Rose mengeliat kecil. Matanya terasa payah benar di buka namun memikirkan hari ni ada kerja terpaksa juga dia bangun. Lagi pun azan subuh akan bermula sebentar lagi. Keluhan terlepas. Kenapa dia rasa nyeyak sangat tidur hari ni yer?
Dengan susah payah dia membuka mata sebelum dia terkebil-kebil memandang benda di hadapannya. Lama dia memandang lalu terus mendongak ke atas. Terkejut dia melihat wajah Anif yang masih nyenyak tidur itu. Mata mengerling pula ke tangannya. Betul ke dia tengah peluk Anif sekarang ni? Patutlah tidurnga nyenyak benorr..
Tanpa sedar bibir mengukir senyuman. Percaya atau tak ini adalah kali pertama dia tidur memeluk tubuh lelaki ini. Rasa bahagia tidak terkata padahal baru semalam mereka bergaduh. Kalau dah sayang, marah takkan lama. Memang dia agak berkecil hati semalam tapi bila di fikirkan balik. Kalau dia merajuk, hubungan mereka akan semakin hambar. Lainlah Anif mahu memujuknya, ini tidak.
Memikir yang mungkin dia tidak akan ada peluang lagi memeluk Anif, dia kembali mendekatkan wajah ke dada yang terdedah Anif. Di hidu dalam-dalam bau dari tubuh suaminya. Tangannya pula semakin erat memeluk tubuh itu. Kakinya juga naik menindih kaki Anif. Kalau boleh dia tidak mahu melepaskan Suaminya.
Rose tersenyum lagi. Dia mendalamkan lagi wajahnya. Sungguh dia tidak puas dan mungkin tidak akan pernah puas menghidu bau haruman dari tubuh suaminya. Tenang dan damai. Rasa dialah orang yang paling bahagia sekali walaupun hakikatnya sebaliknya.
Rose mengigit pula bibir bawahnya. Rasa sebak datang menyerbu dadanya. Entah bila lagi dia akan dapat memeluk tubuh lelaki ini. Dia sendiri tidak pasti yang dia pastikan tiada lagi peluang kedua untuknya. Tanpa dapat di tahan air mata Rose jatuh namun suaranya tidak kedengaraan.
Dia mendongak seketika memandang wajah nyenyak Anif. Perlahan tangannya bergerak memyentuh pipi lelaki itu. Jika di tanya hati mampu atau tidak dia meninggalkan lelaki ini jawapannya tidak. Dia tidak mampu kerana segala cinta dan sayangnya sudah di serahkan kepada Anif. Anif lah racun dan Anif juga penawarnya.
Rose tersengih kecil dengan linangan air mata. Alangkah indahnya jika dia dan Anif berbahagia seperti abang dan kembarnya. Bahagia dalam rumah tangga yang didirikan. Dalam diam, dia cemburu. Cemburu melihat pasangan suami isteri yang lain berbahagia sedangkan dia.. Sudah bebincang mahu bercerai walhal baru saja mereka dirikan rumah tangga.
Dengan berani Rose mengangkat sedikit kepalanya sebelum mengucup bibir Anif. Tidak bergerak tapi cukup sekadar bersentuhan. Lama dia biarkan bibir mereka begitu. Dia mahu menikmati rasa bahagia ini buat sementara waktu. Biarlah detik ini termati di sini.
"i love you abang. Rose sayang sangat kat abang.. " setelah agak lama barulah dia melepaskan kucupan namun matanya masih singgah ke wajah tampan suaminya.
"abang tak sayang Rose lagi ke? Andai saja Rose boleh putarkan balik masa, Rose akan lakunya. Lepas tu Rose nak kawin dengan abang masa abang ajak Rose kawin dulu.Rose akan setuju. Rose takkan tolak cinta abang. Rose akan sayang abang.." bebel Rose. Sebak sangat. Rasa tidak cukup nafasnya.
"semuanya dah terlambat. Tak perlu kesali benda yang lepas.. " tiba-tiba saja Anif membuka mata sekali gus bersuara. Rose nyata tidak terkejut. Mata Anif di pandang.
"please.. Bagi Rose peluang. Rose janji akan jadi isteri yang terbaik untuk abang. Rose akan-.. "
"tak perlu! Aku tak perlu semua tu. Maaf, sekali aku kata aku tak nak, aku takkan nak lagi. Kalau aku dah buang, aku akan buang dia terus dan mustahil untuk aku kutip semula benda yang aku buang.." balas Anif menghentikan kata-kata Rose.
Sesusdahnya berkata begitu Anif terus menolak lembut tangan Rose dari terus memeluknya. Dia bangun lalu berjalan ke arah almari mengambil tuala. Rose juga turut bangun. Dia duduk saja memandang langkah suaminya.
YOU ARE READING
She's Mine
عاطفيةRose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan antara cinta dan mati mungkin dia akan pilih mati kerana dalam kamus hidupnya tidak pernah percaya cinta...