa peluk abang rasa tak sejuk?" tanyannya. Wajah semakin di tekan ke dada Rayyan. Sesekali dia mengambil kesempatan mencium kejap dada bogel Anif. Peluang depan mata jangan lepaskan. Hihihih...
"dah tidur.. " Anif tunduk mencium ubun-ubun isterinya. Entah dia sedar ke tidak. Tangannya menepuk-nepuk punggung Rose seperti mendodoikan baby.
:
:
:
:
:Rose hanya diam di bebel mamanya. Bantal di peluk erat. Sejak tadi lagi mamanya itu tidak berhenti membebel memarahinya. Dah lah awal-awal pagi lagi kena bebel. Terasa sakit telinga dia menyembam wajah ke bantal. Rasa nam nangis. Ada sesiapa yang boleh tolong hentikan tak supaya mama diam?
"ha, tengo lah tu. Tegur sikit merajuk, tegur siki merajuk.. " bebel Raimah lagi. Tapi dalam mulutnya riuh bercakap tangannya juga ikut bergerak mengaul bubur nasi di mangkuk yang masih panas. Dia melabuhkan punggung di sebelah Rose.
"tak payah nak mengata mama dalam hati. Meh, makan bubur ni" arahnya. Dengan perlahan-lahan dia mengangkat wajah. Sengihan dia tayang.
"bubur lagi. Semalamkan dah makan bubur. Takkan makan lagi.. " rungutnya. Bila dia demam bubur saja mamanya bagi makan. Supaya demam cepat kebah katanya. Rasa macam baby pula asyik makan. Tapi memang pun baby, baby besar! :)
"cepat makan. Nak tak nak mesti habis.." arah Raimah bertegas. Rose mengeluh. Mulut di buka menerima suapan dari mamanya.
"macam manalah boleh demam ni? Kamu main apa sampai demam?" soal Raimah kembali membebel. Rose mencebik. Ingatkan dah berhenti rupanya sambung lagi membebel. Nampaknya dia kena tahan telingalah pagi ni.
"abang Anif mana?" sengaja dia menukar topik perbualan. Mengecil saja mata Raimah memandang anak daranya.. Erkk anak dara lagi ke? Dia pun tak tahu.
"keluar agaknya.. " jawabnya sambil meneruskan lagi suapan. Rose mengangguk. Pandai suaminya melarikan diri daripada di bebel mama. Bijak sungguh!
"kalau mama tau lagu kam-... "
"maa... Dahlah. Rose janji dah main hujan" kata Rose memotong percakapan mamanya. Bukan dia tahu apa yang mahu di katakan. Tak habis-habis pasal semalam. Letihlah macam ni.
"janji,janji nanti buat lagi.. " terkumat-kamit bibir tua itu bersuara.
"rose janji... " sekali lagi Rose berjanji dengan mengangkat tangan gaya-gaya berikral. Raimah mengeleng. Dia menekap tangan ke dahi anaknya.
"dah kebah sikit.. " omelnya. Terasa panas Rose sudah turun sedikit. Anaknya ini memang kalau demam sekejap saja.
"Risya dah okey ke?" tiba-tiba pula akalnya mengingatkan si kembarnya. Raimah tersenyum kecil sambil mengangguk kepala.
"alhamdulilah pemedahan berjaya. Risya perlu rehat yang secukupnya saja sekarang.. " beritahu Raimah. Tidak terhingga rasa bersyukur mendengar khabar yang anaknya itu baik-baik saja.
"alhamdulilah.. " Rose juga tersenyum lebar. Bersyukur kembarnya kembali sihat.
"nah.. Makan lagi." Raimah menyuap semula bubur tersebut. Dengan senang hati Rose membuka mulut. Makanan yang tak sedap akan jadi sedap bila ibu kita suapkan. Betul tak?
Don't forget to vote 🌟
YOU ARE READING
She's Mine
RomanceRose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan antara cinta dan mati mungkin dia akan pilih mati kerana dalam kamus hidupnya tidak pernah percaya cinta...