BAB 18

4.2K 146 1
                                    

Rose perlahan-lahan menuju ke meja solek. Suaminya yang berbaring di katil itu di kerling. Walaupun mata sudah tertutup tapi dia tahu Anif belum lagi tidur. Sikat di meja solek tersebut di ambil sebelum di sikat ke rambut panjangnya.

Sambil-sambil dia menyikat dia mengerling ke arah Anif. Baju di tubuhnya di lihat dari pantulan cermin. Sedaya upaya tadi dia memberanikan diri memakai baju sesingkat ini demi mengoda sang suami tapi Anif...

Tanpa sedar keluhan terlepas. Rose menyembur sedikit minya wangi ke pergelangan tangan dan lehernya. Biar wangi barulah gugur terus iman Anif. Senyuman jahat terukir.

Dengan langkah penuh mengoda dia menuju pula ke katil walaupun dirinya langsung tidak di pandang oleh suaminya dek Anif yang baring mengerling bertentangan dengannya. Rose duduk bersila di atas memandang susuk tubuh Anif yang membelakanginya.

Bahu Anif di cuit-cuit dengan hujung jari sambil dia memanjangkan leher mengintai. Sesekali telinga Anif juga di cuitnya. Dalam hati sudah tertawa sakan melihat dahi berkerut Anif. Nampak sangat tidur ayam-ayam.

"jangan kacau boleh tak?" rungut Anif. Jari-jemari Rose yang berada di Telingamy di tepis kasar. Rose memuncung.

Anif berdehem. Jantungnya sudah berdegup kuat saat terhidu bau haruman dari tubuh Rose. Belum lagi dia memandang susuk tubuh Rose yang dia yakin hanya memakai baju tidur singkat. Dia tidak mahu tergoda. Nafsunya yang berpusu-pusu naik di tahan sedaya upaya.

"abanggg.. " meleret Rose memanggil. Anif diam tidak membalas panggilan itu. Rose mengeluh kuat hingga jelas kedengaraan di telinga Anif.

"abang!" kali ini agak kasar Rose memanggil namun Anif buat tidak tahu saja. Melihat Anif yang berdiam diri itu membuatkan Rose menjeling geram.

Tanpa sebarang petunjuk dia memanjat tubuh Anif dan melompat ke sebelah membautkan mata Anif terkebil-kebil memandangnya. Rose tersengih kecil. Selamba tangannya naik melingkari leher Anif kaki pula naik menindih kaki Anif.

"lepaslah.. " Anif menolak kasar tapi Rose cepar bertindak dengan menguatkan pelukan. Dia mendekatikan lagi jarak kedudukan mereka hingga tiada ruang untuk Anif melepaskan diri.

"lepas sebelum aku berkasar.. " dengan nada tertahan-tahan Anif berkata. Rose mengeleng tidak mahu. Degil! Langsunh tidak takut dengan amarah suaminya.

"aku kira sampai 3 kalau kau tak lepas awas... "ugut Anif.

"satu.. "

Masih tiada respon dari Rose.

"dua.. "

Rose masih menguatka pelukan. Sengihan di tayang.

"dua setengah... "

"tiga!" ceria Rose menyambung. Siap tertawa lagi.

"sayang abang... " terus di kucup hujunh hidung milik Anif tatkala Anif mula mahu bersuara. Anif terkaku.

"abang sayang Rose tak?" tanyanya bagaikan kanak-kanak. Anif memgeleng selamba. Berubah terus  riak wajah Rose seolah kecewa sangat.

"sampai hati tak sayang isteri comel abang ni. Hurmm... " rajuk Rose dengan wajah cemberut.

"dahlah. Orang nak tidur.. " Anif menolak kaki dan tangan Rose sebelum kembali membelakangi isterinya. Selimut di tarik menutup tubuhnya.

"abang tak sayang rose dah ke?" mata yang ingin di pejam itu tercelik kembali. Soalan Rose di biarkan tanpa balasan. Sayang? Entahlah seperti yang di katakan dia sendiri tidak tahu.

"abang tak cintakkan rose lagi?" soal Rose lagi tiba-tiba terasa sebak. Matanya terkebil-kebil memandang belakang tubuh Anif. Air jernih mula bertakung di matanya.

She's MineTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang