Takut-takut Rose membuka pintu bilik mereka. Jelas tangannya yang sedikit bergetar hebat bagaimana menanti hukuman mati. Rose menelan liur. Nafas di tarik panjang sebelum perlahan-lahan di hembus. Dengan lafaz bismilah, pintu itu di buka juga.
Dan saat pintu tersebut terbuka, susuk tubuh Anif yang duduk membelakanginya di birai katil adalah benda pertana yang dia nampak. Semakin berdegup laju jantung Rose di buatnya. Berdebar sangat. Rasa nak pitam.
Perlahan-lahan kaki melangkah mendekati tubuh Anif. Kedua tangan erat memegang hujung bajunya. Kenapa dia rasa takut sangat ni? Baru saja dia mahu bersuara, tiba-tiba saja suara Anif kedengaraan.
"kau nak apa lagi?" soal Anif tanpa menoleh sedikit pun ke arah isterinya. Dia tidaklah bodoh sangat sampaikan tidak tahu kehadiran seseorang di belakang. Dan dia pasti itu adalah isterinya.
"A-abang.. " dengan berani Rose duduk di sebelah Anif. Tangannya pantas membuka ubat gamat yang di bawanya tadi bersama kapas di tangan.
"meh, Ross letakkan ubat dekat pipi abang. Teruk sangat dah ni" katanya sedaya upaya bertenang walaupun hati sudah berdegup kuat bagaikan menunggu masa saja lagi mahu meletop.
Rose mengangat tangan mahu merawat lebam di pipi Anif namun perbuatannya terhenti bila mata Anif tajam memandangnya. Serta-merta dia kecut perut. Liur di telan kasar.
"aku rasa tak perlu kut, baik kau ubat luka di bibir kau.. " ujar Anif sebelum bangun dari duduk. Rose terkaku. Tangan terjatuh semula ke atas ribanya.
"Rose minta maaf.. " lembut saja dia berkata membuatkan Anif juga berhenti. Keduanya senyap. Janggal sangat keadaan mereka.
"rose tak ada niat pun nak pukul dia.. "
"habis tu kalau kau tak ada niat, apa masalah kau?" belum sempat Rose mahu berkata Anif terlebih dahulu berkata dahulu. Kali ini dia memusingkan badan memandang ke arah Rose dengan renungan tajam.
Rose menunduk. Bibir bawah di gigit halus. Entah kenapa dia rasa penat sangat nak berlawan mulut dengan Anif kali ini. Dia penat menagih cinta dan sayang lelaki itu. Dia penat mahu menangis. Dia penat merayu. Dia penat. Tersangatlah penat.
"sebab Rose cemburu. Ingat Rose tak ada perasaan ke? Rose pun manusia biasa. Rose tak suka abang dengan perempuan lain. Rose benci. Rose cemburu sangat... " adu Rose. Renungan Anif di balas. Matanya mula berair. Ya allah, sungguh dia amat penat dengan duggan ini.
"Rose sayang abang. Rose cintakan abang sebab tu Rose marah. Tak berhak ke Rose nak marah sedangkan Rose isteri abang? Sama ada abang anggap isteri atas kertas atau tak, Rose tetap isteri abang. Tak ada istilah isteri atas kertas. Isteri tetap isteri.. " kata Rose lagi. Mungkin inilah masa yang terbaik untuk dia luahkan semua yang terpendam selama ini.
"Rose penat sangat nak hadap semua ni abang.. Rose penat" kali ini air mata Rose terjatuh. Sesak dadanya melawan rasa sakit di dada.
Anif mengeluh. Entah kenapa hatinya sayu mendengar luahan isterinya. Kejam sangat ke dia selama ini? Kejamkah dia melakukan isterinya sebgitu rupa? Tapi kenapa hari ini baru dia sedar? Dan kenapa susah sangat perkataan maaf itu keluar dari bibirnya?
"abang sayang Rose lagi tak?" soal Rose berani. Matanya yang berair bertemu dengan pandangan mata Anif bagaikan menunggu harapan.
Melihat kebisuan Anif, Rose mengeluh. Kepala terangguk perlahan. Mungkin, benar Anif sudah tidak menyayanginya seperti dulu. Dia tidak salah Anif seratus peratus kerana dia tahu semuanya berpunca dari dirinya sendiri. Kalau saja dia menerima Anif dulu, pasti mereka sudah berbahagia seperti pasangan lain namun masa tidak dapat di undur. Tinggalkan yang lama, hadapi yang baru. Itu motifnya sekarang.
YOU ARE READING
She's Mine
RomansaRose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan antara cinta dan mati mungkin dia akan pilih mati kerana dalam kamus hidupnya tidak pernah percaya cinta...